Thursday, April 1, 2010

Raja Dalam Diri

Sungguh cepat dan pantas masa berlalu meninggalkan kita. Baru semalam saya dapat rasakan menempatkan diri di tahun ketiga sebagai seorang yang bergelar mahasiswa perubatan. Secara sedar ataupun tak,kini saya telah pun memasuki Cardiovascular System,sistem terakhir yang akan dipelajari di tahun ke3 kira2 2 minggu yang lalu.

Memasuki Cardiovascular System ini bukan sahaja mengingatkan saya betapa singkatnya masa yang saya ada untuk menghadapi final exam tidak berapa lama lagi,malah turut memanggil saya untuk mencoret sesuatu yang tak kurang pentingnya dalam post kali ni iaitu berkenaan dengan perkataan “heart” itu sendiri yang sinonimnya diertikan sebagai “hati”.

Sepertimana yang kita semua sedia maklum,heart merupakan organ yang amat penting bagi tubuh kita. Fungsinya yang bertindak sebagai pumper yang akan mengepam darah ke seluruh tubuh kita dan menghasilkan denyut nadi cukup memberikan keyakinan yang mendalam kepada kita terhadap kepentingan dan keutamaannya. Tanpanya,mungkin sistem tubuh kita yang lain akan mengalami gangguan serta tidak dapat menjalankan fungsinya secara normal dan akhirnya menjadi rosak. Memang tak dapat diragukan lagi bukan?

Nah…begitu jugalah dengan segumpal daging yang dibekali Allah di dalam diri kita yang merupakan salah satu daripada komponen seorang manusia yang seringkali kita menyebut dan menamainya sebagai “hati”. Dalam hal ini,Rasulullah saw telah bersabda : “Ketahuilah bahawa di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika ia baik,maka baik pula seluruh jasadnya dan jika ia rosak,maka rosak pula seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati”. (HR Bukhari dan Muslim)

Merujuk kepada hadis tadi,jelaslah bahwa pokok pangkal kepada sesuatu kebaikan atau keburukan bermula atau berpunca daripada hati. Hati yang merupakan sebahagian daripada hakikat diri manusia selain daripada akal dan nafsu. Hati ini jugalah yang dikatakan sebagai qalbu dan fuad. Juga disebut lathifah rabbaniah yang berperanan sebagai raja di dalam kerajaan diri dan menjadi wadah kepada letak hidayah Allah.

Persoalannya shbt2ku……..penting sangat ke masalah hati ni sampai perlu dititikberatkan oleh kita semua? Kalau buat tak kesah je tak boleh ke???

Untuk menjawab persoalan ni,mungkin saya boleh kongsikan dengan shbt2 semua tentang suatu peristiwa penting yang telah berlaku ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad saw ketika baginda berusia sekitar 4 tahun. Peristiwa pe lak ni? Saya rasa paling kurang pun mungkin shbt2 pernah mendengar tentang peristiwa pembelahan dada nabi oleh malaikat Jibril kan? Di mana ceritanya adalah……..

Muslim meriwayatkan drpd Anas,bahwa Rasulullah saw didatangi Jibril yang saat itu baginda sedang bermain2 dgn beberapa anak kecil lainnya. Jibril memegang baginda dan menelentangkannya lalu membelah dada dan mengeluarkan hati baginda dan mengeluarkan segumpal darah dari dada baginda seraya berkata. “Ini adalah bahagian syaitan yang ada pada dirimu.” Lalu Jibril mencucinya di sebuah baskom dari emas dengan menggunakan air zamzam,kemudian menata dan memasukkan ke tempat semula. Anak2 kecil lainnya berlarian mencari ibu susunya dan berkata “Muhammad telah dibunuh!”. Mereka pun datang menghampiri baginda yang wajah baginda semakin berseri.

Ternyata shbt2ku hati ini boleh menjadi tempat bersarang buat sang durjana yang tak akan henti2 dan penat lelah menggoda kita semua ke arah kesesatan iaitu syaitan. Moga2 kita semua dijauhkan oleh Allah daripada muslihat dan tipu daya syaitan…insyaAllah

Erm..jadi sekiranya kita telah menyedari dan memahami urgensi hati dalam memutuskan sebarang perkara,kita juga mestilah berupaya memahami sifat dan peranannya supaya kita juga tahu bagaimana cara yang mudah untuk mendidik hati kita kerana hati adalah anggota tubuh yang paling mengkhawatirkan,paling berpengaruh,paling rumit dan sulit diperbaiki dan susah untuk dirawat. Setujukah shbt2 sekalian?

Ketahuilah wahai shbt2ku bahwa sesungguhnya hati yang tersemat di dalam tubuh kita itu bagaikan seorang raja yang ditaati. Ia juga ibarat seorang pemimpin yang diikuti oleh anak buahnya. Adapun seluruh anggota badan kitalah yang menjadi pengikut setianya. Bukankah jika pemimpinnya baik,maka anak buahnya juga ikut baik? Jika rajanya berbuat lurus,rakyatnya juga lurus?

Sahabat-sahabatku..

Dalam Al-Quran,Allah SWT telah berfirman di dalam surah An-Nahl ayat 78 yang bermaksud : “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun,dan Dia memberi kamu pendengaran,penglihatan dan hati agar kamu bersyukur”.

Sedarlah kita bahwa kita dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan serba kejahilan dan tidak mengetahui apa2,tetapi Allah SWT yang bersifat Maha Pemurah dan Pengasih telah menganugerahkan beberapa bekal kepada kita termasuklah salah satu daripadanya adalah hati agar kita sentiasa bersyukur. Justeru,selayaknyalah kita sebagai seorang hamba Allah yang hina lagi daif ini sentiasa memperbaharui puji dan syukur kita di atas segala nikmat dan pemberian Allah yang tak terhingga kepada kita terutamanya nikmat mengecapi hidayah Allah yang berpaksikan cahaya keimanan.

Berbalik kepada sifat dan peranan hati tadi,bukankah hati ini amat rapuh dan mudah sekali digoyah oleh perkara2 yang mempesonakan dan melalaikan? Sedikit sahaja hati ini dicuit ke arahnya,pasti bergetar seluruh anggota tubuh yang lain untuk melakukannya sekiranya hati ini tak dibentengi dan dipagari oleh iman yang kuat. Untuk itu shbt2ku,sbg solusinya kita dianjurkan untuk sentiasa bermohon dan berdoa pada Allah supaya Allah tetapkan hati kita seperti contoh doa berikut : “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,tetapkanlah hati kami di dalam agamaMu dan di atas ketaatan kpd-Mu,Maha Suci Engkau Ya Allah,maka jauhkanlah kami dari azab neraka”. Ayuh sama2 kita jadikan doa ni sebagai amalan harian kita selepas ni…insyaAllah

Berhubung dengan kupasan hati ni juga,saya yakin dan percaya semua daripada kita mendambakannya dalam diri masing2 iaitu ketenangan hati. Ianya amat penting untuk dicari dan diraih bagi merasai nikmat kebahagiaan dalam kehidupan kerana apabila dikatakan wang yang melambung tinggi atau jawatan yang memuncak hebat dapat memberikan kebahagiaan hidup,pasti ramai daripada shbt2 yang akan menarik muka atau melakukan pelbagai ekspresi sbg tanda tak bersetuju. Dalam konteks mencari ketenangan inilah Allah Taala telah menjelaskan di dalam Al-Quran : “(iaitu) orang2 yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dgn mengingat Allah. Ingatlah,hanya dgn mengingati Allahlah hati menjadi tenteram”. (Ar-Ra’d:28)

Malah,Syed Qutb sendiri ada menambah dengan mengatakan : “Ketenangan dan kebahagiaan itu adalah hembusan dari langit,diturunkan ke dalam lubuk hati orang beriman,mereka tetap teguh dikala orang lain mengalami kegoncangan”.

Seterusnya,sebagai motivasi dan pembakar semangat buat insan2 yang merasakan kurang handsome atau kurang cantik(hehe=)),sedarilah bahwa nabi saw pernah bersabda dalam hadis riwayat Muslim : “Sesungguhnya Allah tidak akan melihat kepada jasad kalian dan tidak pula kepada rupa paras kalian,akan tetapi Allah akan melihat kepada hati kalian”.

Hadis ni menunjukkan bahwa hati adalah sentral pandangan Rabb semesta alam. Jadi,alangkah hairannya bila ada seseorang hanya mementingkan wajah yang hanya menjadi pusat pandangan makhluk. Orang tersebut membasuhnya,membersihkannya dari kotoran dan menghiasinya semampu mungkin agar orang lain tak melihat kekurangan pada dirinya. Dia tak mementingkan hati yang menjadi tempat pandangan Rabb semesta alam,tak membersihkan,tak menghias dan tak mengharumkannya agar Allah tak melihatnya dalam keadaan kotor,buruk,rosak dan cacat. Amatlah rugi kalau keadaan tu berlaku ke atas diri kita bukan? Alangkah elok dan baiknya jika kita juga mampu bersikap prihatin terhadap hati sebagaimana kita telah memberikan perhatian kepada wajah kita kan?

Benarlah sepertimana firman Allah Taala di dalam Al-Quran : “Dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan. (iaitu) di hari harta dan anak2 laki2 tidak berguna. Kecuali orang2 yang menghadap Allah dgn hati yang bersih”. (As-Syu’araa:87-89). Buat renungan bersama,

Pandangan mata selalu menipu,

Pandangan akal selalu tersalah,

Pandangan nafsu selalu melulu,

Pandangan hati itu yang hakiki……..kalau hati itu bersih

Untuk itu,marilah kita sama2 sentiasa sejahterakan hati nurani kita ini kerana sungguh berbahagialah orang2 yang memiliki kekayaan hati budi disebabkan Allah sentiasa bersama2 dgn hamba2-NYA yang muttaqin (orang yang bertaqwa) dan mukhlisin (orang yang ikhlas).

“Wahai Tuhan kami,janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami dan berilah kepada kami rahmat-Mu,sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi”

Hati itu bagai ladang…….tempat bercucuk tanam,

Hati itu bagai kolam………tenang nyamannya

Wallahu a’lam

4 comments:

Anonymous said...

syabas bette...
hehe,tahniah atas penulisan dan perkongsian anda....=)

HEART=HATI? ada khilaf ni...hehe.

Al-Tuah Al-Shahab said...

salam,
panjangnya..
tp best, hehe

Pengembara Bumi Ilahi said...

jzkk drrazi..
mdh-mdhn penulisan dan perkongsian kita sume termsuk dlm slh satu usha utk mengencarkan dakwah di bumi Allah ini..amin
yg heart 2 xde kaitan sgt dgn hati sbnrnye..mmg dh rase pelik pn ms nk tulis dulu..tp jz intro je..nsb baik x tulis "liver"
hehe=)

Pengembara Bumi Ilahi said...

wslm tuah..
pnjg eh? mungkin la kot..
leh je nk wt pndek,tp tkut xsmp msej lak..hehe
neway,jzkk ye=)

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template