Monday, August 9, 2010

Harapan Ramadhan di Hari Kelahiranku

Jam menunjukkan tepat pukul 12 malam. Namun,mata saya masih lagi secerah mentari pagi dan cuba ‘menggagahkan dirinya’ mengamati pada skrin laptop yang sudah dipasang sejak dari tadi lagi. Dari sisi yang lain pula,tangan ini sibuk membelek-belek lembaran buku sebagai tanda persiapan untuk menghadapi ujian remedial 3 hari lagi.

Suasana persekitaran di luar rumah sudah sunyi dan sepi sekali menandakan kebanyakan warga desa sudah lama diulit mimpi indah dan berada di alam maya. Cuma yang hanya kedengaran adalah suara jeritan katak2 dan curahan air hujan yang berjaya memecah kesunyian malam hari.

Sambil mengamati laptop di depan mata dan pada masa yang sama sempat juga mengelamun sejenak,tiba2 diri ini tersentak oleh suara muzik lagu dari handphone yang menunjukkan ada sms yang berjaya mencuri masuk ke dalam kotak inbox. Khayalan yang merasuki fikiran tadi terhenti seketika sebelum menular dengan lebih parah lagi. Lantas,perlahan-lahan tangan digerakkan ke arah handphone lalu sms yang diterima tadi dicermati dengan teliti. Ternyata sms yang baru diterima tadi merupakan kiriman daripada kakak yang berbunyi :

Assalamualaikum..selamat hari lahir yang ke-22 din..semoga hidupmu sentiasa dirahmati,diberkati dan diredhai oleh Allah Taala..semoga amalmu juga bertambah seiring dengan bertambahnya usiamu..mudah-mudahan terus berjaya mengejar impian di dunia dan di akhirat sana..”

Tersenyum saya sambil membaca sms yang baru dikirim tadi. Tak sangka sms kiriman kakak itu mengingatkan saya terhadap hari ulangtahun kelahiran saya esok hari di mana saya sendiri hampir sahaja terlupa sebentar tentang perkara tersebut. Lalu dengan serta-merta jari-jemari mula memetik keypad handphone menaip sesuatu sebagai sms balasan buat seorang kakak yang dikasihi..

Wslm..insyaAllah..terima kasih banyak2 ye..tahniah kerana telah berjaya menjadi orang yang pertama wish birthday kat din ni..balik Malaysia nanti nak mintak hadiah istimewa ye..hehe..moga2 doa tadi sentiasa dipohon oleh kita setiap masa,bukan hanya pada hari lahir je=)”

Melayani masa yang sungguh pantas berlalu meninggalkan kita,sedar ataupun tidak usia saya kini sudah menjangkau 22 tahun. Sudah semestinya usia sebegini banyak menyajikan pelbagai kenangan manis dan pahit,perit getir serta pengalaman hidup yang bakal mendewasakan dan mematangkan diri kita. Selama 22 tahun ini jugalah saya telah menjadi insan yang berbeza2 demi mencari identiti diri yang hakiki dalam rangka menyahut tujuan hidup yang telah digariskan oleh Sang Pencipta Rabbul Alamin.

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku” (51:56)

Namun,hari ulangtahun kelahiran pada kali ini dirasakan cukup istimewa dan bermakna berbanding tahun2 yang sebelumnya. Mungkin kerana hari ulangtahun kelahiran bagi tahun ini bersamaan dengan pembukaan tirai Ramadhan,bulan suci lagi mulia yang telah dijanjikan Allah pelbagai kelebihan dan keutamaan di dalamnya.

Bercakap tentang bulan Ramadhan ini,sewaktu saya masih kecil di bangku sekolah lagi,saya pernah berazam untuk berpuasa penuh sebulan di bulan Ramadhan pada salah satu hari ulangtahun kelahiran saya dulu. Tetapi apakan daya,badan yang kecil ini tidak mampu melawan harapan dan impian yang cukup besar itu sehingga ada beberapa hari yang terpaksa ditinggalkan lantaran diri ini tidak cukup kuat untuk menahannya. Peristiwa ini terjadi ketika saya masih kecil lagi ye,bukan sekarang..jangan salah sangka pulak..Hehe=)

Walaubagaimanapun,Ramadhan kini menjelma lagi dan pastilah harapan dan impian murni itu masih ada tetapi dalam kadar yang berbeza. Justeru,di kesempatan ini ku bermohon kepadaMu Ya Allah agar diberikan segala kekuatan kepada hambaMu ini untuk menyempurnakan ibadah puasa dengan sebaik mungkin. Mungkin bulan Ramadhan inilah merupakan hadiah dan pemberian dariMu di atas hari ulangtahun kelahiranku kali ini. Sesungguhnya pemberianMu yang cukup berharga ini dapat mengatasi segala-galanya yang akan dijadikan batu loncatan bagi meraih darjat TAQWA dan sekaligus menjadi titik tolak menuju ke arah yang lebih diredhai..insyaAllah

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..agar dapat ku lalui dengan sempurna..Ya Allah,bantulah hambaMu ini dengan sebaik2 bantuan..

“Puasa SEMPURNA menahan rohani dan rasa…

Puasa SEDERHANA menahan indra dan juga anggota…

Puasa BIASA hanya melawan lapar dan dahaga…

Lalu di manakah puasa KITA..adakah masih di tahap lama??”

Renung2kan dan fikir2kan..

Wallahu a’lam

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template