Monday, August 16, 2010

Ramadhan : Shift Our Paradigm!! (Part 2)

Oleh itu,kita mestilah memandang bulan Ramadhan dan ibadah puasa itu sebagai mekanisma untuk membentuk dan mendidik hawa nafsu kita secara intensif.

Jika kita merenung kembali,manusia berhadapan dengan ujian melalui 2 sudut,iaitu sudut luaran dan sudut dalaman. Cabaran2 dari luar mungkin datangnya dari suasana maksiat,persekitaran yang rosak,kawan2 yang tersilap dan sebagainya. Manakala ujian yang datang dari diri manusia itu adalah ujian yang datang dalam 2 bentuk sejak di zaman nabi Adam.

Yang pertama adalah ujian daripada syaitan sebagaimana nabi Adam telah diperdaya dan dikelirukan oleh muslihat dan tipudaya yang dilakukan oleh syaitan ketika berada di dalam syurga. Manakala ujian kedua ke atas seorang individu dapat disaksikan daripada peristiwa pembunuhan yang berlaku di antara 2 orang anak nabi Adam yang telah disebut namanya oleh kita sebagai Habil dan Qabil itu. Peristiwa ini terjadi disebabkan oleh dorongan hawa nafsu yang telah menguasai diri,atau lebih spesifiknya hawa nafsu terhadap naluri seks.

Sebagai kesimpulannya,manusia ini diuji dari 2 bentuk ujian. Ujian pertama yang menyebabkan manusia melakukan maksiat dan kemungkaran adalah syaitan dan yang keduanya adalah hawa nafsu. Di bulan Ramadhan,Allah SWT telah memberikan kemudahan kepada kita di mana syaitan itu telah diikat sebagaimana yang telah disebutkan dalam sepotong hadis :

“Abu Hurairah ra berkata,nabi saw telah bersabda,apabila masuk bulan Ramadhan,maka pintu2 rahmat akan dibuka seluas-luasnya,pintu neraka jahannam akan dikunci dan syaitan akan dibelenggu.” (HR Muslim)

Para ulama’ berbeza pendapat tentang maksud syaitan dibelenggu itu,ada yang mengatakan memang syaitan dirantai dan ada pula yang mengatakan maknanya hanyalah kiasan sahaja,bukan makna sebenar. Tetapi kedua2nya menuju kepada makna yang sama iaitu potensi syaitan untuk mengundang manusia melakukan kejahatan dikurangkan pada bulan Ramadhan apabila syaitan itu dibelenggu.

Mungkin timbul satu persoalan daripada kita di sini,sekiranya syaitan telah dirantai pada bulan Ramadhan,tapi masih ramai lagi orang yang melakukan maksiat dan kejahatan di bulan ini……kenapa???

Perkara ini juga mungkin terjadi atas 2 sebab. Yang pertama adalah kerana syaitan itu dirantai,bukannya dihapuskan. Sebagai satu analogi yang boleh dikongsi bersama,kita boleh melihat kepada kes seekor anjing yang telah dirantai oleh tuannya. Anjing ini masih lagi boleh menggigit sekiranya kita pergi menghampiri ke tempat anjing itu dirantai. Jadi,berbalik kepada situasi tadi,syaitan juga masih lagi boleh “menggigit” sekiranya kita pergi mendekati tempat2 yang kebiasaannya menjadi tempat pilihan dan kegemaran syaitan untuk bersarang padanya.

Yang kedua seperti yang telah dijelaskan tadi,punca manusia melakukan kejahatan bukannya disebabkan oleh syaitan sahaja,tetapi juga turut berpunca daripada hawa nafsu. Penting untuk kita ketahui bahawa hawa nafsu ini tidak dirantai tetapi ianya diserahkan kepada kita untuk menguruskannya. Dalam masa yang sama juga,kadang2 apabila kita sudah terbiasa dengan syaitan,akhirnya syaitan ini menjadi “mentor” dan hawa nafsu kita menjadi “protégée” dan protégée ini tidak kurang hebat seperti mentornya.

Seperti yang telah disebutkan oleh Al-Maududi,apabila manusia mengikut kehendak hawa nafsunya,dia boleh sampai ke tahap melakukan maksiat sehingga syaitan sendiri terpegun dengan maksiat yang telah dilakukannya. Bahkan disebutkan dalam surah Al-Hasyr ayat 16 yang bermaksud : “Ketika syaitan berkata kepada manusia,”kafirlah kamu,”maka tatkala manusia itu telah kafir,ia berkata,”sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah,Tuhan semesta alam.”

Maka syaitan telah berjaya mengkufurkan manusia dan apabila manusia telah menjadi kufur,syaitan pun meninggalkannya. Tetapi apa yang telah berlaku kepada syaitan?? Adakah dengan hanya mengucapkan “sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah,Tuhan semesta alam” mampu menyelamatkannya dari azab Allah?? Sekali2 tidak!!! Allah telah melanjutkan kalamNya pada ayat yang berikutnya iaitu : “Maka adalah kesudahan kedua2nya bahawa sesungguhnya kedua2nya masuk ke dalam neraka,mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan orang2 yang zalim.” (QS 59: 17)

Sebelum kita berbincang dengan lebih jauh lagi,apakah yang dimaksudkan dengan kurangnya potensi syaitan untuk menghasut manusia ke arah kejahatan pada bulan Ramadhan??

Ini diperjelaskan dalam sebuah hadis,”Sesungguhnya syaitan itu bergerak di dalam tubuh manusia melalui saluran darah,maka sempitkanlah saluran syaitan itu dengan berlapar.” (HR Bukhari-Muslim). Maka di dalam bulan Ramadahan,apabila kita melaparkan diri dengan cara berpuasa,ia dapat mengurangkan potensi syaitan untuk menguasai diri kita. Jadi,secara rumusannya syaitan telah pun dirantai dan kita juga telah pun melaparkan diri sehingga potensi syaitan berkurang,hati telah diuruskan oleh solat yang diperbanyakkan,akal juga telah diuruskan oleh bacaan dan kefahaman kita daripada ayat2 Al-Quran,maka yang tinggal hanyalah soal hawa nafsu yang perlu dididik!!

Bersambung lagi………………….nantikan posting yang terakhir tentang tajuk ini selepas ini..insyaAllah=)

Wallahu a’lam

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template