Thursday, October 21, 2010

Menanti di Barzakh


“Setiap yang bernyawa pasti merasai mati dan bahawasanya kamu akan disempurnakan pahalamu di hari kiamat. Lalu siapa sahaja yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,itulah dia orang yang beruntung. Tidak ada kehidupan dunia kecuali kesenangan yang menipu.”

(Ali-Imran : 185)

Wahai hamba Allah,

Ingatlah janji yang kamu keluar atasnya dari dunia hingga akhirat iaitu persaksian tiada Tuhan yang lain kecuali Allah dan Muhammad saw adalah Rasul-Nya..

Dan bahawasanya mati adalah benar,alam kubur adalah benar,kenikmatan dan seksa di dalam kubur adalah benar,pertanyaan malaikat Munkar dan Nakir adalah benar,kebangkitan dari kubur adalah benar,perhitungan yakni hisab adalah benar,syafaat nabi Muhammad saw adalah benar,syurga dan neraka adalah benar,pertemuan dengan Allah bagi ahlinya adalah benar..

Sekarang kamu berada di alam barzakh,alam antara dunia dan akhirat. Maka ketika dua malaikat Munkar dan Nakir yang ditugaskan oleh Allah mengunjungi kamu,janganlah kamu menjadi terkejut ataupun gentar kerana keduanya adalah makhluk biasa seperti kamu dari sekian banyak makhluk2 Allah.

Jika mereka berdua bertanya kepadamu,

Siapakah Tuhanmu?

Siapakah nabimu?

Apakah agamamu?

Apa qiblatmu?

Apa pula pemimpinmu?

Dan siapakah saudaramu?

Maka jawablah dengan tegas dan jelas serta meyakinkan,

Allah adalah Tuhanku..

Muhammad adalah nabiku..

Islam adalah agamaku..

Kaabah adalah qiblatku..

Kitab Al-Quran adalah pemimpinku..

Dan kaum muslimin,muslimat,mukminin dan mukminat adalah saudara2ku..

Bahawasanya Allah membangkitkan orang2 ahli kubur serta dihidupkan kembali,insyaAllah kamu termasuk orang2 yang aman,selamat dan semoga Allah mengukuhkan kamu dalam ucapan yang tetap,

“Asyhadu an La ilaha illallah,waasyhadu anna Muhammadar Rasulullah..”

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah..

Allah mengukuhkan orang2 yang beriman dengan ucapan yang kukuh di dunia dan di akhirat,

“Asyhadu an La ilaha illallah,waasyhadu anna Muhammadar Rasulullah..”

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah..

“Wahai jiwa yang tenang,pulanglah ke hadrat Tuhanmu dengan gembira dan diredhai,masuklah dari jamaah hamba-hambaKu dan masuk pula dalam syurga-Ku.”

(Al-Fajr : 27-30)

Ya Allah, kami mohon kepadaMu, agar diperelokkan agama yang menjadi pegangan urusan hidup kami, dunia yang menjadi tempat sementara hidup kami, akhirat yang menjadi tempat kami akan kembali, jadikanlah hidup ini untuk menambahkan kebaikan dan mati kami untuk merehatkan diri dari segala keburukan..

Wallahu a’lam

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template