Friday, September 24, 2010

Demi Cinta Suci


Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu dengan penuh emosi dan gembira.

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh-sungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

Sifat Cinta


Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak,cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan. Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan yang dikasihinya. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Sedia untuk dipertanggungjawabkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak boleh dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulen dan ia tidak bertopeng. Bukan sahaja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari,bermakna cinta itu menganggap telah bertemu dengan yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya,untuk bersatu kembali. Manusia dalam bercinta tidak hanya memberi tapi juga menerima.


Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Ia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Ia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi,dalam masa ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca buku atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan.Tapi,cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang,benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati. Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa. Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempesonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan sahaja dianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempesona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta. Apa sahaja yang dilakukan oleh kekasihnya...mempesonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak boleh dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.



Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa sahaja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.

Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur"

- Saidina Umar Ibnul Khattab -

ProCAD : Properties Of Community Da'wah



Salah satu aktiviti yang mengunakan barang ProCAD


Ramai orang tertanya-tanya apa, siapa, kenapa itu ProCAD? Sebelum saya menerangkan lebih lanjut modus operandi ProCAD, saya menyentuh dahulu beberapa hal.

Sebenarnya ProCAD ini adalah satu 'syarikat sdn bhd' yang ditubuhkan dan diuruskan oleh saya sendiri. Segala modal yang didapati untuk run syarikat ini adalah hasil sumbangan sahabat-sahabat samaada dari kalangan pelajar Bandung mahupun sumbangan yang berjaya ProCAD dapatkan dari Malaysia.

Bergerak diatas kepercayaan hadis Nabi Muhammad s.a.w iaitu

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu bahwa Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda :

“Apabila seorang anak Adam meninggal, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara :sedekah jariah, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak shalih yang mendoakan kepadanya”.

Hasil dana yang berjaya dikumpulkan cukup membanggakan, sehingga memungkinkan ProCAD berjaya membeli beberapa peralatan lumayan mahal sebagai aset niaga. Siapa sangka ada diantara mereka mahu berinfaq sebanyak 2juta rupiah (semoga Allah merahmati beliau) .

Oleh dengan itu, ProCAD dengan ini menyewakan peralatan-peralatan ini khas buat semua pelajar Malaysia di UNPAD.

Dipihak ProCAD akan sedaya upaya mengurangkan birokrasi dan mementingkan profesionalisme sebagai manhaj bisnes. Dengan bermottokan Kaya Didunia, Jutawan Diakhirat, ProCAD bergerak.

Tulang belakang orang yang berada didalam ProCAD,

CEO syarikat adalah Ahmad

Akauntan adalah Ahmad

Setiausaha adalah Ahmad

Technician adalah Ahmad

Pok Guard adalah Ahmad

Sudah sampai waktunya, program pelajar mendapat harga sewaan yang termurah, barang berkualiti untuk segala aktiviti pelajar!

Sudah sampai waktunya, 'hantu bola' dapat menyaksikan pertandingan bola sepak terbaik didunia dilayar besar!

Sudah sampai waktunya, kaki sinetron korea mahupun filem action menyaksikan segala itu di skrin besar!

Sudah sampai waktunya, anda ber'picnic' dengan skala besar dengan kehadiran tempat melabuhkan badan yang besar!

Sudah sampai waktunya, anda tidak lagi sampai tegang urat leher untuk conduct dengan adanya alat yang mampu mengatasi masalah itu!

Sudah sampai waktunya, PJ (pentanggungjawap) bahagian logisitik tidak lagi kehulu kehilir mencari setiap peralatan kerana ProCAD menawarkan semua itu sekaligus!

Peralatan Yang Ditawarkan Adalah:

Tekan untuk besarkan

1. Projector SAMSUNG, 25k per jam.

2. PA System (Portable), 15k per jam.

3. Speaker Laptop Edifier, 5k per jam. (Terbaru!)

4. Canvas, 20k satu hari.

5. Ice box, 20k satu hari. (Terbaru!)

6. Extension, 10k satu hari.

Aturan pengunaan adalah cukup mudah dan tiada birokrasi.

1. Setiap peralatan perlu diperiksa sebelum diambil untuk memastikan keadaan baik atau tidak.

2. Kerosakan dan kehilangan peralatan semasa pengunaan dan penjagaan adalah tanggungjawap penyewa.

3. Waktu penghantaran yang maksimum ditoleransi adalah 1/2 jam. Jika lebih dari itu, ia dikira masuk jam lain dan bayaran akan dikenakan untuk itu.

* Semua aturan pengunaan ini atas budi bicara saya sendiri. Jadi, jika ada apa-apa, boleh 'slow talk' dengan saya. =)

Perancangan Masa Depan ProCAD

Dalam masa terdekat, mungkin cuba mengusahakan HandyCam yang mempunyai teknologi terkini iaitu face detector, perancangan jangka panjang adalah membeli sebuah kereta seperti Avanza untuk kegunaan pelajar dan juga merancang menyewa satu bilik or rumah or dewan sebagai 'markaz'.

Mimpi?

"Laskar pelangi harus berani bermimpi, dan harus cekal mengejar mimpi!," Ustaz Hasrizal.

Hasrat dan Ucapan

Saya sebagai CEO ProCAD ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua 'pembina-pembina mahligai disyurga' diatas kesudian membantu berinfaq untuk melestarikan dakwah dan tarbiah khususnya dibumi Bandung dan dunia keseluruhan. Semoga sumbangan itu diterima sebagai amal jariah dan menjadi salah satu asbab dimasukkan ke syurga nanti.

Sebagai Akauntan ProCAD, saya ingin mengucapkan terima kasih daun keladi kepada semua pelanggan aka penyewa barang ProCAD diatas kepercayaan kepada ProCAD untuk memberikan khidmat terbaik untuk anda.

Sebagai technician ProCAD, saya ingin menyeru kepada semua, jika ada masalah atau apa-apa kekangan berkenaan peralatan, sila berhubung langsung dengan saya. Walaupun bukan 'talian bebal tol'.

Sebagai Pok Guard ProCAD, saya ingin meminta maaf jika ada terkasar bahasa, tersalah tutur bicara didalam memastikan peralatan ProCAD on track dan berada didalam keadaan terbaik. Ia hasil sumbangan infaq ramai orang, jadi ia satu amanah kepada saya untuk particular menjaganya. Jadi saya memilih pendekatan TEGAS dalam menguruskannya.


Kaya didunia, Jutawan diakhirat!

Nota 1 : Mahu membuat gelombang kedua infaq massal ProCAD masa terdekat, ada mahu ikut serta berinfaq? Boleh personal hubungi, nama akan dirahsiakan dibawah akta OSA...hehe.

Nota 2 : ProCAD bukan hak milik saya, saya hanya pemudahcara. Ia hak milik semua orang, hak milik dakwah.

Nota 3 : Sewaan boleh diatas nama biro mahupun personal. No problem.

Nota 4 : Boleh berhubung langsung dengan saya di alamat email ini fahmieman@yahoo.com

Nota 5 : Kepada sahabat-sahabat ditempat lain yang mahu tahu bagaimana nak set up seperti ProCAD boleh direct kepada saya. Akan saya bocorkan 'rahsia-rahsia' nya.

.: Amad bagi sewa jika anda memerlukan....ahaks! :.

Sumber-http://amadanaksoleh.blogspot.com/

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template