Monday, August 9, 2010

Harapan Ramadhan di Hari Kelahiranku

Jam menunjukkan tepat pukul 12 malam. Namun,mata saya masih lagi secerah mentari pagi dan cuba ‘menggagahkan dirinya’ mengamati pada skrin laptop yang sudah dipasang sejak dari tadi lagi. Dari sisi yang lain pula,tangan ini sibuk membelek-belek lembaran buku sebagai tanda persiapan untuk menghadapi ujian remedial 3 hari lagi.

Suasana persekitaran di luar rumah sudah sunyi dan sepi sekali menandakan kebanyakan warga desa sudah lama diulit mimpi indah dan berada di alam maya. Cuma yang hanya kedengaran adalah suara jeritan katak2 dan curahan air hujan yang berjaya memecah kesunyian malam hari.

Sambil mengamati laptop di depan mata dan pada masa yang sama sempat juga mengelamun sejenak,tiba2 diri ini tersentak oleh suara muzik lagu dari handphone yang menunjukkan ada sms yang berjaya mencuri masuk ke dalam kotak inbox. Khayalan yang merasuki fikiran tadi terhenti seketika sebelum menular dengan lebih parah lagi. Lantas,perlahan-lahan tangan digerakkan ke arah handphone lalu sms yang diterima tadi dicermati dengan teliti. Ternyata sms yang baru diterima tadi merupakan kiriman daripada kakak yang berbunyi :

“Assalamualaikum..selamat hari lahir yang ke-22 din..semoga hidupmu sentiasa dirahmati,diberkati dan diredhai oleh Allah Taala..semoga amalmu juga bertambah seiring dengan bertambahnya usiamu..mudah-mudahan terus berjaya mengejar impian di dunia dan di akhirat sana..”

Tersenyum saya sambil membaca sms yang baru dikirim tadi. Tak sangka sms kiriman kakak itu mengingatkan saya terhadap hari ulangtahun kelahiran saya esok hari di mana saya sendiri hampir sahaja terlupa sebentar tentang perkara tersebut. Lalu dengan serta-merta jari-jemari mula memetik keypad handphone menaip sesuatu sebagai sms balasan buat seorang kakak yang dikasihi..

“Wslm..insyaAllah..terima kasih banyak2 ye..tahniah kerana telah berjaya menjadi orang yang pertama wish birthday kat din ni..balik Malaysia nanti nak mintak hadiah istimewa ye..hehe..moga2 doa tadi sentiasa dipohon oleh kita setiap masa,bukan hanya pada hari lahir je=)”

Melayani masa yang sungguh pantas berlalu meninggalkan kita,sedar ataupun tidak usia saya kini sudah menjangkau 22 tahun. Sudah semestinya usia sebegini banyak menyajikan pelbagai kenangan manis dan pahit,perit getir serta pengalaman hidup yang bakal mendewasakan dan mematangkan diri kita. Selama 22 tahun ini jugalah saya telah menjadi insan yang berbeza2 demi mencari identiti diri yang hakiki dalam rangka menyahut tujuan hidup yang telah digariskan oleh Sang Pencipta Rabbul Alamin.

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku” (51:56)

Namun,hari ulangtahun kelahiran pada kali ini dirasakan cukup istimewa dan bermakna berbanding tahun2 yang sebelumnya. Mungkin kerana hari ulangtahun kelahiran bagi tahun ini bersamaan dengan pembukaan tirai Ramadhan,bulan suci lagi mulia yang telah dijanjikan Allah pelbagai kelebihan dan keutamaan di dalamnya.

Bercakap tentang bulan Ramadhan ini,sewaktu saya masih kecil di bangku sekolah lagi,saya pernah berazam untuk berpuasa penuh sebulan di bulan Ramadhan pada salah satu hari ulangtahun kelahiran saya dulu. Tetapi apakan daya,badan yang kecil ini tidak mampu melawan harapan dan impian yang cukup besar itu sehingga ada beberapa hari yang terpaksa ditinggalkan lantaran diri ini tidak cukup kuat untuk menahannya. Peristiwa ini terjadi ketika saya masih kecil lagi ye,bukan sekarang..jangan salah sangka pulak..Hehe=)

Walaubagaimanapun,Ramadhan kini menjelma lagi dan pastilah harapan dan impian murni itu masih ada tetapi dalam kadar yang berbeza. Justeru,di kesempatan ini ku bermohon kepadaMu Ya Allah agar diberikan segala kekuatan kepada hambaMu ini untuk menyempurnakan ibadah puasa dengan sebaik mungkin. Mungkin bulan Ramadhan inilah merupakan hadiah dan pemberian dariMu di atas hari ulangtahun kelahiranku kali ini. Sesungguhnya pemberianMu yang cukup berharga ini dapat mengatasi segala-galanya yang akan dijadikan batu loncatan bagi meraih darjat TAQWA dan sekaligus menjadi titik tolak menuju ke arah yang lebih diredhai..insyaAllah

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..agar dapat ku lalui dengan sempurna..Ya Allah,bantulah hambaMu ini dengan sebaik2 bantuan..

“Puasa SEMPURNA menahan rohani dan rasa…

Puasa SEDERHANA menahan indra dan juga anggota…

Puasa BIASA hanya melawan lapar dan dahaga…

Lalu di manakah puasa KITA..adakah masih di tahap lama??”

Renung2kan dan fikir2kan..

Wallahu a’lam

Thursday, August 5, 2010

Memasuki Pintu Gerbang Rahmat dan Maghfirah

Sekarang kita telah pun berada di penghujung bulan Syaaban dan tidak lama lagi bulan yang penuh suci dan mulia iaitu bulan Ramadhan akan menjelang tiba. Rasulullah saw sering berdoa dengan doa berikut : “Ya Allah,berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami di bulan Ramadhan.”

Dalam hadis riwayat Ahmad,An-Nasai dan Al-Baihaqi,nabi saw ada bersabda,”Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan,bulan yang diberkati. Allah memerintahkanmu berpuasa di dalamnya. Dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga,dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan. Di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa yang tidak diberikan kepadanya kebajikan pada malam tersebut,bererti telah diharamkan baginya segala rupa kebajikan.”


Ramadhan,

Dirimu umpama hujan bagi penghuni2 bumi yang bertaqwa,

Kehadiranmu dinanti dengan penuh harapan,

Agar bumi yang telah sekian lama kekeringan,

Akan kau basahi dengan pesta2 ibadah,

Tanaman2 iman tumbuh dan subur dengan siraman hujan,

Segala najis2 mazmumah akan mula terhakis,

Sedikit demi sedikit.


Ramadhan,

Dengan kehadiranmu yang hanya seketika ini,

Akan terdengarlah suara2 syahdu yang mengiringi percikan2 hujanmu,

Bagi memohon keampunan dan keredhaan Allah Rabbul Alamin.


Ramadhan bagiku,

Sekalung emas dalam timbunan batu,

Pastilah direbut2 sang fakir itu,

Begitulah Ramadhan bagiku..


Seperti penawar mujarab yang dihulurkan,

Buat penyakit yang tiada sembuhnya,

Begitulah Ramadhan bagiku..


Umpama para pejuang di jalan Allah,

Dinampakkan di matanya balasan di syurga,

Dan begitulah Ramadhan bagiku..


Namun ku memohon kepadaMu Ya Allah,

Bantulah hambaMu ini dengan sebaik2 bantuan,

Agar diriku mampu memanfaatkan Ramadhan kali ini,


Andai yang lalu pernah kupersiakan,

Agar diriku ini dibersihkan pada akhirnya,

Andai pada permulaannya penuh dengan dosa,

Agar diriku ini diredhai,

Andai sebelumnya sentiasa di dalam murka,

Inilah harapan agar,

Begitulah Ramadhan bagiku…


Sebelum kita melangkah masuk ke dalam bulan yang penuh keberkatan ini,ayuh sama2 kita perhatikan perkara2 yang boleh dan harus dilakukan sebagai persiapan menyambut Ramadhan yang mulia ini.


· Menanti ketibaan Ramadhan dengan penuh kegembiraan

· Mengulangkaji semula ilmu yang berkaitan dengan puasa

· Memperbanyakkan doa supaya dapat beribadah di bulan Ramadhan

· Menguatkan keazaman dan kesungguhan untuk melaksanakan ibadah puasa

· Meningkatkan kesungguhan dalam beramal secara berterusan

· Menghapuskan adat kebiasaan yang bertentangan dengan Islam


Sambutlah Ramadhan dengan jiwa terbuka,

Seperti ketibaan orang yang kita cinta,

Dengan ucapan ahlan wasahlan marhaban Ya Ramadhan..


Ya Allah,

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,

Agar dapat ku lalui dengan sempurna..


Wallahu a’lam

Saturday, July 31, 2010

Kembara Ilmu di Bumi Ciamis

Setelah sekian lama ‘membeku’ dan tidak dapat ‘bersua muka’ dengan blog,akhirnya tiba juga masa yang dinanti2 untuk melepaskan kerinduan mencoret sesuatu dalam posting kali ini. Pada kesempatan kali ini,saya ingin berkongsi serba sedikit tentang pengembaraan saya selama satu bulan di Ciamis,Jawa Barat dalam rangka melaksanakan program Kuliah Kerja Nyata Mahasiswa (KKNM) dari UNPAD.

Di harap dengan pengembaraan ini dapat memberikan sesuatu yang bermanfaat dan bermakna buat diri sendiri dan sahabat2 semua sebagaimana yang dinyanyikan oleh kumpulan Mirwana dalam lagu ‘Hikmah Kembara’……

“berjalan..bermusafirlah..melihat kebesaran Tuhan yang diciptakan untuk mereka yang berfikir dan bersyukur di atas nikmat dan kurniaan-Nya..nilai harganya iman dan taqwa..bagi hamba yang setia..”

Bukankah Allah Taala juga telah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda2 bagi orang2 yang berakal..” (QS 3:190)

Tepat tanggal 1 Julai 2010,saya telah bertolak ke tempat lokasi dari kampus di Jatinangor. Perjalanan yang ditempuh selama 4 jam 30 minit itu dengan menaiki bas cukup meletihkan serta menyenangkan juga. Sekitar jam 12 tengahari,tibalah kami di Kantor Kecamatan Padaherang bagi mengikuti acara sambutan kedatangan oleh perangkat2 desa sebelum melepaskan kami ke tempat tinggal di desa masing2.

Selepas acara berakhir,sampai juga kami di desa yang telah ditetapkan untuk menetap di sana selama sebulan iaitu Desa Sindangwangi dalam keadaan yang agak lapar dan memenatkan. Justeru,kami merebut peluang itu untuk berehat sebentar untuk menghilangkan kepenatan yang telah dirasai sejak dalam perjalanan lagi.

Saya dan teman2 sekumpulan selamat tiba di desa kami,Desa Sindangwangi

Lima orang jejaka tampan siap bersedia menjadi pahlawan desa untuk masa sebulan..hehe

Minggu Pertama

Disebabkan baru pertama kali sampai di desa ini,jadi minggu ini hanya digunakan oleh kami untuk mengelilingi bagi melihat keadaan desa secara keseluruhan berdasarkan aspek2 yang akan dikaji dalam kegiatan pemetaan sosial. Kegiatan ini mengkaji potensi2 yang ada di desa kami yang boleh dan mampu dikembangkan oleh kami dalam program2 yang akan dijalankan di desa tersebut selama sebulan.

Selain itu,dalam menyahut seruan Allah Taala dalam surah Al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud “Hai manusia,sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki2 dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa2 dan bersuku2 supaya kamu saling mengenal..”,kami juga telah mengambil kesempatan ini untuk berkunjung ke rumah2 warga desa bagi beramah mesra dan sekaligus mengikatkan tali persaudaraan sesama muslim.

Bersempena dengan bulan Rejab,kami juga turut mengikuti acara Rajaban dalam pengajian Israk Mikraj pada sebelah malamnya yang silih berganti diadakan di setiap dusun di desa kami. Alhamdulillah,dapat juga kami mengisi santapan rohani kami di sini walaupun ada juga yang gagal difahami kerana pengajiannya disampaikan dalam bahasa Sunda..hehe

Di depan kantor Kepala Desa sebelum mengelilingi desa sepuasnya

Misi mengelilingi desa bermula…jom!!

Keadaan desa yang dipenuhi dengan kebun2 dan sawah padi menunjukkan kebanyakannya adalah petani

Salah satu prasarana yang ada di desa ini iaitu SDN 2 Sindangwangi

Salah satu acara keagamaan di sini : Pengajian Israk Mikraj

Khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan bersama warga desa dan Bapak Kepala Desa,Pak Darmedi

Kunjungan ke rumah warga desa : bergambar bersama Pak Oyon di depan kedainya

MINGGU KEDUA

Pada minggu ini,kami cuba mengadakan beberapa aktiviti dan program setelah sudah seminggu beradaptasi dengan suasana dan keadaan desa. Antara program yang telah dijalankan sepanjang minggu ini adalah Penyuluhan Pijat Bayi di Posyandu setiap dusun dari team kesihatan,Penyuluhan Internet Sihat di SMP 2 Padaherang dari team pendidikan dan pemeriksaan tekanan darah secara percuma buat ibu2 dan bapak2 di pengajian mingguan desa.

Namun,kami juga tidak melepaskan peluang untuk bersiar2 ke Pantai Pangandaran yang jauhnya hanya 40 minit dari desa kami sehari sebelum semua program bakal dilaksanakan bagi merehatkan kembali fizikal dan mental sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan Yang Maha Pencipta.

Program Penyuluhan Pijat Bayi di Posyandu dari team kesihatan

“punten ibu,namina saha?” bertanya saya ketika program penyuluhan pijat bayi

Bergambar bersama ibu2 kader dan ibu bidan selepas tamat program pijat bayi

Bersama teman2 team kesihatan dari Fakultas Kedokteran dan Fakultas Keperawatan

Program Penyuluhan Internet Sihat di SMP 2 Padaherang dari team pendidikan

Beramah mesra dengan Bapak Kepala Sekolah selepas program tamat

“Ibu,tensi ibu agak tinggi..jaga pemakanannya ya ibu,”saran saya ketika pemeriksaan tekanan darah warga desa

Seronok bermandi-manda di Pantai Pangandaran

Singgah sebentar di Pesta Layang2 di Pantai Pangandaran. Tak sangka dapat jumpa orang Malaysia di sini!!

MINGGU KETIGA

Sama seperti minggu sebelumnya,kami meneruskan lagi program di desa kami dengan mengadakan Penyuluhan Mading di SMP 2 Padaherang serta Penyuluhan Membaca dan Menulis Puisi di SDN 2 Sindangwangi dari team pendidikan,Penyuluhan Masalah Sampah dan 3R dari team lingkungan dan Program Pelatihan Pengelolaan Perpustakaan Sekolah yang merupakan program dari DPL kami yang dijayakan bersama antara kumpulan saya dan kumpulan teman2 desa sebelah iaitu Desa Ciganjeng.

Hasil kreativiti siswa2 SMP dalam Penyuluhan Mading

Bersama anak2 didik kelas 3 SD ketika program Penyuluhan Membaca dan Menulis Puisi

Peserta dari kelas 3 Penyuluhan Membaca dan Menulis Puisi di SDN 2 Sindangwangi

Program DPL : Pelatihan Pengelolaan Perpustakaan Sekolah di SDN 1 Ciganjeng

MINGGU KEEMPAT

Pada minggu ini,kami cuba menyelesaikan beberapa baki program yang belum terlaksana sambil membuat persiapan untuk laporan kegiatan memandangkan minggu ini merupakan minggu terakhir kami berada di desa ini. Lokakarya akhir dan Majlis Perpisahan bersama warga desa di Aula Balai Desa adalah antara program yang telah dijalankan pada minggu ini.

Selain itu,kami turut diundang oleh warga desa untuk mengikuti beberapa aktiviti bersempena perayaan hari ulang tahun kemerdekaan Indonesia yang ke-65 seperti menjadi juri untuk acara lomba gerak jalan dan lomba balita. Sekali lagi sebelum bertolak pulang meninggalkan desa tercinta yang penuh dengan seribu kenangan,kami meluangkan masa bersiar2 di Green Canyon dan Pantai Batu Karas yang cukup mempesonakan keindahannya. Namun,apa yang cukup mengharukan kami adalah ketika melihat warga desa turut menangisi pemergian kami sewaktu majlis perpisahan menandakan kehadiran kami di desa itu cukup diterima baik dan disenangi mereka.

Lomba Gerak Jalan sempena perayaan Kemerdekaan Indonesia

Pantai Batu Karas yang cukup mempesonakan. Surfing dan Banana boat antara aktiviti yang dapat dilakukan di sini. Saya telah mencubanya,anda pula bagaimana??

Keadaan awal Green Canyon yang mesti menaiki bot menuju ke destinasi untuk aktiviti berenang dan terjun yang amat mencabar jiwa!!

Begitulah serba sedikit perkongsian tentang pengembaraan saya selama sebulan untuk program KKN di Ciamis. Harapnya nilai2 murni dan positif yang banyak telah dipelajari di sana dapat pula diaplikasikan dalam kehidupan seharian…insyaAllah

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template