Pertama sekali,segala puji dan syukur saya panjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana setelah sekian lama menunggu dan berfikir panjang,akhirnya dapat juga saya memiliki blog sendiri dan dilancarkan secara rasminya pada hari ni..Alhamdulillah..hehe=)
Untuk makluman semua,blog saya ni bukanlah untuk dipertandingkan kehebatannya dengan mana-mana sahabat yang telah jauh melangkah ke hadapan dalam arena atau medan blog ni,tetapi ia lebih memuatkan coretan peribadi (tetapi tidak bermaksud “diari kehidupan harian”..huhu) dan juga sekadar menjadi wadah perkongsian dengan sahabat-sahabat sekalian..insyaAllah
Jadi,untuk album sulung saya yang pertama ni (opps……silap…cm artis la pulak!! Hehe),untuk post sulung saya ni,saya telah memilih “Taubat Seorang Hamba” sebagai tajuk yang akan dibincangkan bersama pada kali ni. Tapi saya boleh nampak ada sahabat-sahabat yang senyum tersipu-sipu ketika baca tajuk post saya ni..hehe..kenapa lak? Mesti terfikir tajuk ni ada kaitan ngn lagu nasyid taubat seorang hamba nyanyian Hafiz Hamidun dan kumpulan Irsyadee kn? Hehe..
Tapi betulke ada kaitan? Teka2..cuba la teka..huhu..takde la..
Erm,sebenarnya tajuk ni ada kaitan ngn 1 cerita “pelik tapi benar” yang memang betul2 berlaku ke atas saya sekitar 2 minggu yang lepas..pasti sahabat2 nk tau cite apa kn?? Sabar2..saya tau sahabat2 dah tak sabar kn? Tenang je..sambil makan choclatos dan minum es buah pun leh teruskan baca post ni sampai habis ye..hehe=)
>>>>>>>>>>>>Alkisah bermula<<<<<<<<<<<<
Hari tu merupakan hari Jumaat. Pada pagi yg hening tu,saya ada lab activity yang terakhir untuk block Hematoimmunology System setelah sudah 2 bulan belajar sistem tersebut. Ketika kami sedang asyik berbincang di dalam kelompok tutorial masing2 tentang tugasan yang diberikan oleh para dosen,tiba2 ada seorang dosen kami mengumumkan masa perbincangan telah tamat dan sesi presentation akan bermula sekarang. Kemudian beliau telah memanggil nama salah seorang dari kami untuk melakukan presentation di hadapan. Nak dijadikan cerita,si Musa tadi(bukan nama sebenar) tidak hadir pada hari tu. Tetapi yg menghairankan dosen tadi adalah kerana terdapat coretan tandatangan untuk Musa yg memang tidak hadir pada hari tu. Jadi,dosen tadi telah bertanya kepada kami semua siapa yg telah menandatangani bg pihak Musa. Namun malangnya,tidak ada seorang pun dari kami yg mengaku bersalah melakukan perbuatan itu walaupun para dosen telah bersepakat dan berjanji tidak akan mengenakan sebarang tindakan dan hukuman kepada pesalah tersebut. Apa yg benar2 diharapkan oleh mereka HANYALAH si pelaku tadi dengan jujurnya mengaku bersalah telah melakukan perbuatan itu. Pelbagai macam cara telah kami gunakan untuk memberikan peluang kpd pelaku tadi untuk mengakui kesalahannya spt menutup mata beramai-ramai dan lain2,namun semuanya HAMPA. Akibatnya,semua dari kami yg hadir dikira sbg tidak hadir pada hari tersebut dan mengalami masalah untuk menduduki ujian HIS kerana dianggap sbg non-eligible.
>>>>>>>>>>>>Alkisah tamat<<<<<<<<<<<<
Jadi,begitulah cerita yang ingin saya kongsikan dengan sahabat2 semua. Tentunya banyak hikmah dan pengajaran yang boleh kita belajar daripada peristiwa ni kan? Saya juga yakin dan percaya sahabat2 sendiri pun boleh membuat penilaian dan mengambil pengajaran yang berguna daripadanya.
Namun,di kesempatan ni ingin sekali saya memberikan penekanan terhadap FITRAH KITA SEBAGAI SEORANG MANUSIA yang memang tidak dapat lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan serta enggan pula untuk mengakui kesalahan yang telah dilakukan. Sebagai contoh di dalam cerita saya bawakan tadi,manusia(si pelaku) telah enggan untuk mengakui kesilapan dan kesalahan yang secara terang-terangan telah dilakukan samada secara sengaja ataupun tidak. Yang lebih menghairankan lagi tawaran istimewa daripada seorang manusia juga(dosen) untuk memberikan pembebasan daripada sebarang hukuman tidak diendahkan sama sekali. Sebagai seorang manusia biasa,memang kita tidak boleh disamakan dengan seorang nabi yang bersifat ma’sum(terpelihara dari melakukan dosa). Sudah semestinya kehidupan seharian kita akan dicemari oleh noda2 kesalahan dan dosa. Tetapi kesalahan dan dosa yang kita telah lakukan lantaran kejahilan kita itu mestilah diakui dan disesali serta diikuti dengan kembali ke pangkal jalan(taubat).
Ketahuilah gambaran yang saya bawa ni cuma berlaku di kalangan atau sesama manusia sahaja. Bagaimana sekiranya peristiwa ini terjadi antara seorang hamba dengan Tuhannya? Mampukah kita untuk terus bertahan di dalam barah keegoan dengan tidak mengakui dan menyesali segala dosa yang telah dikerjakan serta sekaligus mengenepikan pintu taubat dari Allah yang telah terbuka luas untuk kita? Ketahuilah sesungguhnya Allah amat merindui rintihan jiwa hamba-NYA yang ingin kembali ke pangkal jalan. Selangkah sahaja kita cuba mendekati Allah,maka seribu langkah pula Allah akan rapat kepada kita. Sekiranya dalam cerita tadi seorang manusia(dosen) telah dikatakan seorang yang pemurah dan baik hati kerana mampu memberikan suatu tawaran istimewa berupa pembebasan dari hukuman,maka selayaknyalah Allah S.W.T dengan sifat Ar-Rahman(Maha Pemurah) jauh lebih mampu memberikan pelbagai tawaran istimewa kepada hamba-NYA yang dikasihi.
Dalam konteks ni,Anas ra berkata,saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda,Allah S.W.T berfirman : “Wahai anak Adam,selama engkau berdoa dan berharap kepadaKu,nescaya aku ampuni segala dosamu yang telah lalu dan Aku tidak pedulikan lagi. Wahai anak Adam,jikalau dosamu membumbung setinggi langit lalu engkau minta ampunan-Ku,pasti engkau Ku-ampuni. Wahai anak Adam,andai engkau datang kepadaKu dengan kesalahan sepenuh bumi,kemudian engkau bertemu dengan-Ku dalam keadaan tidak menyekutukan-Ku sedikit pun,pasti aku mendatangimu dengan ampunan sepenuh bumi pula” (HR Tirmidzi,hadis hasan shahih)
Begitulah besar dan luasnya ampunan yang disediakan oleh Allah buat hamba-NYA yang sentiasa bergelomang dengan noda2 dosa setiap masa. Allah S.W.T sama sekali tidak pernah berputus asa dalam mencurahkan keampunan kpd kita sebagaimana dalam hadis qudsi tadi,bahkan kitalah yang terlebih dahulu sering berputus asa dari rahmat Allah dan mengambil keputusan untuk sentiasa menangguhkan taubat kepada Allah. Sedangkan Allah Taala sangat cinta dan kasih pula kepada hamba-hambaNYA yang sentiasa bertaubat kepada-NYA. Bukankah Allah telah berfirman di dalam Al-Quran yang mana maksudnya : “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang menyucikan diri” (Al-Baqarah:222)
Sebagai suatu analogi,jika pakaian yang kita pakai menjadi kotor kerana terkena najis atau sebarang kotoran,maka dengan segera tentu kita akan pergi membeli sabun di mana-mana kedai untuk membersihkan kotoran tadi. Kita juga mungkin akan merasakan membersihkan pakaian kotor tadi amat mudah dan mampu untuk dilakukan. Tetapi bagaimana pula dengan kotoran2 dosa yang melekat di dalam hati kita? Adakah kita sanggup membiarkan hati kita berubah warna menjadi hitam pekat dan gelap tanpa mengambil sebarang tindakan sebagaimana kita mampu untuk mengambil tindakan membersihkan kotoran pakaian tadi? Sedarilah bahawa kotoran dosa kita itu jauh lebih mudah untuk dibersihkan berbanding dengan kotoran pakaian tadi kerana ianya langsung tidak memerlukan sebarang modal kewangan yang harus dikeluarkan. Ditambah pula dengan sifat kemurahan dan Maha Pengampun Allah yang sentiasa berkenan memberikan keampunan yang tiada terbatas kepada kita. Sebaliknya kitalah yang telah merasakan berat untuk menyucikan kotoran dosa lantas membiarkannya berlalu begitu sahaja. Alangkah baiknya sekiranya kita juga mampu bersegera menyucikan kotoran dosa itu sebagaimana kita telah bersegera membersihkan pakaian kotor tadi. Justeru,Allah Taala telah berfirman : “Dan bertaubatlah kalian kepada Allah,hai orang-orang yang beriman,supaya kalian beruntung” (An-Nur:31)
“Wahai Tuhanku,hamba-Mu yang lama menghilang telah kembali ke pintu rahmat-Mu. Hamba-Mu yang berbuat derhaka telah kembali menuju kebaikan. Hamba-Mu yang berdosa telah kembali dengan membawa alasan. Maka ampunilah aku dengan kemurahan-Mu,pandanglah aku dengan kasih-Mu,ampunilah dosaku yang telah lalu dan lindungilah diriku dari dosa-dosa dalam sisa-sisa hidup ini. Sesungguhnya segala kebaikan hanya ada pada-Mu dan Engkau Maha Pengasih dan Penyayang. Wahai Zat yang membebaskan setiap kesulitan,saat ini hanya Engkaulah harapanku,maka terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat lagi Maha Pengasih.”
Untuk akhirnya,disebabkan tajuk post saya kali ni sama dengan tajuk lagu nasyid Taubat Seorang Hamba,jadi saya ingin memetik 2 rangkap pertama daripada lagu tersebut buat renungan bersama..hehe=)
“Hati hitam mengenangkan,
Dosa-dosa yang kulakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa”
“Kuakui kelemahan diri,
Kuinsafi kekurangan ini,
Kukesali kejahilan ini,
Terimalah..terimalah..terimalah taubatku ini”
Setakat ini sahajalah coretan yang boleh saya kongsikan dengan sahabat2 semua dalam keluaran post sulung saya ni. Mudah-mudahan ada sesuatu yang bermanfaat yang boleh kita ambil daripada post kali ni. Sama-samalah kita menjadikan taubat sebagai sumber pembersihan dan penyucian jiwa kita yang sentiasa dicemari oleh noda2 dosa. InsyaAllah… Di sini juga saya ingin membuat penegasan bahawa bukanlah sikap si pelaku dalam cerita tersebut yang menjadi isu utama dalam post ni (takut ada yang tersilap faham..huhu),tetapi saya ingin ketengahkan sikap kita semua sebagai seorang manusia yang kurang menyedari akan terlalu banyak dosa yang telah dilakukan dalam hidup ni sekaligus kurang perasaan untuk bertaubat kpd Allah termasuklah diri saya sendiri.
Sebarang komen,cadangan dan harapan daripada sahabat2 semua amat saya alu-alukan dan hargai bagi memperbaiki mutu dan prestasi buat masa depan selari dengan kata-kata blog saya ni iaitu “Menginsafi kelemahan diri,Mendamba redha Ilahi”.
Wallahu a’lam
6 comments:
salam ziarah..
huhu..yela 2...
tahniah dgn adanya internet n dgn kelahiran blog ni..
pesanan penaja: all da best.jgn poyo sgt..hehe~;p
ye cik nurul88..
salam ukhwah..
jzkk la atas doanya ye..
moga kite sume termasuk dlm hamba-NYA yg sentiasa ingin berpesan2 kpd kbnrn n ksbrn..insyaAllah
tp yg "jgn poyo sgt" 2 mmg xstju 100% k..xpoyo pn..jz cute je..hehe..jgn jeles ye!
InsyaAllah..
kita mengaku kita seorang yang beriman kepada kewujudan Allah dan sifat-sifat Allah
maka,sebagai seorang yang beriman sudah pasti sifat Allah maha pengampun itu menjadi pendorong setiap insan ini untuk bertaubat..
btul3(upin ipin mode)..hehe
sy stju dgn sayang Allah..
bile kita dh beriman dgn sifat2 Allah,maka sifat Allah maha pengampun yg merupakan slh 1 drpd sifat2 Allah juga mesti kita imani..keimanan yg kuat kpd sifat itulah yg akn mndorong kita utk terus bertaubat kpd Allah diatas segala dosa yg telah kita lakukan..insyaAllah
assalamualaikum..
waa..abg jamal da ade blog..(sye pn xde blog lagi..coming soon..hehe)
selamat menulis..dan semoga segala perkongsian mendapat manfaatnya..insyaAllah
wslm su..
hehe..bese la..dh lame simpan impian ni sebenonye..skg je berpeluang bile ad tenet gak..
xpe la..slow2 la su..nnt bile dh tibe masenye iA ad la 2..sy pn dlu cm2 gak..hehe
doakan kite sume terus istiqamah dlm mmberi peringatan thru wadah ape sklipun..insyaAllah
Post a Comment