Monday, August 16, 2010

Ramadhan : Shift Our Paradigm!! (Part 2)

Oleh itu,kita mestilah memandang bulan Ramadhan dan ibadah puasa itu sebagai mekanisma untuk membentuk dan mendidik hawa nafsu kita secara intensif.

Jika kita merenung kembali,manusia berhadapan dengan ujian melalui 2 sudut,iaitu sudut luaran dan sudut dalaman. Cabaran2 dari luar mungkin datangnya dari suasana maksiat,persekitaran yang rosak,kawan2 yang tersilap dan sebagainya. Manakala ujian yang datang dari diri manusia itu adalah ujian yang datang dalam 2 bentuk sejak di zaman nabi Adam.

Yang pertama adalah ujian daripada syaitan sebagaimana nabi Adam telah diperdaya dan dikelirukan oleh muslihat dan tipudaya yang dilakukan oleh syaitan ketika berada di dalam syurga. Manakala ujian kedua ke atas seorang individu dapat disaksikan daripada peristiwa pembunuhan yang berlaku di antara 2 orang anak nabi Adam yang telah disebut namanya oleh kita sebagai Habil dan Qabil itu. Peristiwa ini terjadi disebabkan oleh dorongan hawa nafsu yang telah menguasai diri,atau lebih spesifiknya hawa nafsu terhadap naluri seks.

Sebagai kesimpulannya,manusia ini diuji dari 2 bentuk ujian. Ujian pertama yang menyebabkan manusia melakukan maksiat dan kemungkaran adalah syaitan dan yang keduanya adalah hawa nafsu. Di bulan Ramadhan,Allah SWT telah memberikan kemudahan kepada kita di mana syaitan itu telah diikat sebagaimana yang telah disebutkan dalam sepotong hadis :

“Abu Hurairah ra berkata,nabi saw telah bersabda,apabila masuk bulan Ramadhan,maka pintu2 rahmat akan dibuka seluas-luasnya,pintu neraka jahannam akan dikunci dan syaitan akan dibelenggu.” (HR Muslim)

Para ulama’ berbeza pendapat tentang maksud syaitan dibelenggu itu,ada yang mengatakan memang syaitan dirantai dan ada pula yang mengatakan maknanya hanyalah kiasan sahaja,bukan makna sebenar. Tetapi kedua2nya menuju kepada makna yang sama iaitu potensi syaitan untuk mengundang manusia melakukan kejahatan dikurangkan pada bulan Ramadhan apabila syaitan itu dibelenggu.

Mungkin timbul satu persoalan daripada kita di sini,sekiranya syaitan telah dirantai pada bulan Ramadhan,tapi masih ramai lagi orang yang melakukan maksiat dan kejahatan di bulan ini……kenapa???

Perkara ini juga mungkin terjadi atas 2 sebab. Yang pertama adalah kerana syaitan itu dirantai,bukannya dihapuskan. Sebagai satu analogi yang boleh dikongsi bersama,kita boleh melihat kepada kes seekor anjing yang telah dirantai oleh tuannya. Anjing ini masih lagi boleh menggigit sekiranya kita pergi menghampiri ke tempat anjing itu dirantai. Jadi,berbalik kepada situasi tadi,syaitan juga masih lagi boleh “menggigit” sekiranya kita pergi mendekati tempat2 yang kebiasaannya menjadi tempat pilihan dan kegemaran syaitan untuk bersarang padanya.

Yang kedua seperti yang telah dijelaskan tadi,punca manusia melakukan kejahatan bukannya disebabkan oleh syaitan sahaja,tetapi juga turut berpunca daripada hawa nafsu. Penting untuk kita ketahui bahawa hawa nafsu ini tidak dirantai tetapi ianya diserahkan kepada kita untuk menguruskannya. Dalam masa yang sama juga,kadang2 apabila kita sudah terbiasa dengan syaitan,akhirnya syaitan ini menjadi “mentor” dan hawa nafsu kita menjadi “protégée” dan protégée ini tidak kurang hebat seperti mentornya.

Seperti yang telah disebutkan oleh Al-Maududi,apabila manusia mengikut kehendak hawa nafsunya,dia boleh sampai ke tahap melakukan maksiat sehingga syaitan sendiri terpegun dengan maksiat yang telah dilakukannya. Bahkan disebutkan dalam surah Al-Hasyr ayat 16 yang bermaksud : “Ketika syaitan berkata kepada manusia,”kafirlah kamu,”maka tatkala manusia itu telah kafir,ia berkata,”sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah,Tuhan semesta alam.”

Maka syaitan telah berjaya mengkufurkan manusia dan apabila manusia telah menjadi kufur,syaitan pun meninggalkannya. Tetapi apa yang telah berlaku kepada syaitan?? Adakah dengan hanya mengucapkan “sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah,Tuhan semesta alam” mampu menyelamatkannya dari azab Allah?? Sekali2 tidak!!! Allah telah melanjutkan kalamNya pada ayat yang berikutnya iaitu : “Maka adalah kesudahan kedua2nya bahawa sesungguhnya kedua2nya masuk ke dalam neraka,mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan orang2 yang zalim.” (QS 59: 17)

Sebelum kita berbincang dengan lebih jauh lagi,apakah yang dimaksudkan dengan kurangnya potensi syaitan untuk menghasut manusia ke arah kejahatan pada bulan Ramadhan??

Ini diperjelaskan dalam sebuah hadis,”Sesungguhnya syaitan itu bergerak di dalam tubuh manusia melalui saluran darah,maka sempitkanlah saluran syaitan itu dengan berlapar.” (HR Bukhari-Muslim). Maka di dalam bulan Ramadahan,apabila kita melaparkan diri dengan cara berpuasa,ia dapat mengurangkan potensi syaitan untuk menguasai diri kita. Jadi,secara rumusannya syaitan telah pun dirantai dan kita juga telah pun melaparkan diri sehingga potensi syaitan berkurang,hati telah diuruskan oleh solat yang diperbanyakkan,akal juga telah diuruskan oleh bacaan dan kefahaman kita daripada ayat2 Al-Quran,maka yang tinggal hanyalah soal hawa nafsu yang perlu dididik!!

Bersambung lagi………………….nantikan posting yang terakhir tentang tajuk ini selepas ini..insyaAllah=)

Wallahu a’lam

Friday, August 13, 2010

Ramadhan : Shift Our Paradigm!!

Perkara2 yang ingin dikongsi dalam posting kali ini lebih kepada mempersiapkan mind setting atau pemikiran kita serta cara2 kita merenung,melihat dan memandang kedatangan bulan Ramadhan dan ibadah puasa itu sendiri supaya kita mendapat hasil yang sepatutnya,insyaAllah.

Seperti kita semua sedia maklum,ibadah puasa ini telah difardhukan oleh Allah Taala secara rasminya pada tahun ke-2 Hijrah apabila Allah telah menyebut di dalam Al-Quran,misalnya firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 183 :

“Hai orang2 yang beriman,diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang2 sebelum kamu agar kamu bertaqwa”

Maka,dengan turunnya ayat ini dan ayat2 selepasnya (boleh rujuk surah Al-Baqarah ayat 183-187),puasa itu telah menjadi salah satu rukun daripada rukun2 Islam. Pertama sekali,saya ingin mengajak sahabat2 semua berfikir tentang “apakah pandangan kita terhadap puasa”?

Tentunya perkara seumpama ini amat penting untuk difikirkan kerana cara kita memandang sesuatu akan menentukan apa yang kita akan dapat. Konsepnya adalah “what you see is what you get!” (apa yang kamu lihat adalah apa yang kamu dapat). Sebagai satu analogi,kita boleh perhatikan pada situasi ini :

Seorang nelayan melihat laut akan mendapat ikan dan sotong..

Seorang jurutera petronas melihat laut akan mendapat minyak..

Seorang pelajar yang penat belajar dan stress melihat laut akan mendapat tempat berkelah..

Jadi jika diperhatikan,perbuatan yang mereka lakukan adalah sama iaitu melihat laut tetapi hasil yang mereka dapat adalah berbeza-beza kerana cara mereka memandang laut berbeza antara satu sama lain.

Berbalik kepada persoalan tadi,bagaimana cara kita memandang Ramadhan?

Pertama,ada orang memandang Ramadhan sebagai peluang untuk menambah wang. Biasanya cara pandang ini kebanyakannya berlaku di kalangan para peniaga. Kedatangan Ramadhan bagi mereka dirasakan masa yang paling sesuai untuk menggandakan usaha mencari wang semampu yang mungkin. Jadi,sekiranya kita melihat Ramadhan sebagai sumber untuk menambah wang,hanya itu sahajalah yang kita akan dapat.

Golongan kedua memandang Ramadhan sebagai peluang untuk menyihatkan badan. Bagi mereka,dengan cara berpuasa di bulan Ramadhan,mereka berpeluang untuk menguruskan badan daripada saiz yang sebenar. Justeru,mereka cuba untuk tidak makan dan minum sama seperti orang yang berpuasa kerana Allah,tetapi motifnya adalah untuk kesihatan tubuh badan. Mereka juga mungkin akan mendapat apa yang diimpikan jika itu sahaja yang menjadi cara pandang mereka terhadap bulan Ramadhan.

Seterusnya,golongan ketiga ini memandang Ramadhan sebagai peluang untuk menjimat belanja dapur. Seperti yang kita tahu,kita sangat digalakkan untuk berlumba2 melakukan kebaikan di bulan Ramadhan. Jadi,biasanya kebanyakan masjid atau rumah2 dari jiran tetangga akan menyediakan juadah untuk berbuka puasa. Golongan ini akan lebih suka untuk pergi ke tempat2 tersebut supaya perbelanjaan dapur untuk juadah berbuka puasa dapat dijimatkan.

Golongan terakhir memandang Ramadhan sebagai peluang untuk mendapatkan pahala yang banyak. Cara pandang seperti ini memang benar dan tiada salahnya kerana telah disebutkan dalam banyak hadis bagaimana Allah menggandakan pahala amalan yang kita lakukan di bulan Ramadhan ini. Tetapi jika hanya ini sahaja yang kita harapkan daripada Ramadhan,kesannya mungkin sedikit sukar kerana pahala itu merupakan sesuatu yang kita tidak boleh nampak di dunia. Jadi jika seseorang itu berpuasa kerana pahala semata2,di akhirat nanti barulah dia boleh melihatnya.

Maka bagaimanakah cara yang sepatutnya kita memandang puasa?

Jawabnya,kita perlu kembali kepada merenung dan melihat bagaimanakah Allah SWT dan nabi saw menjelaskan tentang hakikat puasa.

Sebagaimana yang kita tahu,di dalam diri manusia terdapat 3 komponen utama. Ketiga2 komponen inilah yang harus diubah sekiranya kita mahu mengubah manusia. 3 komponen yang ada dalam diri manusia itu adalah hati,akal dan nafsu. Ketiga2 komponen ini jugalah yang memainkan peranan penting dalam menentukan tindak-tanduk kita.

Di dalam bulan Ramadhan,hati kita berhubung dengan Allah SWT melalui solat2 yang diperbanyakkan. Seperti yang diketahui,solat ini merupakan hubungan hati antara seorang hamba dengan Allah Taala dan ianya bukanlah hanya pergerakan fizikal sahaja. Maka di dalam bulan Ramadhan,hati kita diuruskan oleh solat yang diperbanyakkan.

Selain itu,akal kita juga dididik dan dibentuk supaya memahami dan mempelajari ayat2 yang kita baca di dalam Al-Quran. Maka tinggal satu lagi komponen dalam diri manusia yang memerlukan kepada didikan pada bulan Ramadhan iaitulah soal hawa nafsu. Oleh itu,kita mestilah memandang bulan Ramadhan dan ibadah puasa itu sebagai mekanisma untuk membentuk dan mendidik hawa nafsu kita secara intensif.

Bersambung………………nantikan posting yang seterusnya!!!

Wallahu a’lam

Monday, August 9, 2010

Harapan Ramadhan di Hari Kelahiranku

Jam menunjukkan tepat pukul 12 malam. Namun,mata saya masih lagi secerah mentari pagi dan cuba ‘menggagahkan dirinya’ mengamati pada skrin laptop yang sudah dipasang sejak dari tadi lagi. Dari sisi yang lain pula,tangan ini sibuk membelek-belek lembaran buku sebagai tanda persiapan untuk menghadapi ujian remedial 3 hari lagi.

Suasana persekitaran di luar rumah sudah sunyi dan sepi sekali menandakan kebanyakan warga desa sudah lama diulit mimpi indah dan berada di alam maya. Cuma yang hanya kedengaran adalah suara jeritan katak2 dan curahan air hujan yang berjaya memecah kesunyian malam hari.

Sambil mengamati laptop di depan mata dan pada masa yang sama sempat juga mengelamun sejenak,tiba2 diri ini tersentak oleh suara muzik lagu dari handphone yang menunjukkan ada sms yang berjaya mencuri masuk ke dalam kotak inbox. Khayalan yang merasuki fikiran tadi terhenti seketika sebelum menular dengan lebih parah lagi. Lantas,perlahan-lahan tangan digerakkan ke arah handphone lalu sms yang diterima tadi dicermati dengan teliti. Ternyata sms yang baru diterima tadi merupakan kiriman daripada kakak yang berbunyi :

“Assalamualaikum..selamat hari lahir yang ke-22 din..semoga hidupmu sentiasa dirahmati,diberkati dan diredhai oleh Allah Taala..semoga amalmu juga bertambah seiring dengan bertambahnya usiamu..mudah-mudahan terus berjaya mengejar impian di dunia dan di akhirat sana..”

Tersenyum saya sambil membaca sms yang baru dikirim tadi. Tak sangka sms kiriman kakak itu mengingatkan saya terhadap hari ulangtahun kelahiran saya esok hari di mana saya sendiri hampir sahaja terlupa sebentar tentang perkara tersebut. Lalu dengan serta-merta jari-jemari mula memetik keypad handphone menaip sesuatu sebagai sms balasan buat seorang kakak yang dikasihi..

“Wslm..insyaAllah..terima kasih banyak2 ye..tahniah kerana telah berjaya menjadi orang yang pertama wish birthday kat din ni..balik Malaysia nanti nak mintak hadiah istimewa ye..hehe..moga2 doa tadi sentiasa dipohon oleh kita setiap masa,bukan hanya pada hari lahir je=)”

Melayani masa yang sungguh pantas berlalu meninggalkan kita,sedar ataupun tidak usia saya kini sudah menjangkau 22 tahun. Sudah semestinya usia sebegini banyak menyajikan pelbagai kenangan manis dan pahit,perit getir serta pengalaman hidup yang bakal mendewasakan dan mematangkan diri kita. Selama 22 tahun ini jugalah saya telah menjadi insan yang berbeza2 demi mencari identiti diri yang hakiki dalam rangka menyahut tujuan hidup yang telah digariskan oleh Sang Pencipta Rabbul Alamin.

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku” (51:56)

Namun,hari ulangtahun kelahiran pada kali ini dirasakan cukup istimewa dan bermakna berbanding tahun2 yang sebelumnya. Mungkin kerana hari ulangtahun kelahiran bagi tahun ini bersamaan dengan pembukaan tirai Ramadhan,bulan suci lagi mulia yang telah dijanjikan Allah pelbagai kelebihan dan keutamaan di dalamnya.

Bercakap tentang bulan Ramadhan ini,sewaktu saya masih kecil di bangku sekolah lagi,saya pernah berazam untuk berpuasa penuh sebulan di bulan Ramadhan pada salah satu hari ulangtahun kelahiran saya dulu. Tetapi apakan daya,badan yang kecil ini tidak mampu melawan harapan dan impian yang cukup besar itu sehingga ada beberapa hari yang terpaksa ditinggalkan lantaran diri ini tidak cukup kuat untuk menahannya. Peristiwa ini terjadi ketika saya masih kecil lagi ye,bukan sekarang..jangan salah sangka pulak..Hehe=)

Walaubagaimanapun,Ramadhan kini menjelma lagi dan pastilah harapan dan impian murni itu masih ada tetapi dalam kadar yang berbeza. Justeru,di kesempatan ini ku bermohon kepadaMu Ya Allah agar diberikan segala kekuatan kepada hambaMu ini untuk menyempurnakan ibadah puasa dengan sebaik mungkin. Mungkin bulan Ramadhan inilah merupakan hadiah dan pemberian dariMu di atas hari ulangtahun kelahiranku kali ini. Sesungguhnya pemberianMu yang cukup berharga ini dapat mengatasi segala-galanya yang akan dijadikan batu loncatan bagi meraih darjat TAQWA dan sekaligus menjadi titik tolak menuju ke arah yang lebih diredhai..insyaAllah

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..agar dapat ku lalui dengan sempurna..Ya Allah,bantulah hambaMu ini dengan sebaik2 bantuan..

“Puasa SEMPURNA menahan rohani dan rasa…

Puasa SEDERHANA menahan indra dan juga anggota…

Puasa BIASA hanya melawan lapar dan dahaga…

Lalu di manakah puasa KITA..adakah masih di tahap lama??”

Renung2kan dan fikir2kan..

Wallahu a’lam

Thursday, August 5, 2010

Memasuki Pintu Gerbang Rahmat dan Maghfirah

Sekarang kita telah pun berada di penghujung bulan Syaaban dan tidak lama lagi bulan yang penuh suci dan mulia iaitu bulan Ramadhan akan menjelang tiba. Rasulullah saw sering berdoa dengan doa berikut : “Ya Allah,berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami di bulan Ramadhan.”

Dalam hadis riwayat Ahmad,An-Nasai dan Al-Baihaqi,nabi saw ada bersabda,”Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan,bulan yang diberkati. Allah memerintahkanmu berpuasa di dalamnya. Dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga,dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan. Di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa yang tidak diberikan kepadanya kebajikan pada malam tersebut,bererti telah diharamkan baginya segala rupa kebajikan.”


Ramadhan,

Dirimu umpama hujan bagi penghuni2 bumi yang bertaqwa,

Kehadiranmu dinanti dengan penuh harapan,

Agar bumi yang telah sekian lama kekeringan,

Akan kau basahi dengan pesta2 ibadah,

Tanaman2 iman tumbuh dan subur dengan siraman hujan,

Segala najis2 mazmumah akan mula terhakis,

Sedikit demi sedikit.


Ramadhan,

Dengan kehadiranmu yang hanya seketika ini,

Akan terdengarlah suara2 syahdu yang mengiringi percikan2 hujanmu,

Bagi memohon keampunan dan keredhaan Allah Rabbul Alamin.


Ramadhan bagiku,

Sekalung emas dalam timbunan batu,

Pastilah direbut2 sang fakir itu,

Begitulah Ramadhan bagiku..


Seperti penawar mujarab yang dihulurkan,

Buat penyakit yang tiada sembuhnya,

Begitulah Ramadhan bagiku..


Umpama para pejuang di jalan Allah,

Dinampakkan di matanya balasan di syurga,

Dan begitulah Ramadhan bagiku..


Namun ku memohon kepadaMu Ya Allah,

Bantulah hambaMu ini dengan sebaik2 bantuan,

Agar diriku mampu memanfaatkan Ramadhan kali ini,


Andai yang lalu pernah kupersiakan,

Agar diriku ini dibersihkan pada akhirnya,

Andai pada permulaannya penuh dengan dosa,

Agar diriku ini diredhai,

Andai sebelumnya sentiasa di dalam murka,

Inilah harapan agar,

Begitulah Ramadhan bagiku…


Sebelum kita melangkah masuk ke dalam bulan yang penuh keberkatan ini,ayuh sama2 kita perhatikan perkara2 yang boleh dan harus dilakukan sebagai persiapan menyambut Ramadhan yang mulia ini.


· Menanti ketibaan Ramadhan dengan penuh kegembiraan

· Mengulangkaji semula ilmu yang berkaitan dengan puasa

· Memperbanyakkan doa supaya dapat beribadah di bulan Ramadhan

· Menguatkan keazaman dan kesungguhan untuk melaksanakan ibadah puasa

· Meningkatkan kesungguhan dalam beramal secara berterusan

· Menghapuskan adat kebiasaan yang bertentangan dengan Islam


Sambutlah Ramadhan dengan jiwa terbuka,

Seperti ketibaan orang yang kita cinta,

Dengan ucapan ahlan wasahlan marhaban Ya Ramadhan..


Ya Allah,

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,

Agar dapat ku lalui dengan sempurna..


Wallahu a’lam

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template