Friday, August 13, 2010

Ramadhan : Shift Our Paradigm!!

Perkara2 yang ingin dikongsi dalam posting kali ini lebih kepada mempersiapkan mind setting atau pemikiran kita serta cara2 kita merenung,melihat dan memandang kedatangan bulan Ramadhan dan ibadah puasa itu sendiri supaya kita mendapat hasil yang sepatutnya,insyaAllah.

Seperti kita semua sedia maklum,ibadah puasa ini telah difardhukan oleh Allah Taala secara rasminya pada tahun ke-2 Hijrah apabila Allah telah menyebut di dalam Al-Quran,misalnya firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 183 :

“Hai orang2 yang beriman,diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang2 sebelum kamu agar kamu bertaqwa”

Maka,dengan turunnya ayat ini dan ayat2 selepasnya (boleh rujuk surah Al-Baqarah ayat 183-187),puasa itu telah menjadi salah satu rukun daripada rukun2 Islam. Pertama sekali,saya ingin mengajak sahabat2 semua berfikir tentang “apakah pandangan kita terhadap puasa”?

Tentunya perkara seumpama ini amat penting untuk difikirkan kerana cara kita memandang sesuatu akan menentukan apa yang kita akan dapat. Konsepnya adalah “what you see is what you get!” (apa yang kamu lihat adalah apa yang kamu dapat). Sebagai satu analogi,kita boleh perhatikan pada situasi ini :

Seorang nelayan melihat laut akan mendapat ikan dan sotong..

Seorang jurutera petronas melihat laut akan mendapat minyak..

Seorang pelajar yang penat belajar dan stress melihat laut akan mendapat tempat berkelah..

Jadi jika diperhatikan,perbuatan yang mereka lakukan adalah sama iaitu melihat laut tetapi hasil yang mereka dapat adalah berbeza-beza kerana cara mereka memandang laut berbeza antara satu sama lain.

Berbalik kepada persoalan tadi,bagaimana cara kita memandang Ramadhan?

Pertama,ada orang memandang Ramadhan sebagai peluang untuk menambah wang. Biasanya cara pandang ini kebanyakannya berlaku di kalangan para peniaga. Kedatangan Ramadhan bagi mereka dirasakan masa yang paling sesuai untuk menggandakan usaha mencari wang semampu yang mungkin. Jadi,sekiranya kita melihat Ramadhan sebagai sumber untuk menambah wang,hanya itu sahajalah yang kita akan dapat.

Golongan kedua memandang Ramadhan sebagai peluang untuk menyihatkan badan. Bagi mereka,dengan cara berpuasa di bulan Ramadhan,mereka berpeluang untuk menguruskan badan daripada saiz yang sebenar. Justeru,mereka cuba untuk tidak makan dan minum sama seperti orang yang berpuasa kerana Allah,tetapi motifnya adalah untuk kesihatan tubuh badan. Mereka juga mungkin akan mendapat apa yang diimpikan jika itu sahaja yang menjadi cara pandang mereka terhadap bulan Ramadhan.

Seterusnya,golongan ketiga ini memandang Ramadhan sebagai peluang untuk menjimat belanja dapur. Seperti yang kita tahu,kita sangat digalakkan untuk berlumba2 melakukan kebaikan di bulan Ramadhan. Jadi,biasanya kebanyakan masjid atau rumah2 dari jiran tetangga akan menyediakan juadah untuk berbuka puasa. Golongan ini akan lebih suka untuk pergi ke tempat2 tersebut supaya perbelanjaan dapur untuk juadah berbuka puasa dapat dijimatkan.

Golongan terakhir memandang Ramadhan sebagai peluang untuk mendapatkan pahala yang banyak. Cara pandang seperti ini memang benar dan tiada salahnya kerana telah disebutkan dalam banyak hadis bagaimana Allah menggandakan pahala amalan yang kita lakukan di bulan Ramadhan ini. Tetapi jika hanya ini sahaja yang kita harapkan daripada Ramadhan,kesannya mungkin sedikit sukar kerana pahala itu merupakan sesuatu yang kita tidak boleh nampak di dunia. Jadi jika seseorang itu berpuasa kerana pahala semata2,di akhirat nanti barulah dia boleh melihatnya.

Maka bagaimanakah cara yang sepatutnya kita memandang puasa?

Jawabnya,kita perlu kembali kepada merenung dan melihat bagaimanakah Allah SWT dan nabi saw menjelaskan tentang hakikat puasa.

Sebagaimana yang kita tahu,di dalam diri manusia terdapat 3 komponen utama. Ketiga2 komponen inilah yang harus diubah sekiranya kita mahu mengubah manusia. 3 komponen yang ada dalam diri manusia itu adalah hati,akal dan nafsu. Ketiga2 komponen ini jugalah yang memainkan peranan penting dalam menentukan tindak-tanduk kita.

Di dalam bulan Ramadhan,hati kita berhubung dengan Allah SWT melalui solat2 yang diperbanyakkan. Seperti yang diketahui,solat ini merupakan hubungan hati antara seorang hamba dengan Allah Taala dan ianya bukanlah hanya pergerakan fizikal sahaja. Maka di dalam bulan Ramadhan,hati kita diuruskan oleh solat yang diperbanyakkan.

Selain itu,akal kita juga dididik dan dibentuk supaya memahami dan mempelajari ayat2 yang kita baca di dalam Al-Quran. Maka tinggal satu lagi komponen dalam diri manusia yang memerlukan kepada didikan pada bulan Ramadhan iaitulah soal hawa nafsu. Oleh itu,kita mestilah memandang bulan Ramadhan dan ibadah puasa itu sebagai mekanisma untuk membentuk dan mendidik hawa nafsu kita secara intensif.

Bersambung………………nantikan posting yang seterusnya!!!

Wallahu a’lam

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template