Pantas dan cepat benar masa berlalu meninggalkan kita semua. Sedar ataupun tidak,kita sekarang telah berada di penghujung tahun akademik sesi 2009/2010. Inilah waktu yang paling kritikal untuk bergelut bagi seorang insan yang bergelar mahasiswa,khususnya bagi mahasiswa Fakultas Kedokteran Universitas Padjadjaran,Bandung,Indonesia.
Pada waktu inilah kita semua akan mula bertapa di dalam kamar masing2,menjadi sahabat baik kepada pelbagai buku2 pelajaran dan bermusuh ketat pula dengan pelbagai aktiviti yang langsung tak mendatangkan faedah kepada kita. Semua ini berlaku gara2 disebabkan oleh kehadiran sesuatu yang kita namakannya sebagai ujian.
Sesungguhnya ujian yang sering kita alami itu merupakan sebahagian daripada asam garam dalam kehidupan ini. Tanpanya,kehidupan yang kita lalui seharian ini mungkin kurang indah dan kurang bermakna kerana ianya juga adalah warna-warni kehidupan. Justeru,buat sahabat2 UNPAD yang bakal menghadapi final exam bemula minggu depan,saya ingin kongsikan kepada kalian sepotong kalam Allah dan sepotong sabda nabi saw sebagai renungan bersama dalam menempuhi ujian ini.
Dalam surah Ali-Imran ayat 159,Allah Taala telah berfirman : “Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad (berazam),maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang2 yang bertawakkal kepada-Nya.”
Dalam ayat ini,Allah Taala telah mengajar kepada hamba-Nya tentang cara2 untuk berdepan dengan sebarang perkara dalam kehidupan kita,termasuklah juga berkaitan soal ujian ini. Di sini Allah telah menjelaskan betapa pentingnya untuk membuat persiapan dan persediaan terlebih dahulu dalam melakukan sesuatu perkara supaya kerja yang akan kita lakukan itu menjadi lebih mudah dan lancar.
Pada masa yang sama juga,Allah telah mengajar kepada kita tentang konsep tawakkal iaitu penyerahan dan pengharapan segala urusan yang telah kita lakukan hanya kepada Allah semata-mata. Namun,kita juga mesti ingat bahawa tawakkal kita kepada Allah itu hanyalah setelah kita sudah berusaha bersungguh2 dan sebaik mungkin dalam urusan yang dikerjakan itu.
Jadi shbt2ku,marilah kita sama2 berusaha keras terlebih dahulu dalam menghadapi ujian yang bakal menjelang ini tanpa mengabaikan hak2 kita sebagai seorang hamba kepada-Nya. Berusahalah dengan sedaya upaya dan sebaik mungkin selagi mempunyai kesempatan waktu. Kemudian bertawakkallah kepada Allah di atas urusan itu supaya jiwa kita menjadi lebih tenang dan redha di atas segala pemberian dan ketetapan-Nya kerana kita telah pun berusaha sebaik mungkin sebelumnya.
Manakala daripada hadis nabi pula,baginda ada bersabda : “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada orang mukmin yang lemah. Masing2 ada kebaikannya. Bersemangatlah untuk mengerjakan sesuatu yang bermanfaat bagimu,mohonlah pertolongan kepada Allah dan jangan merasa tidak mampu. Kalau tertimpa sesuatu,janganlah kamu mengucapkan : Seandainya saya berbuat begini tentu tidak akan terjadi begitu,tetapi katakanlah apa yang ditentukan Allah dan apa yang dikehendaki-Nya pasti terjadi kerana kata seandainya itu akan memberi jalan kepada syaitan.” (HR. Muslim)
Oleh itu,di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan selamat menempuhi final exam kepada semua shbt khususnya shbt2 di UNPAD. Semoga Allah Taala permudahkan segala urusan kita dan memberikan yang terbaik buat kita semua. InsyaAllah.
“Ujian adalah tarbiah dari Allah..
Apakah kita akan sabar ataupun sebaliknya..
Kesenangan yang datang selepas kesusahan..
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan..”
Wallahu a’lam
0 comments:
Post a Comment