Angah : “Umi,angah nak tanya umi sikit boleh?”
Umi : “Angah nak tanya apa? Boleh je..”
Angah : “Tadi kan kat sekolah cikgu angah ada tanya tentang solat..solat tu apa ya umi?”
Umi : “Owh..solat tu kita sebut juga sembahyang..ia adalah salah satu perintah dari Allah untuk kita semua umat Islam tau..orang yang selalu solat akan disayangi Allah..angah nak tak Allah sayang angah?”
Angah : “Nak2..angah pun nak solat gak la umi..umi tolong ajar angah ye?”
Umi : “Boleh2..mulai hari ni angah rajin2 solat ye?”
Angah : “Baik umi..”
Sahabat2ku……….
Seringkali kita mendengar perkataan solat bukan? Dan seringkali juga kita mengerjakan ibadah solat sehari-harian kan? Namun itu semua bukanlah menjadi masalah perbincangan kita pada kali ini,tetapi sejauh mana penghayatan dan keberkesanan ibadah solat yang kita lakukan saban hari dapat mendidik iman dan akhlak kita dalam menuju kebahagiaan.
Solat adalah amal kesayangan nabi Muhammad saw dan pekerjaan yang paling disenanginya.
Solat merupakan tanda iman seseorang dan batas pemisah antara iman dan kufur.
Sabda Rasulullah saw: "Antara (yang membezakan) seorang hamba (Allah) dan syirik,ataupun kufur, (adalah) meninggalkan solat." (HR. Muslim).
Rasulullah saw bersabda lagi: "Perjanjian antara kami (muslim) dan mereka (kafir) adalah solat,barangsiapa yang meninggalkannya maka telah kafir." (HR. Ahmad dan Tirmidzi). Jika seseorang meninggalkan solat,apa lagi yang tersisa dari agamanya? Ternyata dia telah melepaskan kepala dari jasad tubuh,apakah masih ada tubuh yang tersisa hidup tanpa kepala?
Sesungguhnya meninggalkan solat merupakan musibah terbesar yang memungkinkan terjadi pada manusia. Meninggalkan solat adalah musibah paling besar dari kehilangan harta,anak atau kesihatan,meninggalkan solat bererti sama dengan kehilangan kehidupan. Ini kerana jika seseorang mati dalam keadaan meninggalkan solat maka dia akan tergolong ke dalam "kelompok kiri" yang akan diazab di dalam neraka. Allah SWT berfirman: "Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)? Mereka menjawab: Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat." (QS. Al-Muddassir : 42-43). Mereka yang demikian ini telah memilih jalannya dan sampailah kepada tujuan akhir mereka (akibatnya).
Abu Hurairah ra. berkata: "Para sahabat Rasulullah saw tidak melihat sesuatu dari segala pekerjaan yang mengakibatkan seseorang menjadi kufur kecuali meninggalkan solat." Dan berkata Umar bin Khattab ra.: "Adapun sesungguhnya tidak ada kebahagiaan bagi seseorang di dalam Islam jika telah meninggalkan solat."
Ketika Allah mengatakan kepada sebahagian orang yang mendirikan solat: "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat,(iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." (QS. Al-Ma'un: 4-5). Semoga kita semua tidak termasuk dalam golongan orang2 yang melalaikan solat,apalagi melalaikan solat secara menyeluruh. Malah Nabi saw turut bersabda : “Amal pertama yang akan dihisab dari seorang hamba di hari kiamat adalah amalan solatnya,jika baik solatnya maka dia beruntung dan berhasil. Dan apabila rosak solatnya maka gagal dan merugilah dia.” (HR. Tirmidzi). Justeru,bagaimana dengan keadaan orang yang tidak solat sama sekali?
Ketahuilah bahawa hanya ada satu sahabat sejati yang akan setia menemani kita hingga ke dalam lubang kubur yang gelap sekalipun. Sahabat ini tidak akan pernah meninggalkan dan mengkhianati kita,selalu setia dan mengiringi kita. Dialah amal soleh yang kita kerjakan selama hidup di dunia. Dan seringkali sahabat sejati inilah yang kita remehkan,kita lebih mementingkan selainnya yang tidak dapat membantu ketika dalam alam kubur.
Dari Anas ra,bersabda Rasulullah saw: "Ada tiga sahabat akrab,sahabat yang pertama mengatakan 'aku bersamamu hingga kau mendatangi pintu Penguasa alam,kemudian aku kembali dan meninggalkanmu'. Mereka itu adalah keluarga dan kerabatmu. Mereka menghantarkanmu hingga ke kuburanmu,kemudian kembali dan meninggalkanmu. Adapun sahabat yang mengatakan kepadamu 'milikmu apa saja yang kau berikan,dan apa yang kau genggam bukanlah milikmu.' Sahabat ini adalah hartamu. Sedangkan sahabat yang mengatakan 'aku bersamamu ke mana saja kau masuk dan keluar.' Inilah dia amal perbuatanmu. Maka berkata (orang yang meninggal) 'demi Allah,sungguh aku telah meremehkanmu dari yang lainnya." (HR. Al-Hakim)
Oleh itu wahai hamba Allah,apakah yang kau merindukan untuk bermunajat kepada Tuhanmu? Apakah kau menginginkan hatimu dan jiwamu menjadi tenang? Apakah kau mengharapkan turunnya kasih sayang dan ampunan Allah kepadamu? Siapa yang tidak menginginkan hal itu semua? Oleh sebab itu solatlah,cintailah,perhatikanlah,dan jagalah solat. Jadikanlah solat sebahagian dari kesibukanmu,perbaikilah doa-doamu,jangan kau lewatkan waktu solatmu,dirikanlah dengan saudara-saudaramu di rumah-rumah Allah saat azan memanggilmu.
Mudah-mudahan kita semua termasuk dalam golongan orang2 yang sentiasa mengerjakan ibadah solat dengan tekun dan khusyuk demi mencapai kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. InsyaAllah
Wallahu a’lam
0 comments:
Post a Comment