Posting kali ini mengajak sahabat2 semua sama2 merenung dan menghayati di sebalik kehidupan insan mulia dan agung bernama “Muhammad”
Kalau ada pakaian yang koyak,
Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya
Beliau juga memerah susu kambing,
Untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual
Setiap kali pulang ke rumah,
Bila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan,
Sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya,
Untuk membantu isterinya di dapur
Sayidatina ‘Aisyah menceritakan :
“Kalau Nabi berada di rumah,beliau selalu membantu urusan rumahtangga
Jika mendengar azan,beliau cepat2 berangkat ke masjid,
Dan cepat2 pulang kembali sesudah selesai sembahyang”
Pernah baginda pulang pada waktu pagi,
Tentulah baginda amat lapar waktu itu,
Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan,
Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar,
Maka Nabi bertanya,”Belum ada sarapan ya Khumaira?”
(Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’)
‘Aisyah menjawab dengan agak serba salah,
“Belum ada apa2 wahai Rasulullah”
Rasulullah lantas berkata,
“Kalau begitu aku puasa saja hari ini”
Tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
Pernah baginda bersabda,
“Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya”
Prihatin,sabar dan tawadhuknya baginda sebagai kepala keluarga
Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi2 pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Saidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai sembahyang :
“Ya Rasulullah,kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat,tuan sakitkah ya Rasulullah?”
“Tidak,ya Umar. Alhamdulillah,aku sihat dan segar”
“Ya Rasulullah………mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh,kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…..”desak Umar penuh cemas.
Akhirnya ,Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil,buat menahan rasa lapar. Batu2 kecil itulah yang menimbulkan bunyi2 halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
“Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan,kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?”
Lalu baginda menjawab dengan lembut,
“Tidak para sahabatku. Aku tahu apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan Allah nanti,apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?”
“Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah Allah buatku,agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih2 lagi tiada yang kelaparan di akhirat kelak.”
Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang pernah kudis,miskin dan kotor.
Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya disentap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah dilehernya.
Dan dengan penuh rasa kehambaan,baginda membasuh tempat yang dikencing oleh si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
Kecintaannya yang tinggi terhadap Allah SWT dan rasa kehambaan dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.
Seolah-olah anugerah kemuliaan dari Allah tidak dijadikan sebab untuk merasa lebih dari yang lain,ketika di depan umum mahupun dalam keseorangan.
Baginda masih berdiri di waktu2 sepi malam hari,terus-menerus beribadah,
Hingga pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak2,
Fiziknya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.
Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah,
“Ya Rasulullah,bukankah engkau telah dijamin syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?”
Jawab baginda dengan lunak,
“Ya ‘Aisyah,bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.”
Wallahu a’lam
0 comments:
Post a Comment