"MENGINSAFI KELEMAHAN DIRI,MENDAMBA REDHA ILAHI"......................................
"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah,mengerjakan amal yang soleh dan berkata sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?" (41:33)
Lisan juga dianjurkan untuk berpuasa. Puasa pada lisan bersifat khusus. Hanya orang2 yang tidak mahu berbuat sia2 sahaja yang tahu cara lisan berpuasa. Puasa pada lisan ini boleh dilakukan pada bulan Ramadhan ataupun di luar bulan Ramadhan. Namun,puasa lisan di bulan Ramadhan lebih dianjurkan dan disukai.
“Peliharalah bahagian ini!” kata Rasulullah saw kepada Mu’adz sambil menunjuk ke arah lisannya.
“Rasulullah,apakah kami akan mendapat seksa kerana ucapan kami?” tanya Mu’adz.
“Mu’adz,ibumu akan kehilangan dirimu. Tidaklah wajah orang2 itu dilemparkan ke dalam api neraka melainkan kerana hasil perbuatan lisan mereka.”
Lisan sangat berbahaya dan membawa banyak bahaya. Ia bagaikan binatang buas yang liar,ular berbisa dan api bergejolak.
Ibnu Abbas ra pernah berkata kepada lisannya sendiri,”Wahai lisan,ucapkanlah perkataan yang baik2 sahaja. Ucapkanlah perkataan yang bermanfaat atau diam dari keburukan. Dengan begitu kamu akan selamat. Allah akan memberikan rahmat-Nya kepada seorang muslim yang menjaga lisannya dari ucapan kotor,mengikatnya dari perbuatan ghibah (mengumpat) dan mencegahnya dari ucapan sia2 serta mengekangnya dari ucapan yang diharamkan.
Allah akan merahmati orang yang memperhitungkan ucapannya,memelihara lidahnya,memperbaiki lisannya dan menimbang-nimbang perkataannya.
Rasulullah saw bersabda,”Siapa yang memberikan jaminan kepadaku dengan menjaga bahagian tubuh antara dua rambut (misai dan janggut) dan antara dua pahanya maka aku akan memberikan jaminan berupa syurga kepadanya.” (HR Bukhari)
Bagaimana cara lisan orang yang selalu mencaci berpuasa? Bagaimana cara berpuasa bagi orang yang dipermainkan oleh lisan,diperdaya oleh ucapan dan ditipu perkataannya sendiri? Bagaimana cara orang yang suka berdusta,memperdaya orang lain,mencaci mengumpat serta melupakan hari akhirat berpuasa? Bagaimana cara orang yang suka memberikan kesaksian palsu dan tidak pernah menghentikan ucapan buruk terhadap kaum Muslimin berpuasa?
Ibnu Mas’ud meriwayatkan Rasulullah saw bersabda,
“Muslim itu adalah orang yang dapat membuat kaum Muslimin lainnya aman dari gangguan lidah dan tangannya.” (HR Bukhari-Muslim)
Ucapan baik adalah ucapan yang sopan,baik dan indah yang sama sekali tidak melukai hati,perasaan,harga diri dan kemuliaan seorang mukmin.
“Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.”(QS 49: 12)
Berapa banyak orang berpuasa yang merosak puasanya kerana tidak mampu menjaga lidahnya dari ucapan kotor,kata2 buruk serta ungkapan keji? Tujuan puasa bukan hanya sekadar lapar dan dahaga sahaja,tetapi lebih dari itu,sebagai sebuah latihan akhlak dan moral. Jika lisan tidak dipelihara dengan baik,ia akan menimbulkan sepuluh macam penyakit.
Di antara aib lisan adalah : dusta,mengumpat,mengadu domba,ucapan keji,mencela,ucapan kotor,kesaksian palsu,ucapan laknat,menghina orang lain,mengejek dan lain2. Berapa banyak perkataan yang menjerumuskan seseorang ke dalam neraka. Hal tersebut disebabkan oleh kata-katanya meluncur deras dari mulutnya tanpa kawalan,dilepas tanpa kekangan dan dibiarkan keluar begitu sahaja tanpa dipilih terlebih dahulu.
Abu Hurairah ra meriwayatkan Rasulullah saw bersabda,
“Puasa merupakan perisai. Oleh kerana itu,jika salah seorang di antara kamu berpuasa,maka janganlah berkata kotor dan bersikap tidak ramah. Jika ada yang mengajaknya bertengkar atau mencacinya,maka hendaklah dia berkata,”aku sedang berpuasa.”(sebanyak dua kali)(HR Bukhari-Muslim)
Di samping jalan menuju kebaikan,lisan juga boleh menjerumuskan orang pada jalan yang buruk. Sungguh beruntung orang yang menggunakan lisannya untuk mengingati Allah dengan mengucapkan istighfar,tahmid,tasbih,bersyukur dan bertaubat. Sebaliknya sungguh merugi orang yang menggunakan lisannya untuk menghina harga diri orang lain,menyakiti kehormatannya dan menghancurkan kemuliaannya.
Wahai orang yang berpuasa,basahi lisan kalian dengan zikir,didik dengan taqwa dan sucikan dari segala bentuk perbuatan maksiat.
Ya Allah,kami memohon kepada-Mu hati yang bersih,akhlak yang terpuji dan lisan yang selalu mengucapkan kebenaran.
Sebelum kita menyentuh tentang bagaimana hendak menguruskan hawa nafsu ini,kita mestilah mengenal terlebih dahulu apakah yang dikatakan dengan hawa nafsu. Kadang2 ada orang bertanya kepada kita,apa bezanya antara nafsu dan akal? Emosi pula itu apa?
Untuk lebih memahami lagi,mungkin kita boleh perhatikan kepada analogi berikut. Di dalam tubuh badan kita ini,apabila kita hidup kita dikatakan mempunyai ruh. Ruh ini boleh kita ibaratkan sebagai elektrik. Apabila ia pergi ke lampu,ia akan mengeluarkan cahaya,apabila ia pergi ke peti ais ia akan menjadi sejuk walaupun enjinnya mungkin akan panas dan apabila ia pergi ke kereta ia akan memutarkan motor dan kereta bergerak. Semua ini dilakukan oleh elektrik. Maka begitulah konsep yang dimainkan oleh ruh kita. Apabila ia pergi kepada pemikiran,ia menjadi akal dan apabila ia pergi kepada soal kehendak dan kemahuan,ia menjadi nafsu.
Hawa nafsu ini digariskan oleh Imam Al-Ghazali mempunyai 3 sifat :
·Mempunyai kehendak yang tidak terbatas dan tidak pernah puas
·Boleh menguasai dan memerintahkan kepada hati untuk mengikut kehendaknya
·Tidak boleh dihapuskan tetapi ia boleh dikawal
Oleh itu,untuk mendidik dan mengawal hawa nafsu ini,ia berbalik kepada falsafah di sebalik puasa. Seperti yang kita tahu,puasa ini disebut dalam bahasa Arab sebagai “al-imsak” yang bermaksud menahan. Namun,apakah yang kita belajar daripada perbuatan menahan diri??
Ada orang yang menahan diri,tetapi menahan dirinya bukan dalam bentuk pendidikan. Contohnya,seorang yang tidak makan kerana tiada makanan. Suasananya boleh dikatakan sama seperti orang yang berpuasa tetapi mungkin peristiwa itu tidak dapat mendidiknya kerana dia membantah kondisi yang tiada makanan tadi. Tetapi falsafah di sebalik puasa ialah ketika ada makanan,kita tidak makan,ketika ada minuman,kita tidak minum dan ketika ada isteri yang halal untuk kita menyetubuhinya,kita tidak melakukannya.
Apakah rahsia di sebaliknya??? Di sinilah letaknya peranan puasa iaitu melatih dan mendidik kita supaya mempunyai keupayaan untuk mengawal diri dan memulangkan “remote control” kehidupan kita ke tangan kita semula.
Jika kita muhasabah kembali,selama ini kita mungkin telah hilang kawalan diri. Sebagai contoh,apabila kita berhadapan dengan suasana kesesakan lalu lintas di jalan raya,maka akan muncul dan keluarlah kata2 kesat dan tidak sopan daripada mulut kita akibat memberontak dengan keadaan yang sedang dialami waktu itu. Begitu juga dengan soal hawa nafsu,selama ini kita biarkan diri kita dengan mengikuti sahaja apa yang hawa nafsu kita kehendaki. Sebab itu dengan hadirnya Ramadhan ini,ia menjadi latihan buat seseorang muslim itu menahan diri dari segala segi kerana Allah Taala semata-mata. Maka di sinilah proses untuk seseorang itu kembali menguasai dan mengawal dirinya semula.
Apabila seseorang itu sudah boleh mengawal dirinya,barulah dia boleh pergi kepada proses yang seterusnya iaitu proses mendidik hawa nafsu. Hawa nafsu ini digambarkan seperti naluri “kebinatangan” dalam diri manusia. Ianya juga mempunyai ciri2 dan watak yang sama dengan seekor binatang liar. Maka untuk menjinakkan seekor binatang,perkara pertama yang perlu dilakukan adalah ianya perlu dikurung.
Justeru,sama seperti hawa nafsu,ianya perlu dikurung dengan cara menahan diri dari sumber2 yang boleh menjadikannya liar seperti makan,minum dan naluri seks tadi. Namun,hawa nafsu ini bukan sahaja dikurung,tetapi dalam masa yang sama ianya perlu diberikan sesuatu yang berlawanan terhadapnya. Maksudnya,pada bulan Ramadhan,kita gunakan bulan ini sebagai peluang untuk kita berfikir tentang perkara2 yang kontra dengan nafsu di antaranya ialah tentang akhirat,kematian,neraka dan sebagainya.
Seterusnya,ianya perlu dilakukan secara berulang2 dan apabila sampai ke petang,ia berjaya untuk tidak makan,tidak minum serta dalam masa yang sama juga ia meninggalkan rafas (kata2 yang buruk dan keji),menjaga mata dan telinganya,maka akhirnya ia diberikan upah. Samalah seperti seekor binatang yang telah berjaya mengikut arahan tuannya,maka akhirnya ia pasti akan diberikan upah oleh tuannya. Oleh sebab itu,apabila kita berbuka puasa,kita telah memberikan ganjaran kepadanya kerana telah berjaya tunduk dan patuh mengikut kawalan kita sehingga nabi saw telah bersabda : “Bagi orang yang berpuasa itu merasai 2 kegembiraan,iaitu apabila berbuka puasa dia gembira dengan berbuka puasanya dan apabila dia bertemu dengan Tuhannya dia gembira dengan ibadah puasanya.”(HR Bukhari-Muslim)
Apabila kita telah menjaga hawa nafsu kita dengan melakukan perkara2 tadi,bermakna kita telah selesai menguruskan beberapa jenis nafsu yang ada dalam diri kita. Sepertimana yang telah dinyatakan oleh Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya’ Ulumuddin,nafsu di dalam diri manusia terbahagi kepada 4. Untuk itu,kita mestilah menilai dan memuhasabah bahawa nafsu kita berada dalam kategori yang mana supaya kita dapat mengawalnya di bulan Ramadhan ini.
Nafsu yang pertama adalah nafsu yang disebut sebagai “nafsu ammarah”,mengambil nama daripada apa yang Allah telah sebutkan di dalam surah Yusuf,ayat 53 yang bermaksud : “……..sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan…….”. Orang yang nafsunya dengan nafsu ammarah tidak akan takut melakukan dosa,tidak menyesal apabila melakukan dosa dan berbangga apabila melakukan dosa serta menampakkannya kepada orang lain.
Nafsu yang kedua adalah nafsu yang disebut sebagai “nafsu lawwamah” iaitu nafsu yang menyesal. Berasaskan keterangan Allah di dalam surah Al-Qiamah,ayat 2 yang bermaksud : “Dan Aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri).” Seorang manusia yang nafsunya nafsu lawwamah selalu mengerjakan kejahatan. Tetapi apabila dia mengerjakan kejahatan,dia menyesal dan dia akan cuba bertaubat. Namun,taubat yang dilakukannya itu tidak mampu untuk bertahan lama kerana setelah menyesal dan bertaubat dia kembali melakukan kejahatan lagi. Justeru,Imam Al-Ghazali ada berpesan kepada orang yang bernafsu dengan nafsu ini supaya jangan berhenti dan berputus asa untuk bertaubat kerana mungkin kita akan dicabut nyawa oleh Allah ketika sedang dalam perjalanan menuju ke taubat yang berikutnya.
Manakala nafsu yang ketiga adalah “nafsu mulhamah”,nafsu yang diilhamkan kepadanya kebaikan sehingga ia banyak melakukan kebaikan tetapi sekali-sekala terjebak juga dalam keburukan. Orang yang seperti ini sering terdorong untuk melakukan kebaikan tetapi sekali-sekala dia tersilap langkah dan melakukan perkara2 yang mendatangkan dosa. Mereka juga sering menyegerakan taubat dan berusaha untuk menghindarkan diri daripada kesalahan. Nafsu ini dinamakan sedemikian berasaskan keterangan Allah di dalam surah As-Syams ayat 8 iaitu : “Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.”
Nafsu yang terakhir adalah “nafsu mutmainnah” iaitu yang disebutkan oleh Allah di dalam surah Al-Fajr ayat 27-30 : “Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba2Ku. Dan masuklah ke dalam syurgaKu.”Sesungguhnya ini adalah tingkatan nafsu yang terhasil bagi orang yang berjaya mendidik nafsunya agar tunduk dan patuh kepada Allah SWT.
Sebagai kesimpulannya,bulan Ramadhan ini merupakan proses untuk mendidik dan membentuk hawa nafsu supaya apabila hawa nafsu itu dapat ditundukkan sepenuhnya,barulah kita dapat merealisasikan apa yang kita lafazkan dalam kalimah syahadah iaitu “Laa ilaaha illallah” yang bermaksud tidak ada Tuhan yang patut disembah dan diutamakan melainkan Allah. Dengan itu,akan terselamatlah kita daripada menjadi golongan manusia yang disebutkan oleh Allah di dalam Al-Quran : “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya……”(QS 45: 23). Di sini bermaksud terdapat orang yang Tuhannya adalah hawa nafsu iaitu apabila hawa nafsu diutamakan mengatasi perintah Allah SWT.
Mengakhiri posting pada kali ini,saya ingin tinggalkan dengan sebuah analogi yang mungkin dapat menjadi renungan kita bersama. Bulan Ramadhan ini boleh diibaratkan seperti sebuah pasaraya yang sedang mengadakan promosi jualan secara besar-besaran. Beli 1 dapat 10. Bukan itu sahaja,bahkan jalan2 yang rosak dan berlubang dalam menuju ke pasaraya tersebut juga telah ditampal,supaya semua kereta yang ingin melalui jalan itu tidak rosak dan perjalanannya lancar. Malahan,semua lampu isyarat juga turut dihijaukan dan kereta2 lain berhenti untuk memberikan laluan kepada orang yang mahu pergi ke pasaraya tadi. Tiba2 dah buat macam tu,masih ada juga yang tidak mahu pergi ke sana dan ini menunjukkan bahawa memang mereka tidak tertarik sama sekali dengan tawaran yang ada di pasaraya itu.
Oleh itu,bulan Ramadhan ini juga sama. Allah Taala telah membuka pintu syurga seluas-luasnya,semua pintu neraka ditutup dan syaitan turut sama dibelenggu,ganjaran pahala amalan digandakan yang mana semuanya itu adalah galakan dan tawaran istimewa daripada Allah buat hamba-Nya menuju syurga Ilahi. Namun,jika kita tidak berusaha langsung mengejar ke arah itu,bermakna sememangnya kita tidak berminat sama sekali dengan destinasi terakhir yang kita dambakan di akhirat sana.
Oleh itu,kita mestilah memandang bulan Ramadhan dan ibadah puasa itu sebagai mekanisma untuk membentuk dan mendidik hawa nafsu kita secara intensif.
Jika kita merenung kembali,manusia berhadapan dengan ujian melalui 2 sudut,iaitu sudut luaran dan sudut dalaman. Cabaran2 dari luar mungkin datangnya dari suasana maksiat,persekitaran yang rosak,kawan2 yang tersilap dan sebagainya. Manakala ujian yang datang dari diri manusia itu adalah ujian yang datang dalam 2 bentuk sejak di zaman nabi Adam.
Yang pertama adalah ujian daripada syaitan sebagaimana nabi Adam telah diperdaya dan dikelirukan oleh muslihat dan tipudaya yang dilakukan oleh syaitan ketika berada di dalam syurga. Manakala ujian kedua ke atas seorang individu dapat disaksikan daripada peristiwa pembunuhan yang berlaku di antara 2 orang anak nabi Adam yang telah disebut namanya oleh kita sebagai Habil dan Qabil itu. Peristiwa ini terjadi disebabkan oleh dorongan hawa nafsu yang telah menguasai diri,atau lebih spesifiknya hawa nafsu terhadap naluri seks.
Sebagai kesimpulannya,manusia ini diuji dari 2 bentuk ujian. Ujian pertama yang menyebabkan manusia melakukan maksiat dan kemungkaran adalah syaitan dan yang keduanya adalah hawa nafsu. Di bulan Ramadhan,Allah SWT telah memberikan kemudahan kepada kita di mana syaitan itu telah diikat sebagaimana yang telah disebutkan dalam sepotong hadis :
“Abu Hurairah ra berkata,nabi saw telah bersabda,apabila masuk bulan Ramadhan,maka pintu2 rahmat akan dibuka seluas-luasnya,pintu neraka jahannam akan dikunci dan syaitan akan dibelenggu.” (HR Muslim)
Para ulama’ berbeza pendapat tentang maksud syaitan dibelenggu itu,ada yang mengatakan memang syaitan dirantai dan ada pula yang mengatakan maknanya hanyalah kiasan sahaja,bukan makna sebenar. Tetapi kedua2nya menuju kepada makna yang sama iaitu potensi syaitan untuk mengundang manusia melakukan kejahatan dikurangkan pada bulan Ramadhan apabila syaitan itu dibelenggu.
Mungkin timbul satu persoalan daripada kita di sini,sekiranya syaitan telah dirantai pada bulan Ramadhan,tapi masih ramai lagi orang yang melakukan maksiat dan kejahatan di bulan ini……kenapa???
Perkara ini juga mungkin terjadi atas 2 sebab. Yang pertama adalah kerana syaitan itu dirantai,bukannya dihapuskan. Sebagai satu analogi yang boleh dikongsi bersama,kita boleh melihat kepada kes seekor anjing yang telah dirantai oleh tuannya. Anjing ini masih lagi boleh menggigit sekiranya kita pergi menghampiri ke tempat anjing itu dirantai. Jadi,berbalik kepada situasi tadi,syaitan juga masih lagi boleh “menggigit” sekiranya kita pergi mendekati tempat2 yang kebiasaannya menjadi tempat pilihan dan kegemaran syaitan untuk bersarang padanya.
Yang kedua seperti yang telah dijelaskan tadi,punca manusia melakukan kejahatan bukannya disebabkan oleh syaitan sahaja,tetapi juga turut berpunca daripada hawa nafsu. Penting untuk kita ketahui bahawa hawa nafsu ini tidak dirantai tetapi ianya diserahkan kepada kita untuk menguruskannya. Dalam masa yang sama juga,kadang2 apabila kita sudah terbiasa dengan syaitan,akhirnya syaitan ini menjadi “mentor” dan hawa nafsu kita menjadi “protégée” dan protégée ini tidak kurang hebat seperti mentornya.
Seperti yang telah disebutkan oleh Al-Maududi,apabila manusia mengikut kehendak hawa nafsunya,dia boleh sampai ke tahap melakukan maksiat sehingga syaitan sendiri terpegun dengan maksiat yang telah dilakukannya. Bahkan disebutkan dalam surah Al-Hasyr ayat 16 yang bermaksud : “Ketika syaitan berkata kepada manusia,”kafirlah kamu,”maka tatkala manusia itu telah kafir,ia berkata,”sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah,Tuhan semesta alam.”
Maka syaitan telah berjaya mengkufurkan manusia dan apabila manusia telah menjadi kufur,syaitan pun meninggalkannya. Tetapi apa yang telah berlaku kepada syaitan?? Adakah dengan hanya mengucapkan “sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah,Tuhan semesta alam” mampu menyelamatkannya dari azab Allah?? Sekali2 tidak!!! Allah telah melanjutkan kalamNya pada ayat yang berikutnya iaitu : “Maka adalah kesudahan kedua2nya bahawa sesungguhnya kedua2nya masuk ke dalam neraka,mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan orang2 yang zalim.”(QS 59: 17)
Sebelum kita berbincang dengan lebih jauh lagi,apakah yang dimaksudkan dengan kurangnya potensi syaitan untuk menghasut manusia ke arah kejahatan pada bulan Ramadhan??
Ini diperjelaskan dalam sebuah hadis,”Sesungguhnya syaitan itu bergerak di dalam tubuh manusia melalui saluran darah,maka sempitkanlah saluran syaitan itu dengan berlapar.” (HR Bukhari-Muslim). Maka di dalam bulan Ramadahan,apabila kita melaparkan diri dengan cara berpuasa,ia dapat mengurangkan potensi syaitan untuk menguasai diri kita. Jadi,secara rumusannya syaitan telah pun dirantai dan kita juga telah pun melaparkan diri sehingga potensi syaitan berkurang,hati telah diuruskan oleh solat yang diperbanyakkan,akal juga telah diuruskan oleh bacaan dan kefahaman kita daripada ayat2 Al-Quran,maka yang tinggal hanyalah soal hawa nafsu yang perlu dididik!!
Bersambung lagi………………….nantikan posting yang terakhir tentang tajuk ini selepas ini..insyaAllah=)
Perkara2 yang ingin dikongsi dalam posting kali ini lebih kepada mempersiapkan mind setting atau pemikiran kita serta cara2 kita merenung,melihat dan memandang kedatangan bulan Ramadhan dan ibadah puasa itu sendiri supaya kita mendapat hasil yang sepatutnya,insyaAllah.
Seperti kita semua sedia maklum,ibadah puasa ini telah difardhukan oleh Allah Taala secara rasminya pada tahun ke-2 Hijrah apabila Allah telah menyebut di dalam Al-Quran,misalnya firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 183 :
“Hai orang2 yang beriman,diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang2 sebelum kamu agar kamu bertaqwa”
Maka,dengan turunnya ayat ini dan ayat2 selepasnya (boleh rujuk surah Al-Baqarah ayat 183-187),puasa itu telah menjadi salah satu rukun daripada rukun2 Islam. Pertama sekali,saya ingin mengajak sahabat2 semua berfikir tentang “apakah pandangan kita terhadap puasa”?
Tentunya perkara seumpama ini amat penting untuk difikirkan kerana cara kita memandang sesuatu akan menentukan apa yang kita akan dapat. Konsepnya adalah “what you see is what you get!” (apa yang kamu lihat adalah apa yang kamu dapat). Sebagai satu analogi,kita boleh perhatikan pada situasi ini :
Seorang nelayan melihat laut akan mendapat ikan dan sotong..
Seorang jurutera petronas melihat laut akan mendapat minyak..
Seorang pelajar yang penat belajar dan stress melihat laut akan mendapat tempat berkelah..
Jadi jika diperhatikan,perbuatan yang mereka lakukan adalah sama iaitu melihat laut tetapi hasil yang mereka dapat adalah berbeza-beza kerana cara mereka memandang laut berbeza antara satu sama lain.
Berbalik kepada persoalan tadi,bagaimana cara kita memandang Ramadhan?
Pertama,ada orang memandang Ramadhan sebagai peluang untuk menambah wang. Biasanya cara pandang ini kebanyakannya berlaku di kalangan para peniaga. Kedatangan Ramadhan bagi mereka dirasakan masa yang paling sesuai untuk menggandakan usaha mencari wang semampu yang mungkin. Jadi,sekiranya kita melihat Ramadhan sebagai sumber untuk menambah wang,hanya itu sahajalah yang kita akan dapat.
Golongan kedua memandang Ramadhan sebagai peluang untuk menyihatkan badan. Bagi mereka,dengan cara berpuasa di bulan Ramadhan,mereka berpeluang untuk menguruskan badan daripada saiz yang sebenar. Justeru,mereka cuba untuk tidak makan dan minum sama seperti orang yang berpuasa kerana Allah,tetapi motifnya adalah untuk kesihatan tubuh badan. Mereka juga mungkin akan mendapat apa yang diimpikan jika itu sahaja yang menjadi cara pandang mereka terhadap bulan Ramadhan.
Seterusnya,golongan ketiga ini memandang Ramadhan sebagai peluang untuk menjimat belanja dapur. Seperti yang kita tahu,kita sangat digalakkan untuk berlumba2 melakukan kebaikan di bulan Ramadhan. Jadi,biasanya kebanyakan masjid atau rumah2 dari jiran tetangga akan menyediakan juadah untuk berbuka puasa. Golongan ini akan lebih suka untuk pergi ke tempat2 tersebut supaya perbelanjaan dapur untuk juadah berbuka puasa dapat dijimatkan.
Golongan terakhir memandang Ramadhan sebagai peluang untuk mendapatkan pahala yang banyak. Cara pandang seperti ini memang benar dan tiada salahnya kerana telah disebutkan dalam banyak hadis bagaimana Allah menggandakan pahala amalan yang kita lakukan di bulan Ramadhan ini. Tetapi jika hanya ini sahaja yang kita harapkan daripada Ramadhan,kesannya mungkin sedikit sukar kerana pahala itu merupakan sesuatu yang kita tidak boleh nampak di dunia. Jadi jika seseorang itu berpuasa kerana pahala semata2,di akhirat nanti barulah dia boleh melihatnya.
Maka bagaimanakah cara yang sepatutnya kita memandang puasa?
Jawabnya,kita perlu kembali kepada merenung dan melihat bagaimanakah Allah SWT dan nabi saw menjelaskan tentang hakikat puasa.
Sebagaimana yang kita tahu,di dalam diri manusia terdapat 3 komponen utama. Ketiga2 komponen inilah yang harus diubah sekiranya kita mahu mengubah manusia. 3 komponen yang ada dalam diri manusia itu adalah hati,akal dan nafsu. Ketiga2 komponen ini jugalah yang memainkan peranan penting dalam menentukan tindak-tanduk kita.
Di dalam bulan Ramadhan,hati kita berhubung dengan Allah SWT melalui solat2 yang diperbanyakkan. Seperti yang diketahui,solat ini merupakan hubungan hati antara seorang hamba dengan Allah Taala dan ianya bukanlah hanya pergerakan fizikal sahaja. Maka di dalam bulan Ramadhan,hati kita diuruskan oleh solat yang diperbanyakkan.
Selain itu,akal kita juga dididik dan dibentuk supaya memahami dan mempelajari ayat2 yang kita baca di dalam Al-Quran. Maka tinggal satu lagi komponen dalam diri manusia yang memerlukan kepada didikan pada bulan Ramadhan iaitulah soal hawa nafsu. Oleh itu,kita mestilah memandang bulan Ramadhan dan ibadah puasa itu sebagai mekanisma untuk membentuk dan mendidik hawa nafsu kita secara intensif.
Bersambung………………nantikan posting yang seterusnya!!!
Bukhari-Muslim meriwayatkan dari Mu'awiyah r.a,beliau berkata bahawa Rasulullah saw bersabda :"Barang siapa yang dikehendaki baik oleh Allah,nescaya diberi pemahaman agama yang mendalam oleh-NYA"