Thursday, April 29, 2010

Nasi Berlauk Berulamkan Taqwa


Cuba kita perhatikan pada 4 situasi yang berbeza ini……

Situasi A

Umi : “Along,umi bekalkan kat along nasi lemak la arini ye bawak gi sekolah..nanti kat sekolah jaga diri dan belajar leklok tau..”

Along : “Baik umi…along ikut je..insyaAllah..”

Situasi B

Anak2 : “Mama,cepatlah..mama buat ape lagi kat dapur tu? Papa dah tunggu kat dalam kereta tu..kita dah lambat ni…”

Mama : “Kejap la..mama tengah letak nasi minyak dalam bekas makanan ni…kita kan nak gi jalan jauh..kena la bawak bekal siap2..nanti kalau lapar boleh makan..tak yah la beli makanan kat kedai…”

Situasi C

Hasan : “Sin,final exam kita lagi sebulan kan? Ko dah study ke? Dah banyak ke ko cover? Takut la aku nak exam Soca,Osce sume tu…”

Husin : “Yup..lagi sebulan..tu la..aku pun takut gak..banyak lagi tak baca ni..kita memang kena buat persiapan la sebelum ambik exam tu..kalau tak fail la nanti..”

Situasi D

Ramli : “Weh,jangan lupa tau training futsal kita malam ni..match kita dah dekat ni..minggu depan je..hari2 kita kena buat training ni..jangan tak datang lak…”

Rosli : “Ye la..aku ingat nye..risau lak dia..”

Daripada 4 situasi yang saya cuba kongsikan itu,apakah titik persamaan yang boleh kita nampak dan fikirkan?

Sebenarnya,kesemua situasi tadi telah berkongsi satu persamaan iaitu berkenaan dengan bekal dan persiapan untuk menghadapi kondisi masing2 dengan sebaik mungkin.

Sahabat2ku……….

Sekiranya dalam keluaran post sebelum ini kita telah sama2 mengetahui tentang arah dan tujuan hidup kita di dunia ini,maka dalam post kali ini kita akan sama2 berbincang tentang persiapan dan bekal hidup manusia di dunia ini sebelum dipersembahkan di hadapan Allah SWT dalam menuju ke destinasi yang seterusnya.

Ketahuilah bahwa kehidupan kita di dunia ini haruslah dijadikan arena untuk mengumpulkan pahala. Mengumpulkan pahala pula tidaklah mudah. Diperlukan perjuangan lahir dan batin untuk melawan godaan nafsu dan syaitan yang menyesatkan. Untungnya Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang melengkapi kita dengan “alat” yang dapat memudahkan pengumpulan bekal akhirat ini. Alat yang dimaksudkan adalah seluruh fasilitas yang kita miliki.

Dalam Al-Quran,Allah SWT telah berfirman di dalam surah An-Nahl ayat 78 yang bermaksud : “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun,dan Dia memberi kamu pendengaran,penglihatan dan hati agar kamu bersyukur”.

Allah melengkapi manusia dengan mata,telinga dan hati bukan tanpa tujuan. “Perlengkapan” ini merupakan sarana bagi Allah untuk menguji manusia,apakah dalam setiap situasi dan kondisi -baik ataupun buruk- dia mampu tetap taat mengikuti “aturan main” yang sudah ditetapkan-Nya atau tidak.

Barangsiapa yang dapat tetap patuh melaksanakan “aturan main” ini dengan niat semata-mata kerana Allah,maka dia disebut orang yang bertaqwa. Dan dia akan memperoleh pahala yang kelak akan dirasakan kenikmatannya di akhirat nanti.

Jadi,ternyata seluruh fasilitas yang kita miliki,pada hakikatnya adalah hanya sarana untuk kelancaran bertaqwa. Dengan demikian,semakin banyak fasilitas yang kita miliki,maka kualiti taqwa kita pun tentunya harus semakin lebih tinggi.

Berhubung dengan perkara TAQWA ini,Allah SWT telah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 197 yang bermaksud : “....berbekallah,dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa…”

Justeru,memang tak dapat dinafikan lagi bahwa sebaik-baik bekal yang harus kita cari di dunia ini dalam menempuh perjalanan ke kehidupan yang kekal abadi adalah mempertingkatkan tahap ketaqwaan kita kepada Allah SWT kerana kita tahu bahwa semulia-mulia seorang hamba di sisi Tuhan-NYA adalah yang paling bertaqwa di kalangan mereka. Usah terlalu dirisaukan terhadap kekayaan harta yang melimpah ruah atau ketinggian jawatan yang mencerminkan status diri kerana itu semua bukanlah menjadi ukuran dan pandangan di sisi Ilahi.

Sahabat2ku……..kita seringkali mendengar perkataan taqwa bukan? Tetapi tahukah kita apakah yang dimaksudkan dengan taqwa itu? Di sini saya ingin berkongsi sedikit tentang perbincangan taqwa ini. Dalam Al-Quran,kata taqwa digunakan dengan 3 macam erti :

  • Digunakan dengan erti takut
  • Digunakan dengan erti patuh dan tunduk
  • Digunakan dengan erti membersihkan hati dari dosa dan inilah erti taqwa yang sebenarnya.

Seterusnya,para ulama’ berkata bahwa tingkatan taqwa itu terbahagi menjadi 3 iaitu:

  • Bersih dari syirik
  • Bersih dari bid’ah
  • Bersih dari cabang2 maksiat

Oleh itu,alat2 yang telah dibekalkan Allah kepada diri kita tadi iaitu mata,telinga dan hati mesti kita gunakan dengan sebaik mungkin bagi meraih darjat dan martabat orang yang bertaqwa di sisi Allah SWT. Sesungguhnya fungsi dan peranan dari ketiga2 alat tersebut sangatlah luas dalam mendekatkan diri kepada Allah Taala. Janganlah hanya mempersiakan nikmat mata,telinga dan hati dalam perkara bermaksiat dan derhaka kepada Allah. Mata yang digunakan untuk melihat perkara2 yang tak senonoh,telinga turut mengambil bahagian dalam mendengar umpatan dan cercaan daripada orang lain dan hati yang sarat diisi dengan penyakit2 hati seperti takbur,riya’,ujub,dengki dan sebagainya.

Akhirnya,ketahuilah sekiranya kita tak menggunakan ketiga2 alat tadi sesuai dengan kehendak-NYA,tunggulah balasan daripada Allah buat diri kita kelak. Bukankah Allah telah merakamkan hal ini dalam surah Al-A’raf ayat 179 iaitu : “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi Neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia,mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat2 Allah),dan mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda2 kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat2 Allah). Mereka itu seperti binatang ternak,bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang2 yang lalai.”

Marilah kita sama2 memanfaatkan nikmat2 anugerah Allah itu sebelum semuanya terlepas atau dicabut oleh Yang Maha Berkuasa dari diri kita……insyaAllah

Wallahu a’lam

Wednesday, April 21, 2010

Dunia Jambatan dan Ladang Akhirat

Sekiranya dikatakan bahwa tambak Johor merupakan penghubung antara negeri Johor dan Singapura serta jambatan cincin adalah penghubung antara Universitas Padjadjaran dan Cikuda,maka begitu jugalah dengan dunia yang diibaratkan seperti jambatan yang menghubungkan perjalanan manusia menuju ke akhirat.

Seorang mukmin menjalani kehidupan di dunia ini hanyalah bagaikan orang asing atau seseorang yang menyeberang jalan. Dia tidak menetap di dunia,apatah lagi disibukkan atau tertipu dengan gemerlap kemewahannya. Baginya,dunia hanyalah tempat untuk sekadar melewati dan bukan tempat tinggal yang abadi.

Dengan begitu,seorang muslim akan senantiasa merasakan bahwa dia menyeberang jalan. Dia sentiasa merindukan tempat asalnya,iaitu di sisi Allah SWT. Maka dia tidak akan merasakan ketenteraman sejati tinggal di dunia ini meskipun dikurniakan usia yang panjang kerana dia cukup mengetahui bahwa di sanalah dia akan tinggal kekal selama-lamanya. Demikianlah sikap seorang mukmin terhadap dunia. Dunia bukanlah tempat tinggal yang abadi. Ia hanyalah sepenggal kehidupan yang singkat,jika dibandingkan dengan kehidupan di akhirat. Allah SWT telah berfirman di Al-Quran yang bermaksud : Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main.Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenar-benarnya kehidupan,kalau mereka mengetahui”. (Al-Ankabuut: 64)

Sahabat2ku……….

Ketahuilah juga bahwa dunia itu adalah nerakanya orang mukmin dan syurganya orang kafir. Syurga itu dikelilingi oleh hal-hal yang tidak disukai,dan neraka itu dikelilingi oleh hal-hal yang menyenangkan (nafsu).


Erti dan Tujuan Hidup

Semua manusia tanpa terkecuali pasti akan mati. Jika demikian,jadi apa sebenarnya yang akan dituju oleh manusia di alam dunia ini?. Apakah manusia hidup semata-mata hanya untuk bekerja, berumahtangga,bersenang-senang dengan harta yang dimilikinya,ataupun berkeluh kesah dalam kemiskinan,kemudian dia lalu mati tidak berdaya?. Atau apakah kita mengira bahwa Allah menciptakan manusia secara sia-sia dan bahwa sesungguhnya kita tidak akan dikembalikan kepada Allah? Sudah semestinya tidak shbt2ku………….

Dengan demikian,jelaslah bahwa sesungguhnya yang dituju oleh semua manusia adalah akhirat!. Cepat atau lambat,suka atau tidak suka,semua manusia pasti akan menuju ke sana. Jadi,apakah sebenarnya tujuan hidup manusia di dunia ni?. Seseorang yang tidak mengetahui untuk apa tujuan hidupnya,maka pastilah dia tidak mengerti siapakah dirinya itu,dan dari mana dia berasal.

Usah ditanyakan pada manusia tentang tujuan hidupnya kerana mungkin bermacam2 jawapan yang aneh akan diberikan. Antara jawapan yang biasa kita dengar adalah :

· “Aku hidup kat dunia ni nak glamour je..sebab bila ramai orang kenal aku,naik la saham dan publisiti aku nanti…”

· “Owh…aku nak pangkat dan kuasa je..aku rasa hidup aku kosong dan takde pape makna kalau aku tak dapat kuasa tu…”

· “Hidup aku kat dunia ni simple je…cukup makan,minum,tidur,kerja dan kawin…pe yang susah2 pening kepala nak pikir? Buat benda yang rutin sudah la….”

Itulah sebahagian contoh keadaan hidup manusia di dunia yang fana ini. Hidup yang berpaksikan glamour dan kesombongan yang tak ubah gayanya seperti seekor burung merak…

Juga hidup bertunjangkan pangkat dan kuasa yang menjadi simbol dan lambang kemegahan diri umpama megahnya sang Firaun dan Namrud……

Malah,terdapat juga sebahagian yang hidup hanya untuk memenuhi keperluan fisiologi dan menjalankan rutin kehidupan seharian yang diibaratkan seperti falsafah seekor kambing ataupun binatang ternak………..

Dalam hal ini,Allah Taala telah berfirman : “Bermegah-megahan telah melalaikan kamu,sampai kamu masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu,kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu).” (At-Takaatsur: 1-3)

Oleh itu shbt2ku……tanyalah pada Allah SWT yang merupakan Al-Khalik (pencipta) dirimu tentang tujuan murni hidupmu itu. Sesungguhnya hanya Dialah yang boleh dan mampu menjelaskan segala persoalan yang terbuku di hatimu. Bukankah Allah Taala telah menyatakan secara jelas di dalam kitab-NYA iaitu : “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku” (Az-Zaariyat: 56)

Justeru,jelaslah bahwa Allah Taala telah menciptakan manusia hanya untuk suatu tujuan yang cukup khusus iaitu memperhamba dan mengabdikan diri kepada-Nya..Sama2 kita berusaha menjalani hidup sebagai sifat seorang hamba kepada Allah dan melipatgandakan segala amal dengan penuh kepatuhan,ketaatan dan keikhlasan…insyaAllah

Wallahu a’lam

Thursday, April 15, 2010

“Dari Mana dan Nak Ke Mana?”


Ustaz : “Baik anak2……arini ustaz nk tny satu soalan ye..jgn risau..senang je soalan ni..” kata seorang ustaz kepada anak2 muridnya ketika sedang mengajar subjek Pendidikan Islam dalam sebuah kelas.

Pelajar2 : “Baik ustaz….ustaz nk tanya apa? Silakan je..InsyaAllah kalau kami tahu kami cuba jawab soalan ustaz tu…” (sungguh sopan santun budi bicara pelajar2 ni terhadap ustaz mereka..hehe=))

Ustaz : “Ok…soalan ustaz ialah kamu semua ni asal dari mana dan nak ke mana pula lepas ni? Ada sape2 cuba nak jwb?”

Pelajar 1 : “Saya cuba jawab la ustaz…saya asal orang sini je…orang Taiping…lepas ni saya nk pindah ke Kuala Lumpur lak..ayah saya dapat kerja baru kat sana..”

Ustaz : “Ada sape2 lagi yang nak jawab?”

Pelajar 2 : “Erm…..saya asal dari tanah dan nak kembali ke tanah lagi pasni..” kata seorang pelajar ni yang agak pandai sikit dalam kelas tu…

Pelajar 3 : “Ustaz,bagi saya kan….saya rasa saya asal dari dunia dan nak ke akhirat lak pasni..betul tak ustaz?”

Ustaz : “Baik anak2…betul la jawapan yang anak2 bagitau tadi..memang tak salah pun..tapi untuk soalan ustaz kali ni,ustaz lebih bersetuju dengan jawapan ahmad tadi (pelajar 3)…iaitu kita sume ni berasal dari dunia dan nak menuju ke akhirat lepas ni…”

Pelajar2 : “Owh…………

Ustaz : “Untuk lebih faham kenapa ustaz tanya soalan ni dan kenapa soalan ni sangat penting untuk kita jawab,ustaz nak bagi satu analogi ye..macam ni..katakanlah tiba2 ada seseorang ikat mata kita dengan kain hitam sehingga kita dah tak boleh nampak pape..kemudian orang tu bawak kita naik sebuah kereta dan tinggalkan kita sorang2 kat tengah hutan atau kat mana2 tempat yang kita tak pernah pergi la..apa yang kita akan rasakan bila ikatan mata kita dah dilepaskan? Mesti kita akan tertanya2 kita berada kat mana dan kenapa boleh berada kat sini kan? Kita juga mungkin terfikir apa yang kita boleh buat kat sana dan kita nak ke mana lak lepas ni kan? Haa……..camtu la hidup kita kat dunia ni anak2..kita kena tau kita ni asal dari mana dan nak pergi mana lepas ni? Kalau tak soalan2 tadi akan sentiasa bermain di benak fikiran kita…faham anak2?”

Pelajar2 : “Faham2….insyaAllah”

Ketahuilah bahwa kehidupan kita di dunia ini tak ubah seperti kita sedang menempuh sebuah perjalanan atau pengembaraan. Perjalanan yang bermula dari satu destinasi dan sedang menuju ke satu destinasi yang lain. Dalam konteks ini,Ibnu Umar ra berkata,Rasulullah saw memegang pundakku lalu bersabda : “Jadilah engkau di dunia laksana orang asing atau orang yang menyeberangi jalan. Ibnu Umar ra berkata,”bila engkau berada di petang hari,maka jangan menuggu datangnya pagi dan bila engkau di pagi hari jangan menunggu datangnya petang. Manfaatkan waktu sihatmu sebelum sakitmu dan waktu hidupmu sebelum matimu.” (HR Bukhari)

Sebagai satu analogi,katakanlah pada suatu hari kita sedang bermusafir dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur. Semasa dalam perjalanan tersebut,kita ada melihat pemandangan alam di sepanjang kiri dan kanan jalan itu. Apabila tiba di Temerloh,Pahang kita pun ternampak la betapa banyaknya pokok2 durian dan rambutan yang terdapat di sepanjang jalan tersebut sehingga dapat mempesonakan dan menyebabkan kita berasa terpukau sejenak oleh keenakannya. Kadang2 juga terlintas di fikiran kita untuk membuat keputusan untuk terus tinggal di sana bagi menikmati keenakan buah2 itu dan membatalkan niat asal kita untuk bermusafir ke Kuala Lumpur kan? Tetapi…kita sedar yang tujuan sebenar kita adalah hendak pergi ke Kuala Lumpur dan kita tak mungkin berhenti di situ. Sekiranya berhenti pun,kita mungkin singgah sekejap je untuk berehat dan merawat letih2 yang telah dirasai dari tadi. Kemudian,kita akan meneruskan kembali perjalanan kita ke tempat yang ingin dituju……..

Sahabat2ku sekalian……………..

Jadi begitulah hidup kita di dunia ini yang mana telah dipesan oleh baginda Rasulullah saw untuk hidup sedemikian rupa dalam hadis tadi. Persis gayanya seperti seorang yang asing atau seorang musafir kerana mereka tidak akan menganggap bahwa dunia inilah segala-galanya baginya dan bukan pula destinasi sebenar yang ingin dituju. Malah,mereka sedang menempuh satu perjalanan yang seterusnya dan berusaha keras untuk sampai ke tempat tujuan dengan cepat dan selamat.

Tetapi…perbincangan tentang dunia ni insyaAllah saya akan keluarkan post yang khas tentangnya selepas ni..untuk post kali ni,saya cuma ingin berkongsi dengan shbt2 tentang perjalanan hidup kita dari awal sampai akhir je…jadi nantikan keluaran post akan datang ye!! Hehe=)

Mari pulang melihat asal-usulmu…………………………….

Samaada kita masih ingat ataupun tak,kita pernah berada di suatu alam dan nama alam tu ialah ALAM ROH. Alam ni merupakan alam pertama kita telah berada dan kita sendiri pun tak tahu dengan persis di mana alam ni berada kerana kita tak dibekal banyak ilmu tentang alam roh ini kecuali sedikit sahaja. Hanya Allah SWT yang bersifat Maha Mengetahui sahaja tahu di mana letaknya alam ni. Tetapi perlu kita ingat dan sedari bahwa alam roh ini merupakan alam yang kita paling dekat dengan Allah SWT kerana pada masa tu Allah tanya kita dan kita telah menjawab langsung pertanyaan Allah itu.

Apa yang Allah tanya kita shbt2ku?

Ketahuilah Allah telah bertanya kepada kita tentang satu soalan penting dan utama di sisi Allah seperti yang telah terangkum di dalam surah Al-A’raf ayat 172 yang bermaksud : “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” dan semua daripada kita pernah dan telah menjawab “Betul(Engkau Tuhan kami),kami menjadi saksi”. Jadi ternyata sekali ketika Allah mengeluarkan keturunan anak2 Adam dari sulbi mereka,Allah telah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka dan kita semua telah mengikat perjanjian secara langsung dengan Allah Taala.

Selepas berada di alam roh,kita telah berpindah pula ke alam kedua iaitu ALAM RAHIM. Alam ini ialah alam di mana kita berada di dalam perut ibu kita. Allah tak jadikan alam ni di dalam perut bapa kita meskipun perut ibu dan bapa kita kelihatan sama sahaja (bagi seorang bapa yang mempunyai perut buncit…hehe=P). Ini kerana alam ni dinamakan alam kasih sayang disebabkan Allah telah mencampakkan perasaan kasih sayang ke dalam diri seorang ibu yang sanggup untuk menanggung kesusahan bagi membenarkan kita untuk singgah sebentar di rahimnya meskipun sering muntah2,pening kepala dan sebagainya selama mengandungkan kita. Begitulah sifat ketabahan dan kekuatan kasih sayang yang dikurniakan ke atas naluri seorang insan mulia yang bergelar ibu.

Kemudian selepas alam rahim,kita meneruskan lagi kembara hidup kita ke alam yang ketiga iaitu ALAM DUNIA,alam di mana kita semua berada di dalamnya pada hari ini. Apabila kita sudah berada di alam ni,adakah kita terfikir yang alam ni akan habis begitu sahaja dan pengembaraan kita cukup berhenti di sini saje? Adakah kita perlu kepada alam akhirat? Kalau takde akhirat macam mana?

Erm……untuk mengetahui penting ke tak akhirat ni serta kita perlu ke tak akhirat,mungkin saya ingin mengajak shbt2 sama2 berfikir dan merenung sejenak di dunia ni ada ke tak satu keadilan yang bersifat mutlak? Untuk nak bagi shbt2 lebih nampak lagi,mungkin saya boleh kongsikan contoh berikut kot..katakanlah seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki. Akhirnya apabila telah berjaya ditangkap,si lelaki tadi telah dibicarakan dan dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun. Apabila selesai masa berlalu,akhirnya si lelaki tadi telah dibebaskan dari penjara dan kembali dapat hidup bebas seperti biasa. Sedangkan si perempuan tadi telah mengalami tekanan perasaan,dirinya menjadi rosak dan maruahnya telah tercalar. Jadi adilkah si lelaki tadi terlepas dengan mudah dan begitu sahaja? Mungkin kaum hawa lebih boleh menjawab pertanyaan ni kot…hehe

Jadi begitulah betapa kita sangat memerlukan kepada akhirat kerana tiada sebarang bentuk keadilan mutlak di dunia ni. Jiwa kita sendiri juga mungkin tak boleh terima bila kita katakan lepas alam dunia ni dah takde apa2 dah.

Sekarang……sudah jelas kan bahwa kita akan bergerak menuju ke alam mahsyar? Tetapi sebelum tu,kita akan singgah terlebih dahulu di alam yang keempat ni iaitu ALAM BARZAKH. Samaada cepat atau lambat,pasti kematian akan datang menjemput kita untuk membawa kita ke alam sana suatu masa nanti. Bukankah seperti yang sering kita dengar,Allah SWT telah berfirman di dalam surah Al-Anbiya’ ayat 35 yang bermaksud : “Tiap2 yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami-lah kamu dikembalikan.”

Shbt2ku sekalian…..

Ini juga jelas menunjukkan bahwa hidup kita di dunia ni tidak akan kekal buat selama-lamanya dan pasti kita akan berpindah ke alam barzakh itu. Namun,kematian bukanlah akhir dari perjalanan manusia. Dari kematian kemudian kita dibangkitkan di alam yang berbeza dengan dunia,di mana manusia akan dikelompokkan menjadi dua golongan besar: penghuni syurga (ahlul jannah) dan penghuni neraka (ahlun naar). Alam inilah merupakan penamat dan pengakhiran dari perjalanan manusia yang kita namakannya sebagai ALAM MAHSYAR. Apakah yang kita cita-citakan,menjadi ahlul jannah atau ahlun naar? Kita selalu saja mengharapkan syurga,tempat di mana disediakan segala kenikmatan,keindahan dan kebahagiaan sejati. Cita-cita meraih tempat inilah yang disebut kesuksesan sejati dari hidup di dunia. Firman Allah SWT : "Tidaklah sama penghuni-penghuni neraka dengan penghuni-penghuni jannah, penghuni-penghuni jannah itulah orang-orang yang beruntung." (QS Al-Hasyr :20)

Demikianlah sebuah perjalanan dan pengembaraan yang akan dilalui oleh setiap makhluk yang bernama manusia. Kita telah mengetahui kita datang dari mana dan akan kembali ke mana nanti.

Tetapi shbt2ku………….ternyata di sebalik pengetahuan ni,timbul satu lagi persoalan yang boleh kita cetuskan iaitu adakah kita yakin dengan semua alam ini?

Untuk cuba menjawabnya,mungkin saya boleh kongsikan dengan shbt2 satu analogi ini. Katakanlah kita sedang memandu sebuah kereta dengan laju di atas sebuah jalan raya. Tiba2 datang sebuah kereta lain dari arah yang bertentangan dengan arah kereta kita. Pemandu kereta tersebut telah memberikan signal kepada kita. Kemudian datang pula sebuah kereta yang lain dan pemandunya juga turut memberikan signal kepada kita. Jadi pada masa itu kita mungkin akan terfikir ada sesuatu di hadapan sana dan terus membuat perubahan tindakan seperti menyimpan handphone jika kita memegangnya di tangan,memakai tali pinggang keledar jika tak memakai sebelumnya dan mengurangi kelajuan kereta kita.

Persoalannya……….kenapa kita terus berubah menjadi seorang pemandu yang soleh dan solehah? Hehe..Atas faktor apakah kita telah membuat perubahan itu? Ternyata shbt2ku kita telah berubah kerana kita sangat yakin dan percaya di hadapan sana ada polis yang mengawasi di mana kita dapat mengesan kehadirannya melalui signal2 yang telah diberikan oleh pemandu2 kereta lain tadi.

Begitulah shbt2ku………….ternyata jika kita benar2 yakin dan percaya terhadap sesuatu,keyakinan kita itu dapat diperhatikan melalui tindak-tanduk kita.

Oleh itu…………sekiranya kita benar2 yakin akan kewujudan alam2 tadi,apakah tindakan sehari-harian kita yang telah dan akan menunjukkan keyakinan tersebut?

Renung2kan dan fikir2kan bersama………..

Wallahu a’lam
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template