Ustaz : “Baik anak2……arini ustaz nk tny satu soalan ye..jgn risau..senang je soalan ni..” kata seorang ustaz kepada anak2 muridnya ketika sedang mengajar subjek Pendidikan Islam dalam sebuah kelas.
Pelajar2 : “Baik ustaz….ustaz nk tanya apa? Silakan je..InsyaAllah kalau kami tahu kami cuba jawab soalan ustaz tu…” (sungguh sopan santun budi bicara pelajar2 ni terhadap ustaz mereka..hehe=))
Ustaz : “Ok…soalan ustaz ialah kamu semua ni asal dari mana dan nak ke mana pula lepas ni? Ada sape2 cuba nak jwb?”
Pelajar 1 : “Saya cuba jawab la ustaz…saya asal orang sini je…orang Taiping…lepas ni saya nk pindah ke Kuala Lumpur lak..ayah saya dapat kerja baru kat sana..”
Ustaz : “Ada sape2 lagi yang nak jawab?”
Pelajar 2 : “Erm…..saya asal dari tanah dan nak kembali ke tanah lagi pasni..” kata seorang pelajar ni yang agak pandai sikit dalam kelas tu…
Pelajar 3 : “Ustaz,bagi saya kan….saya rasa saya asal dari dunia dan nak ke akhirat lak pasni..betul tak ustaz?”
Ustaz : “Baik anak2…betul la jawapan yang anak2 bagitau tadi..memang tak salah pun..tapi untuk soalan ustaz kali ni,ustaz lebih bersetuju dengan jawapan ahmad tadi (pelajar 3)…iaitu kita sume ni berasal dari dunia dan nak menuju ke akhirat lepas ni…”
Pelajar2 : “Owh…………
Ustaz : “Untuk lebih faham kenapa ustaz tanya soalan ni dan kenapa soalan ni sangat penting untuk kita jawab,ustaz nak bagi satu analogi ye..macam ni..katakanlah tiba2 ada seseorang ikat mata kita dengan kain hitam sehingga kita dah tak boleh nampak pape..kemudian orang tu bawak kita naik sebuah kereta dan tinggalkan kita sorang2 kat tengah hutan atau kat mana2 tempat yang kita tak pernah pergi la..apa yang kita akan rasakan bila ikatan mata kita dah dilepaskan? Mesti kita akan tertanya2 kita berada kat mana dan kenapa boleh berada kat sini kan? Kita juga mungkin terfikir apa yang kita boleh buat kat sana dan kita nak ke mana lak lepas ni kan? Haa……..camtu la hidup kita kat dunia ni anak2..kita kena tau kita ni asal dari mana dan nak pergi mana lepas ni? Kalau tak soalan2 tadi akan sentiasa bermain di benak fikiran kita…faham anak2?”
Pelajar2 : “Faham2….insyaAllah”
Ketahuilah bahwa kehidupan kita di dunia ini tak ubah seperti kita sedang menempuh sebuah perjalanan atau pengembaraan. Perjalanan yang bermula dari satu destinasi dan sedang menuju ke satu destinasi yang lain. Dalam konteks ini,Ibnu Umar ra berkata,Rasulullah saw memegang pundakku lalu bersabda : “Jadilah engkau di dunia laksana orang asing atau orang yang menyeberangi jalan. Ibnu Umar ra berkata,”bila engkau berada di petang hari,maka jangan menuggu datangnya pagi dan bila engkau di pagi hari jangan menunggu datangnya petang. Manfaatkan waktu sihatmu sebelum sakitmu dan waktu hidupmu sebelum matimu.” (HR Bukhari)
Sebagai satu analogi,katakanlah pada suatu hari kita sedang bermusafir dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur. Semasa dalam perjalanan tersebut,kita ada melihat pemandangan alam di sepanjang kiri dan kanan jalan itu. Apabila tiba di Temerloh,Pahang kita pun ternampak la betapa banyaknya pokok2 durian dan rambutan yang terdapat di sepanjang jalan tersebut sehingga dapat mempesonakan dan menyebabkan kita berasa terpukau sejenak oleh keenakannya. Kadang2 juga terlintas di fikiran kita untuk membuat keputusan untuk terus tinggal di sana bagi menikmati keenakan buah2 itu dan membatalkan niat asal kita untuk bermusafir ke Kuala Lumpur kan? Tetapi…kita sedar yang tujuan sebenar kita adalah hendak pergi ke Kuala Lumpur dan kita tak mungkin berhenti di situ. Sekiranya berhenti pun,kita mungkin singgah sekejap je untuk berehat dan merawat letih2 yang telah dirasai dari tadi. Kemudian,kita akan meneruskan kembali perjalanan kita ke tempat yang ingin dituju……..
Sahabat2ku sekalian……………..
Jadi begitulah hidup kita di dunia ini yang mana telah dipesan oleh baginda Rasulullah saw untuk hidup sedemikian rupa dalam hadis tadi. Persis gayanya seperti seorang yang asing atau seorang musafir kerana mereka tidak akan menganggap bahwa dunia inilah segala-galanya baginya dan bukan pula destinasi sebenar yang ingin dituju. Malah,mereka sedang menempuh satu perjalanan yang seterusnya dan berusaha keras untuk sampai ke tempat tujuan dengan cepat dan selamat.
Tetapi…perbincangan tentang dunia ni insyaAllah saya akan keluarkan post yang khas tentangnya selepas ni..untuk post kali ni,saya cuma ingin berkongsi dengan shbt2 tentang perjalanan hidup kita dari awal sampai akhir je…jadi nantikan keluaran post akan datang ye!! Hehe=)
Mari pulang melihat asal-usulmu…………………………….
Samaada kita masih ingat ataupun tak,kita pernah berada di suatu alam dan nama alam tu ialah ALAM ROH. Alam ni merupakan alam pertama kita telah berada dan kita sendiri pun tak tahu dengan persis di mana alam ni berada kerana kita tak dibekal banyak ilmu tentang alam roh ini kecuali sedikit sahaja. Hanya Allah SWT yang bersifat Maha Mengetahui sahaja tahu di mana letaknya alam ni. Tetapi perlu kita ingat dan sedari bahwa alam roh ini merupakan alam yang kita paling dekat dengan Allah SWT kerana pada masa tu Allah tanya kita dan kita telah menjawab langsung pertanyaan Allah itu.
Apa yang Allah tanya kita shbt2ku?
Ketahuilah Allah telah bertanya kepada kita tentang satu soalan penting dan utama di sisi Allah seperti yang telah terangkum di dalam surah Al-A’raf ayat 172 yang bermaksud : “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” dan semua daripada kita pernah dan telah menjawab “Betul(Engkau Tuhan kami),kami menjadi saksi”. Jadi ternyata sekali ketika Allah mengeluarkan keturunan anak2 Adam dari sulbi mereka,Allah telah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka dan kita semua telah mengikat perjanjian secara langsung dengan Allah Taala.
Selepas berada di alam roh,kita telah berpindah pula ke alam kedua iaitu ALAM RAHIM. Alam ini ialah alam di mana kita berada di dalam perut ibu kita. Allah tak jadikan alam ni di dalam perut bapa kita meskipun perut ibu dan bapa kita kelihatan sama sahaja (bagi seorang bapa yang mempunyai perut buncit…hehe=P). Ini kerana alam ni dinamakan alam kasih sayang disebabkan Allah telah mencampakkan perasaan kasih sayang ke dalam diri seorang ibu yang sanggup untuk menanggung kesusahan bagi membenarkan kita untuk singgah sebentar di rahimnya meskipun sering muntah2,pening kepala dan sebagainya selama mengandungkan kita. Begitulah sifat ketabahan dan kekuatan kasih sayang yang dikurniakan ke atas naluri seorang insan mulia yang bergelar ibu.
Kemudian selepas alam rahim,kita meneruskan lagi kembara hidup kita ke alam yang ketiga iaitu ALAM DUNIA,alam di mana kita semua berada di dalamnya pada hari ini. Apabila kita sudah berada di alam ni,adakah kita terfikir yang alam ni akan habis begitu sahaja dan pengembaraan kita cukup berhenti di sini saje? Adakah kita perlu kepada alam akhirat? Kalau takde akhirat macam mana?
Erm……untuk mengetahui penting ke tak akhirat ni serta kita perlu ke tak akhirat,mungkin saya ingin mengajak shbt2 sama2 berfikir dan merenung sejenak di dunia ni ada ke tak satu keadilan yang bersifat mutlak? Untuk nak bagi shbt2 lebih nampak lagi,mungkin saya boleh kongsikan contoh berikut kot..katakanlah seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki. Akhirnya apabila telah berjaya ditangkap,si lelaki tadi telah dibicarakan dan dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun. Apabila selesai masa berlalu,akhirnya si lelaki tadi telah dibebaskan dari penjara dan kembali dapat hidup bebas seperti biasa. Sedangkan si perempuan tadi telah mengalami tekanan perasaan,dirinya menjadi rosak dan maruahnya telah tercalar. Jadi adilkah si lelaki tadi terlepas dengan mudah dan begitu sahaja? Mungkin kaum hawa lebih boleh menjawab pertanyaan ni kot…hehe
Jadi begitulah betapa kita sangat memerlukan kepada akhirat kerana tiada sebarang bentuk keadilan mutlak di dunia ni. Jiwa kita sendiri juga mungkin tak boleh terima bila kita katakan lepas alam dunia ni dah takde apa2 dah.
Sekarang……sudah jelas kan bahwa kita akan bergerak menuju ke alam mahsyar? Tetapi sebelum tu,kita akan singgah terlebih dahulu di alam yang keempat ni iaitu ALAM BARZAKH. Samaada cepat atau lambat,pasti kematian akan datang menjemput kita untuk membawa kita ke alam sana suatu masa nanti. Bukankah seperti yang sering kita dengar,Allah SWT telah berfirman di dalam surah Al-Anbiya’ ayat 35 yang bermaksud : “Tiap2 yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami-lah kamu dikembalikan.”
Shbt2ku sekalian…..
Ini juga jelas menunjukkan bahwa hidup kita di dunia ni tidak akan kekal buat selama-lamanya dan pasti kita akan berpindah ke alam barzakh itu. Namun,kematian bukanlah akhir dari perjalanan manusia. Dari kematian kemudian kita dibangkitkan di alam yang berbeza dengan dunia,di mana manusia akan dikelompokkan menjadi dua golongan besar: penghuni syurga (ahlul jannah) dan penghuni neraka (ahlun naar). Alam inilah merupakan penamat dan pengakhiran dari perjalanan manusia yang kita namakannya sebagai ALAM MAHSYAR. Apakah yang kita cita-citakan,menjadi ahlul jannah atau ahlun naar? Kita selalu saja mengharapkan syurga,tempat di mana disediakan segala kenikmatan,keindahan dan kebahagiaan sejati. Cita-cita meraih tempat inilah yang disebut kesuksesan sejati dari hidup di dunia. Firman Allah SWT : "Tidaklah sama penghuni-penghuni neraka dengan penghuni-penghuni jannah, penghuni-penghuni jannah itulah orang-orang yang beruntung." (QS Al-Hasyr :20)
Demikianlah sebuah perjalanan dan pengembaraan yang akan dilalui oleh setiap makhluk yang bernama manusia. Kita telah mengetahui kita datang dari mana dan akan kembali ke mana nanti.
Tetapi shbt2ku………….ternyata di sebalik pengetahuan ni,timbul satu lagi persoalan yang boleh kita cetuskan iaitu adakah kita yakin dengan semua alam ini?
Untuk cuba menjawabnya,mungkin saya boleh kongsikan dengan shbt2 satu analogi ini. Katakanlah kita sedang memandu sebuah kereta dengan laju di atas sebuah jalan raya. Tiba2 datang sebuah kereta lain dari arah yang bertentangan dengan arah kereta kita. Pemandu kereta tersebut telah memberikan signal kepada kita. Kemudian datang pula sebuah kereta yang lain dan pemandunya juga turut memberikan signal kepada kita. Jadi pada masa itu kita mungkin akan terfikir ada sesuatu di hadapan sana dan terus membuat perubahan tindakan seperti menyimpan handphone jika kita memegangnya di tangan,memakai tali pinggang keledar jika tak memakai sebelumnya dan mengurangi kelajuan kereta kita.
Persoalannya……….kenapa kita terus berubah menjadi seorang pemandu yang soleh dan solehah? Hehe..Atas faktor apakah kita telah membuat perubahan itu? Ternyata shbt2ku kita telah berubah kerana kita sangat yakin dan percaya di hadapan sana ada polis yang mengawasi di mana kita dapat mengesan kehadirannya melalui signal2 yang telah diberikan oleh pemandu2 kereta lain tadi.
Begitulah shbt2ku………….ternyata jika kita benar2 yakin dan percaya terhadap sesuatu,keyakinan kita itu dapat diperhatikan melalui tindak-tanduk kita.
Oleh itu…………sekiranya kita benar2 yakin akan kewujudan alam2 tadi,apakah tindakan sehari-harian kita yang telah dan akan menunjukkan keyakinan tersebut?
Renung2kan dan fikir2kan bersama………..
0 comments:
Post a Comment