Thursday, April 29, 2010

Nasi Berlauk Berulamkan Taqwa


Cuba kita perhatikan pada 4 situasi yang berbeza ini……

Situasi A

Umi : “Along,umi bekalkan kat along nasi lemak la arini ye bawak gi sekolah..nanti kat sekolah jaga diri dan belajar leklok tau..”

Along : “Baik umi…along ikut je..insyaAllah..”

Situasi B

Anak2 : “Mama,cepatlah..mama buat ape lagi kat dapur tu? Papa dah tunggu kat dalam kereta tu..kita dah lambat ni…”

Mama : “Kejap la..mama tengah letak nasi minyak dalam bekas makanan ni…kita kan nak gi jalan jauh..kena la bawak bekal siap2..nanti kalau lapar boleh makan..tak yah la beli makanan kat kedai…”

Situasi C

Hasan : “Sin,final exam kita lagi sebulan kan? Ko dah study ke? Dah banyak ke ko cover? Takut la aku nak exam Soca,Osce sume tu…”

Husin : “Yup..lagi sebulan..tu la..aku pun takut gak..banyak lagi tak baca ni..kita memang kena buat persiapan la sebelum ambik exam tu..kalau tak fail la nanti..”

Situasi D

Ramli : “Weh,jangan lupa tau training futsal kita malam ni..match kita dah dekat ni..minggu depan je..hari2 kita kena buat training ni..jangan tak datang lak…”

Rosli : “Ye la..aku ingat nye..risau lak dia..”

Daripada 4 situasi yang saya cuba kongsikan itu,apakah titik persamaan yang boleh kita nampak dan fikirkan?

Sebenarnya,kesemua situasi tadi telah berkongsi satu persamaan iaitu berkenaan dengan bekal dan persiapan untuk menghadapi kondisi masing2 dengan sebaik mungkin.

Sahabat2ku……….

Sekiranya dalam keluaran post sebelum ini kita telah sama2 mengetahui tentang arah dan tujuan hidup kita di dunia ini,maka dalam post kali ini kita akan sama2 berbincang tentang persiapan dan bekal hidup manusia di dunia ini sebelum dipersembahkan di hadapan Allah SWT dalam menuju ke destinasi yang seterusnya.

Ketahuilah bahwa kehidupan kita di dunia ini haruslah dijadikan arena untuk mengumpulkan pahala. Mengumpulkan pahala pula tidaklah mudah. Diperlukan perjuangan lahir dan batin untuk melawan godaan nafsu dan syaitan yang menyesatkan. Untungnya Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang melengkapi kita dengan “alat” yang dapat memudahkan pengumpulan bekal akhirat ini. Alat yang dimaksudkan adalah seluruh fasilitas yang kita miliki.

Dalam Al-Quran,Allah SWT telah berfirman di dalam surah An-Nahl ayat 78 yang bermaksud : “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun,dan Dia memberi kamu pendengaran,penglihatan dan hati agar kamu bersyukur”.

Allah melengkapi manusia dengan mata,telinga dan hati bukan tanpa tujuan. “Perlengkapan” ini merupakan sarana bagi Allah untuk menguji manusia,apakah dalam setiap situasi dan kondisi -baik ataupun buruk- dia mampu tetap taat mengikuti “aturan main” yang sudah ditetapkan-Nya atau tidak.

Barangsiapa yang dapat tetap patuh melaksanakan “aturan main” ini dengan niat semata-mata kerana Allah,maka dia disebut orang yang bertaqwa. Dan dia akan memperoleh pahala yang kelak akan dirasakan kenikmatannya di akhirat nanti.

Jadi,ternyata seluruh fasilitas yang kita miliki,pada hakikatnya adalah hanya sarana untuk kelancaran bertaqwa. Dengan demikian,semakin banyak fasilitas yang kita miliki,maka kualiti taqwa kita pun tentunya harus semakin lebih tinggi.

Berhubung dengan perkara TAQWA ini,Allah SWT telah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 197 yang bermaksud : “....berbekallah,dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa…”

Justeru,memang tak dapat dinafikan lagi bahwa sebaik-baik bekal yang harus kita cari di dunia ini dalam menempuh perjalanan ke kehidupan yang kekal abadi adalah mempertingkatkan tahap ketaqwaan kita kepada Allah SWT kerana kita tahu bahwa semulia-mulia seorang hamba di sisi Tuhan-NYA adalah yang paling bertaqwa di kalangan mereka. Usah terlalu dirisaukan terhadap kekayaan harta yang melimpah ruah atau ketinggian jawatan yang mencerminkan status diri kerana itu semua bukanlah menjadi ukuran dan pandangan di sisi Ilahi.

Sahabat2ku……..kita seringkali mendengar perkataan taqwa bukan? Tetapi tahukah kita apakah yang dimaksudkan dengan taqwa itu? Di sini saya ingin berkongsi sedikit tentang perbincangan taqwa ini. Dalam Al-Quran,kata taqwa digunakan dengan 3 macam erti :

  • Digunakan dengan erti takut
  • Digunakan dengan erti patuh dan tunduk
  • Digunakan dengan erti membersihkan hati dari dosa dan inilah erti taqwa yang sebenarnya.

Seterusnya,para ulama’ berkata bahwa tingkatan taqwa itu terbahagi menjadi 3 iaitu:

  • Bersih dari syirik
  • Bersih dari bid’ah
  • Bersih dari cabang2 maksiat

Oleh itu,alat2 yang telah dibekalkan Allah kepada diri kita tadi iaitu mata,telinga dan hati mesti kita gunakan dengan sebaik mungkin bagi meraih darjat dan martabat orang yang bertaqwa di sisi Allah SWT. Sesungguhnya fungsi dan peranan dari ketiga2 alat tersebut sangatlah luas dalam mendekatkan diri kepada Allah Taala. Janganlah hanya mempersiakan nikmat mata,telinga dan hati dalam perkara bermaksiat dan derhaka kepada Allah. Mata yang digunakan untuk melihat perkara2 yang tak senonoh,telinga turut mengambil bahagian dalam mendengar umpatan dan cercaan daripada orang lain dan hati yang sarat diisi dengan penyakit2 hati seperti takbur,riya’,ujub,dengki dan sebagainya.

Akhirnya,ketahuilah sekiranya kita tak menggunakan ketiga2 alat tadi sesuai dengan kehendak-NYA,tunggulah balasan daripada Allah buat diri kita kelak. Bukankah Allah telah merakamkan hal ini dalam surah Al-A’raf ayat 179 iaitu : “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi Neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia,mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat2 Allah),dan mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda2 kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat2 Allah). Mereka itu seperti binatang ternak,bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang2 yang lalai.”

Marilah kita sama2 memanfaatkan nikmat2 anugerah Allah itu sebelum semuanya terlepas atau dicabut oleh Yang Maha Berkuasa dari diri kita……insyaAllah

Wallahu a’lam

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template