Thursday, April 8, 2010

Usia Emas dan Permata

Pada suatu lewat petang yang penuh dengan keceriaan flora yang mewarnai alam,juga di tengah2 kicauan burung yang berterbangan tinggi di angkasa sebuah kawasan rekreasi air terjun,tiba2 kedengaran suatu suara yang memecah kesunyian kawasan tersebut…………….

Ali : “Kenapa..mengapa..usah ditanya..

Ke mana..di mana oh tiada bezanya..

Hatiku ceria bagai sang suria..

Hari minggu hari bergembira..

Hilangkan rasa2 curiga..

Duka dan nestapa..

Mari kita menyanyi lagu sha na na na na..

Esok kerja,jadi hari ini kita berjumpa dengan si dia yang tercinta..”

(menyanyi sambil memetik jari dan bersiul2..hehe=))


Abu : “Wah….sungguh hepy ko ni? Ada pape ke?”


Ali : “Haha…bese la..zaman remaja kan harus kita nikmati ngn keseronokan..!”


Abu : “Eeeerh……ni kata2 sape?”


Ali : “Ye la…masa muda la kita nk enjoy..bila dah tua nanti barulah kita dekatkan diri dgn

sejadah dan masjid!”


Abu : “Ewah2……persoalannya sempat tua ke?”


Ali : “Muda hanya sekali…jgn membazir! Puaskanlah nafsu..”


Abu : “Faktanya..muda atau tua,nafsu tak pernah puas! Betulkan?”


Nah…..begitulah serba sedikit contoh senario yang seringkali berlaku dan terjadi di kalangan kita. Ramai sekali yang percaya dan menganggap masa muda inilah merupakan peluang keemasan untuk melepaskan segala kepuasan nafsu dan menikmati pelbagai minat dalam kehidupan seharian.


“Kenapa ek? Salahke kalau kita isi masa muda kita dengan pelbagai minat dan kegemaran?” Mungkin ada di kalangan shbt2 yg terdetik di dalam hatinya persoalan ni..


Sebenarnya memang tak salah pun untuk mengisi masa muda kita dengan pelbagai aktiviti dan pekerjaan,tetapi pekerjaan yang dilakukan itu mestilah yang boleh membuahkan hasil pelaburan saham di akhirat nanti dan menjadi bekalan kita untuk menuju ke sana.

Persoalannya….apa yang berlaku adalah sebaliknya di mana ramai di kalangan kita yang gagal mengisi masa muda ni dengan sebaik mungkin dan panjang pula angan2nya. Lantaran itu,mereka tak memanfaatkan masa berharga yang dianugerahkan Allah ni dengan perkara2 yang berfaedah serta banyak menghabiskan masa dengan perkara2 kosong yang kebanyakannya langsung tak memberi erti dan nilai kepada saham diri (rasa2nya tak perlu bagi contoh kot..dah boleh faham2 sendiri kan? Hehe..). Itulah sebabnya mereka merasakan masa muda ni harus dinikmati sepuasnya dan bila sudah tua nanti,barulah sibuk memfokuskan diri kepada perkara2 ibadah ni..


“Kenapa pulak masa muda ye? Ada pape rahsia ke yang tersembunyi dan tersirat di sebalik masa muda ni?”


Sahabat2ku sekalian…..

Buat renungan bersama,ketahuilah Allah SWT suka kepada orang yang beribadah,tetapi Allah lebih suka lagi bila orang muda yang beribadah…..Allah SWT sangat suka orang yang bertaubat,tetapi DIA tersangatlah suka bila orang muda yang bertaubat. Allah SWT akan memberikan perlindungan di bawah bayangan rahmat-NYA di Padang Mahsyar nanti kepada 7 golongan manusia. Salah satu daripadanya ialah pemuda yang menggunakan masa muda remajanya untuk beribadah kepada Allah.


Dalam kondisi ini,Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud : “Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naunganNYA di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu : Imam (pemimpin) yang adil,pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah,lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid,dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya bertemu dan berpisah kerana Allah,seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina,lalu dia menjawab, “Aku takut kepada Allah”,seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya,seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.” (HR Abu Daud,Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Justeru,saya ingin memetik golongan kedua daripada hadis tersebut yang menjadi tajuk perbincangan kita dalam post kali ni iaitu “pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah”. Ini menunjukkan betapa di usia muda sebegini kita terpaka mengharungi berbagai cabaran dan godaan. Oleh itu bagi mereka yang berjaya mendidik nafsunya dengan baik,dia akan beruntung kerana mempunyai kekuatan dari segi fizikal dan mental untuk melakukan kebaikan dan beribadah kepada Allah. Begitulah sebaliknya bagi mereka yang terjerat dengan pujuk rayu syaitan maka seluruh usia mudanya akan dihabiskan untuk melakukan maksiat dan dosa.

Ingatlah shbt2ku bahwa sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja kerana di usia muda seseorang itu mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi masa hadapannya,badannya sentiasa sihat, tenaganya kuat,pendengaran dan penglihatannya tajam dan sempurna. Bahkan di masa muda juga berbagai2 ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan2 ini malah usia mudanya itu turut diisi dengan amal ibadah serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama,masyarakat dan negara.

Sahabat2ku sekalian……..

Ketahuilah bahwa nabi saw amat menyarankan kepada kita supaya merebut pelbagai peluang masa yang dianugerahkan Allah kepada kita untuk beramal kebajikan dan melakukan kerja2 yang mendatangkan faedah kepada kita. Baginda bersabda yang bermaksud : “Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara : masa muda sebelum masa tua,masa sihat sebelum masa sakit,masa kaya sebelum masa miskin,masa lapang sebelum masa sempit dan masa hidup sebelum masa mati” (HR Al-Hakim dan Al-Baihaqi).

Semua dah tau kn? Kumpulan nasyid Raihan pun siap buat lagu lagi kn? Jadi……….tunggu apa lagi? Ayuh saatnya untuk kita terus bertindak sekarang!! Rancanglah segala pekerjaan kita di masa muda ini dengan sebaik mungkin kerana ternyata bagaimana kita menghabiskan sisa usia kita bergantung kepada bagaimana kita menjalani kehidupan seharian menuju pengakhiran kita. Bukankah Allah SWT telah berpesan di dalam kitab-NYA di dalam surah Al-Hasyr ayat yang ke-18 yang bermaksud : “Hai orang2 yang beriman,bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) dan bertaqwalah kepada Allah,sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

“Erm………….apa salahnya jika masa muda ni kita enjoy betul2 dan puaskan nafsu dulu? Nanti bila dah tua kita fokus la kat ibadah lak..kita cover balik!!” Mungkin soalan ni seringkali bermain di benak fikiran kita..

Sedarkah kita jika kita berfikiran sedemikian,ke mana pula lah kita telah ketepikan dan campakkan soal kematian yang pasti menjemput dan merenggut kita suatu hari nanti? Bukankah saat yang dirahsiakan Allah itu pasti kan tiba masanya? Sesungguhnya kematian yang telah dijanjikan Allah itu pasti menghampiri tanpa petanda yang menanti walaupun usia kita masih muda sekali. Apabila tiba saatnya nanti,tak siapa dapat melarikan diri. Jadi,mungkin hasrat dan impian kita untuk beribadah di masa tua tak kesampaian lantaran diri telah dijemput kembali ke pangkuan Ilahi terlebih dahulu. Detiknya pasti tiba……..adakah kita bersedia?

Terakhir dari saya untuk post kali ni,saya ingin kongsikan dengan shbt2 beberapa rangkap lirik lagu Remaja dari kumpulan UNIC iaitu :

“Remaja…ingatlah masa depanmu..

Janganlah kau terleka…di usia remaja..

Gunakanlah masa yang ada dengan sebaiknya..

Kuatkanlah tekad di hati memajukan diri..

Waspada…jangan mudah terpedaya..

Oleh hasutan dunia yang bisa merosakkan hidupmu…”

~~Bangkitlah puteraku dari lena yang panjang…berjuang bagaikan perwira yang berjasa~~

~~~~Bangunlah puteriku dari mimpi yang palsu…pelihara agama dan maruahmu~~~~

Wallahu a’lam

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template