Friday, June 25, 2010

Akhlak Bunga Diri


Posting kali ini mengajak sahabat2 semua sama2 merenung dan menghayati di sebalik kehidupan insan mulia dan agung bernama “Muhammad”

Kalau ada pakaian yang koyak,

Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya


Beliau juga memerah susu kambing,

Untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual


Setiap kali pulang ke rumah,

Bila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan,

Sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya,

Untuk membantu isterinya di dapur


Sayidatina ‘Aisyah menceritakan :

“Kalau Nabi berada di rumah,beliau selalu membantu urusan rumahtangga

Jika mendengar azan,beliau cepat2 berangkat ke masjid,

Dan cepat2 pulang kembali sesudah selesai sembahyang”


Pernah baginda pulang pada waktu pagi,

Tentulah baginda amat lapar waktu itu,

Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan,

Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar,

Maka Nabi bertanya,”Belum ada sarapan ya Khumaira?”

(Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’)


‘Aisyah menjawab dengan agak serba salah,

“Belum ada apa2 wahai Rasulullah”

Rasulullah lantas berkata,

“Kalau begitu aku puasa saja hari ini”

Tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.


Pernah baginda bersabda,

“Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya”

Prihatin,sabar dan tawadhuknya baginda sebagai kepala keluarga


Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi2 pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Saidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai sembahyang :


“Ya Rasulullah,kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat,tuan sakitkah ya Rasulullah?”

“Tidak,ya Umar. Alhamdulillah,aku sihat dan segar”

“Ya Rasulullah………mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh,kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…..”desak Umar penuh cemas.


Akhirnya ,Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil,buat menahan rasa lapar. Batu2 kecil itulah yang menimbulkan bunyi2 halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.


“Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan,kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?”


Lalu baginda menjawab dengan lembut,

“Tidak para sahabatku. Aku tahu apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan Allah nanti,apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?”

“Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah Allah buatku,agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih2 lagi tiada yang kelaparan di akhirat kelak.”


Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang pernah kudis,miskin dan kotor.

Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya disentap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah dilehernya.

Dan dengan penuh rasa kehambaan,baginda membasuh tempat yang dikencing oleh si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.


Kecintaannya yang tinggi terhadap Allah SWT dan rasa kehambaan dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari Allah tidak dijadikan sebab untuk merasa lebih dari yang lain,ketika di depan umum mahupun dalam keseorangan.


Ketika pintu syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda,

Baginda masih berdiri di waktu2 sepi malam hari,terus-menerus beribadah,

Hingga pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak2,

Fiziknya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.


Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah,

“Ya Rasulullah,bukankah engkau telah dijamin syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?”


Jawab baginda dengan lunak,

“Ya ‘Aisyah,bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.”


Wallahu a’lam

Saturday, June 19, 2010

Dosa Penghalang Hidup


Memulakan posting kali ini,saya ingin memetik satu kalam Allah SWT di dalam Al-Quran dari surah Al-Baqarah ayat 222 yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah mencintai orang2 yang bertaubat dan mencintai orang2 yang menyucikan diri.”

Seterusnya daripada Aisyah ra,bahawa nabi saw pernah berdoa dengan katanya : “Ya Allah,jadikanlah aku daripada kalangan orang yang apabila berpeluang untuk melakukan kebaikan,dia merasa gembira dan terhibur dengan kebaikan itu dan apabila dia melakukan dosa dan kesalahan,dia akan bertaubat dan beristighfar di atas kesalahannya itu.”

Pada kesempatan kali ini,kita akan sama2 berbincang tentang satu perkara yang sangat berpotensi untuk menghancurkan dan membinasakan arah,tujuan,bekalan dan kebahagiaan hidup yang telah dibincangkan dalam posting2 sebelum ini iaitu berkenaan dengan dosa sebagai halangan kehidupan.

Namun,apabila kita bercakap soal dosa,sayalah orang yang paling tidak layak untuk bercakap tentang dosa lantaran diri ini terlalu banyak melakukan dosa kepada Allah SWT. Mungkin anak2 kecil yang masih suci dan bersih itulah yang paling layak untuk bercakap tentang dosa jika dilihat dari segi kelayakannya. Tetapi dosa ini adalah seumpama kotoran yang berlaku di atas tangan di mana tangan ini tidak boleh dibersihkan secara sendirian,tetapi ia memerlukan kepada kerjasama antara tangan kanan dan kiri untuk sama2 dibersihkan di bawah laluan air. Inilah perumpamaan bahawa saya dan sahabat2 semua adalah seumpama tangan kanan dan kiri untuk sama2 kita bersihkan kekotoran ini dengan hidayah dan rahmat Allah Taala.

Sekiranya dosa ini dianggap sebagai urusan peribadi,mungkin contoh2 berikut boleh berlaku :

· “Alah,sibuk je jaga tepi kain orang..ko wat hal ko je la! Macam la ko baik sangat!”

· “Ikut suka aku la nak wat ape pun..kau dosa kau dan aku dosa aku!”

· “Kubur masing2 la!”

Sahabat2ku…….

Ketahuilah bahawa dalam Islam dosa bukanlah urusan peribadi dan kita bertanggungjawab untuk saling mengingati tentang dosa ini. Dosa juga tidak boleh dijadikan bahan mainan kerana ia merupakan punca murka Allah dan ia turut menjadi penghalang untuk kita datang dan berdamping kepada Allah Taala. Satu perkara lagi yang harus kita ingat adalah dosa ini bukanlah ilmu akal,tetapi ia berkaitan dengan jiwa dan perasaan. Hal ini dijelaskan dalam sebuah hadis nabi saw yang bermaksud : “Kebajikan adalah akhlak terpuji,sedangkan dosa adalah apa yang meresahkan jiwamu serta engkau tidak suka apabila masalah itu diketahui orang lain.” (HR Muslim)

Satu lagi analogi yang ingin saya kongsikan bersama adalah dosa juga ibarat racun kepada roh kita sebagaimana racun yang menjadi racun kepada tubuh fizikal kita. Kesan daripada racun ke atas tubuh kita itu ada yang cepat dan ada juga yang lambat. Begitu juga dengan dosa yang membunuh jiwa manusia,ada dosa yang memberi kesan yang cepat dan ada pula yang lambat. Dosa yang memberikan kesan yang cepat adalah seperti dicabut cahaya iman oleh Allah dari wajahnya manakala bagi kesan dosa yang lambat atau jangka panjang akhirnya dapat dikesan apabila manusia itu terhumban ke dalam neraka di akhirat nanti.

Para ulama’ ada membahagikan dosa ini kepada beberapa jenis seperti dosa besar dan dosa kecil. Dosa besar adalah dosa2 yang disebut di dalam Al-Quran dan ada balasan yang khusus untuknya manakala dosa kecil adalah dosa2 selainnya. Tetapi janganlah kita sering meremehkan dosa2 kecil dan hanya memberikan penekanan kepada dosa besar sahaja kerana ramai orang menempah kemurkaan Allah dengan mengumpul dosa2 kecil.

Ayuh sama2 kita fikirkan apakah yang menjadi punca kepada berlakunya dosa dalam kehidupan ini?

Perkara pertama yang menjadi punca kepada dosa ini adalah disebabkan kita jahil tentang dosa dan tidak tahu bahawa perkara itu merupakan satu dosa. Namun,keadaan ini sangat jarang berlaku kecuali untuk masalah2 yang agak sukar dan belum diputuskan lagi hukumnya. Tetapi umumnya kebanyakan manusia melakukan dosa kerana sudah selesa dengan amal keburukan dan tidak takut akan dosa yang dikerjakan.

Inilah punca utama seseorang itu melakukan dosa. Kerana itu nabi saw sentiasa beristighfar memohon keampunan kepada Allah lebih dari 70 atau 100 kali sehari lantaran merasa bersalah dan berdosa kepada Allah. Namun sayangnya penyakit kita adalah merasa diri tidak berdosa yang sekaligus menjadi punca kita melakukan dosa serta malas untuk memohon ampun kepada Allah.

Bagaimana pula dengan cara2 yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan diri kita daripada melakukan dosa?

Pertamanya,peganglah dengan sebaik mungkin tujuan hidup kita iaitu untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT kerana ia dapat memandu kita untuk meletakkan seluruh kehidupan ini agar sentiasa beribadah kepada Allah Taala.

Kedua,pertingkatkanlah ilmu agama dalam diri untuk mengatasi masalah dosa yang dilakukan lantaran kejahilan diri supaya kita lebih sentiasa berhati2 dalam melakukan sebarang perkara dalam kehidupan ini.

Ketiga,sentiasalah kita untuk memohon ampun dan memperbaharui taubat kepada Allah di atas segala dosa yang telah dilakukan akibat keterlanjuran diri yang dikuasai syaitan durjana dan nafsu berahi.

Keempat,selalulah juga berdamping dengan orang2 yang banyak melakukan kebaikan supaya kebaikan yang dilakukannya dapat menginsafi diri dan menjadi motivasi buat diri kita untuk sentiasa istiqamah dalam melakukan amal kebajikan.

Kelima,perbanyakkan mengingati kematian kerana kematian sememangnya menjadi nasihat dan guru terbaik dalam menghindari dosa dan kemaksiatan.

Yang terakhir,jauhi teman2 yang banyak mengajak kepada keburukan dan juga tempat2 maksiat supaya diri tidak terjerumus ke lembah kebinasaan.

Sebagai muhasabah diri kita semua,marilah kita sama2 menghayati sepotong hadis nabi saw yang bermaksud : “Orang beriman melihat dosanya umpama gunung yang besar yang akan menghempapnya manakala orang yang ahli maksiat melihat dosanya umpama lalat yang hinggap di hidungnya,bila ia mengisyaratkatkan dengan tangannya maka lalat itu akan lari.” (HR Bukhari)

Renung2kan dan fikir2kan…………

Wallahu a’lam

Friday, June 11, 2010

Jalan Bahagia

Angah : “Umi,angah nak tanya umi sikit boleh?”

Umi : “Angah nak tanya apa? Boleh je..”

Angah : “Tadi kan kat sekolah cikgu angah ada tanya tentang solat..solat tu apa ya umi?”

Umi : “Owh..solat tu kita sebut juga sembahyang..ia adalah salah satu perintah dari Allah untuk kita semua umat Islam tau..orang yang selalu solat akan disayangi Allah..angah nak tak Allah sayang angah?”

Angah : “Nak2..angah pun nak solat gak la umi..umi tolong ajar angah ye?”

Umi : “Boleh2..mulai hari ni angah rajin2 solat ye?”

Angah : “Baik umi..”

Sahabat2ku……….

Seringkali kita mendengar perkataan solat bukan? Dan seringkali juga kita mengerjakan ibadah solat sehari-harian kan? Namun itu semua bukanlah menjadi masalah perbincangan kita pada kali ini,tetapi sejauh mana penghayatan dan keberkesanan ibadah solat yang kita lakukan saban hari dapat mendidik iman dan akhlak kita dalam menuju kebahagiaan.

Solat adalah amal kesayangan nabi Muhammad saw dan pekerjaan yang paling disenanginya.
Solat merupakan tanda iman seseorang dan batas pemisah antara iman dan kufur.
Sabda Rasulullah saw: "Antara (yang membezakan) seorang hamba (Allah) dan syirik,ataupun kufur, (adalah) meninggalkan solat." (HR. Muslim).


Rasulullah saw bersabda lagi: "Perjanjian antara kami (muslim) dan mereka (kafir) adalah solat,barangsiapa yang meninggalkannya maka telah kafir." (HR. Ahmad dan Tirmidzi). Jika seseorang meninggalkan solat,apa lagi yang tersisa dari agamanya? Ternyata dia telah melepaskan kepala dari jasad tubuh,apakah masih ada tubuh yang tersisa hidup tanpa kepala?

Sesungguhnya meninggalkan solat merupakan musibah terbesar yang memungkinkan terjadi pada manusia. Meninggalkan solat adalah musibah paling besar dari kehilangan harta,anak
atau kesihatan,meninggalkan solat bererti sama dengan kehilangan kehidupan. Ini kerana jika seseorang mati dalam keadaan meninggalkan solat maka dia akan tergolong ke dalam "kelompok kiri" yang akan diazab di dalam neraka. Allah SWT berfirman: "Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)? Mereka menjawab: Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat." (QS. Al-Muddassir : 42-43). Mereka yang demikian ini telah memilih jalannya dan sampailah kepada tujuan akhir mereka (akibatnya).

Abu Hurairah ra. berkata: "Para sahabat Rasulullah saw tidak melihat sesuatu dari segala pekerjaan yang mengakibatkan seseorang menjadi kufur kecuali meninggalkan solat." Dan berkata Umar bin Khattab ra.: "Adapun sesungguhnya tidak ada kebahagiaan bagi seseorang di dalam Islam jika telah meninggalkan solat."

Ketika Allah mengatakan kepada sebahagian orang yang mendirikan solat: "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat,(iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." (QS. Al-Ma'un: 4-5). Semoga kita semua tidak termasuk dalam golongan orang2 yang melalaikan solat,apalagi melalaikan solat secara menyeluruh. Malah Nabi saw turut bersabda : “Amal pertama yang akan dihisab dari seorang hamba di hari kiamat adalah amalan solatnya,jika baik solatnya maka dia beruntung dan berhasil. Dan apabila rosak solatnya maka gagal dan merugilah dia.” (HR. Tirmidzi). Justeru,bagaimana dengan keadaan orang yang tidak solat sama sekali?

Ketahuilah bahawa hanya ada satu sahabat sejati yang akan setia menemani kita hingga ke dalam lubang kubur yang gelap sekalipun. Sahabat ini tidak akan pernah meninggalkan dan mengkhianati kita,selalu setia dan mengiringi kita. Dialah amal soleh yang kita kerjakan selama hidup di dunia. Dan seringkali sahabat sejati inilah yang kita remehkan,kita lebih mementingkan selainnya yang tidak dapat membantu ketika dalam alam kubur.

Dari Anas ra,
bersabda Rasulullah saw: "Ada tiga sahabat akrab,sahabat yang pertama mengatakan 'aku bersamamu hingga kau mendatangi pintu Penguasa alam,kemudian aku kembali dan meninggalkanmu'. Mereka itu adalah keluarga dan kerabatmu. Mereka menghantarkanmu hingga ke kuburanmu,kemudian kembali dan meninggalkanmu. Adapun sahabat yang mengatakan kepadamu 'milikmu apa saja yang kau berikan,dan apa yang kau genggam bukanlah milikmu.' Sahabat ini adalah hartamu. Sedangkan sahabat yang mengatakan 'aku bersamamu ke mana saja kau masuk dan keluar.' Inilah dia amal perbuatanmu. Maka berkata (orang yang meninggal) 'demi Allah,sungguh aku telah meremehkanmu dari yang lainnya." (HR. Al-Hakim)

Oleh itu wahai hamba Allah,apakah yang kau merindukan untuk bermunajat kepada Tuhanmu? Apakah kau menginginkan hatimu dan jiwamu menjadi tenang? Apakah kau mengharapkan turunnya kasih sayang dan ampunan Allah kepadamu? Siapa yang tidak menginginkan hal itu semua? Oleh sebab itu solatlah,cintailah,perhatikanlah,dan jagalah solat. Jadikanlah solat sebahagian dari kesibukanmu,perbaikilah doa-doamu,jangan kau lewatkan waktu solatmu,dirikanlah dengan saudara-saudaramu di rumah-rumah Allah saat azan memanggilmu.

Mudah-mudahan kita semua termasuk dalam golongan orang2 yang sentiasa mengerjakan ibadah solat dengan tekun dan khusyuk demi mencapai kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. InsyaAllah

Wallahu a’lam

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template