Thursday, October 27, 2011

Kasih Ibu Membawa ke Syurga



Makan. Hanya itulah yang bersiar-siar di ruang mindaku. Perutku mengeluarkan bunyi-bunyi yang kurang enak didengar. Meronta-ronta meminta diisi sesuatu. Masakan tidak, sejak awal pagi lagi tidak ditunaikan lagi nafkah perutku. Lantas aku mencapai kunci kereta di atas meja makan. Aku bersiap ala kadar sahaja. Destinasi yang harus ku tuju ialah Restoran As-Salam. Walaupun terletak hanya 200 meter dari rumahku, aku tidak berdaya hendak berjalan kaki untuk ke sana. Bukan apa, aku tidak mahu mengambil sebarang risiko. Andai kata aku pengsan ketika berjalan, siapa pula yang rela hati untuk membantuku? Biarlah minyak keretaku habis, asalkan aku tidak terseksa dan aku tidak menyeksakan orang lain.

“Hishh…..benci betul la. Masa aku tengah kebulur ni la parking penuh!” ucapku sendirian. Sudah 3 kali aku tawaf restoran ini. Tapi tiada tanda-tanda orang lain hendak beredar. Nasibku baik. Setelah 5 minit menunggu, ada sebuah kereta Proton Persona yang hendak keluar. Aku tidak melepaskan peluang keemasan ini. Aku meletakkan kereta dengan penuh berhemah. Tiba di restoran itu, aku mengambil tempat yang agak suram dan terlindung sedikit daripada orang ramai. Bagiku tempat duduk itu mempunyai lebih privasi dan tidak ada sebarang gangguan untuk aku menikmati selera.

Suasana hingar-bingar tidak begitu mengusikku. Aku leka memerhatikan keadaan restoran yang serba sederhana itu. Pandanganku berpindah dari satu sudut ke sudut yang lain. Berbagai-bagai ragam manusia yang dapat kulihat. Ada yang ketawa riang, ada yang berwajah keletihan dan ada juga yang tenang. Masing-masing mempamerkan emosi yang hanya mereka sahaja yang dapat menafsirkannya. “Mamak, nasi goreng kampung satu!”. Satu suara insan melaung memesan makanan. Aku sedikit tersentak.

Ibu…….hanya itu sahaja yang terlintas di fikiranku ketika itu. Sudah lama rasanya aku tidak pulang ke kampung. Aku terlalu rindu untuk merasa nasi goreng dari air tangan ibuku sendiri. Aku dapat merasakan ibu seperti sedang memerhatikanku. Wajah ibu yang sudah berkedut, tenang dan sentiasa tersenyum sentiasa bermain-main dalam fikiranku. Ibu, aku terlalu merinduimu. Aku rindukan pelukanmu. Aku rindukan saat aku dan ibu berbual-bual di anjung rumah kami yang usang suatu ketika dahulu. Kami berkongsi cerita. Mulut ibu tidak henti-henti berceloteh itu dan ini. Dan aku pula menjadi pendengar yang setia. Sesekali tawa kami berderai, memecah kesunyian malam.

Suasana riuh-rendah semakin jauh dari pendengaranku. Semakin lama semakin perlahan lalu bertukar menjadi semakin sayup dan akhirnya hilang. Aku tenggelam dalam kenanganku sendiri. Memori lama menggamit kembali. Masihku ingat suatu peristiwa yang tidak dapat kulupakan sehingga hari ini. Masih bertapak kukuh di benak fikiranku, Malah memori itu semakin lama semakin kukuh dalam hatiku. Tidak mungkin dapat aku lupakan sehingga aku menutup mata untuk selama-lamanya. Memori yang pasti akan mengalirkan air mataku jika diimbau kembali.

“Along, pergi kedai beli sayur dan telur. Ibu nak masak nasi goreng. Cepat, banyak lagi kerja yang ibu nak buat lepas ini!” laung ibu dari dapur. Aku melangkah longlai dan malas rasanya untuk pergi ke kedai. Berbekalkan wang RM 10, aku berjalan menuju ke kedai. Ibu mencapai beg plastik dari tanganku sebaik sahaja aku pulang. Ibu sangat cekap, segala yang dilakukan sangat pantas dan teratur. Bagi ibu, setiap saat itu sangat berharga dan tidak boleh disia-siakan begitu sahaja.

Barangkali status ibu tunggal menjadikan ibu begitu. Setiap masa ada sahaja yang dilakukan. Tidak pernah kulihat ibu bersenang-senang tanpa membuat apa-apa kerja. Kecuali ketika kami berbual-bual pada waktu malam sahaja, ibu akan duduk di sisiku. Berbual-bual sambil melepaskan lelah setelah seharian mencari rezeki. Ibu berhempas-pulas mengerah tulang empat kerat untuk membesarkan kami lima beradik yang masih bersekolah. Aku kagum dengan ibu. Dia tidak pernah mengeluh walaupun aku tahu ibu penat. Ibu juga seorang wanita. Kudratnya tidak sehebat mana jika dibandingkan dengan kaum Adam.

Tidak sampai sepuluh minit, masakan ibu sudah terhidang di atas meja makan. Aroma nasi goreng yang mampu membuatkan sesiapa sahaja yang kenyang akan menjadi lapar. Aku dan adik-adikku yang lain duduk di meja makan. Geli hatiku melihat gelagat adik-adikku yang berebut-rebut untuk makan. Aku membahagikan sama rata nasi goreng itu.

Aku terpandang kelibat ibu di dapur. Aku mengajak ibu makan bersama-sama kami. “Ibu, jom kita makan sama-sama.” “Tak apalah, ibu kenyang lagi, tadi ibu dah makan. Kamu makanlah dulu dengan adik-adik kamu. Lagipun ibu ada banyak lagi kerja nak dibuat.” Berkali-kali aku mengajak, Namun hampa. Jawapannya tetap sama. Malah ibu tidak menghiraukan lagi ajakanku. Ibu sibuk membasuh pakaian. Aku hanya menjamah sedikit sahaja nasi goreng itu. Aku membiarkan adik-adikku yang lain makan. Lagipun kami jarang sekali dapat menikmati juadah ini. Keadaan keluargaku yang serba dhaif membuatkan kami sekeluarga terpaksa berjimat-cermat dan mengikut perut. Bak kata pepatah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Pendapatan ibu tidaklah seberapa. Ibu hanya bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah syarikat swasta. Gaji ibu sebulan hanya RM 400. Duit itulah kami sekeluarga gunakan untuk keperluan harian. Pernah suatu ketika, kami tidak menjamah nasi selama seminggu. Tetapi itu tidak mematahkan semangatku dan adik-adikku. Malah, situasi ini menjadikan kami lebih matang dan tabah. Aku berazam untuk mengubah kehidupanku kelak. Bagiku, biarlah ibu merasa nikmat kesenangan sebelum dia menutup mata meninggalkan kami untuk selama-lamanya.

Aku mengemas meja dan mengutip pinggan mangkuk untuk dicuci. Setelah selesai aku bergegas masuk ke bilik untuk mengulangkaji pelajaran. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia semakin hampir tiba. Aku berazam untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Hanya pelajaran sahaja yang mampu mengubah hidup kami sekeluarga.

Setelah satu jam menelaah pelajaran, tekakku terasa kering. Aku bergegas pergi ke dapur. Langkahku terhenti, mataku terpaku. Aku melihat sesuatu yang tidak pernah ku lihat sebelum ini. Suatu yang sangat menyayat hatiku. Aku melihat ibu sedang melakukan sesuatu. Aku mengintai di sebalik langsir dapur. Sayu hatiku melihat ibu yang sedang menguis kerak nasi goreng di dalam kuali, dan kemudian ibu mengunyahnya perlahan-lahan. Ibu tidak menyedari kehadiranku. Aku tidak dapat lagi membendung air mataku. Manik-manik jernih mengalir deras di pipiku. Hatiku merintih. Tidak dapat kugambarkan perasaanku ketika itu.

Barulah ku tahu ibu sebenarnya lapar. Tetapi memandangkan nasi itu tidak cukup untuk kami berenam, ibu sanggup tidak makan demi anak-anaknya. Patutlah ibu tidak makan bersama kami tadi walaupun berkali-kali kuajak. Ibu terlalu mulia. Aku sendiri tidak mampu untuk melakukan seperti itu. Agak lama aku di situ. Aku melihat gelagat ibuku. Aku menegur ibuku. “Ibu buat apa?” aku bertanya. Eh, Along! Ibu….ibu….nak bagi ayam makan kerak nasi ni. Sayang pula kalau nak dibuang,” balas ibu. Aku melangkah ke bilik. Sebak di dada masih bersisa. Ibu menyembunyikan hal yang sebenar, bisikku. Peristiwa itu banyak mengajar aku erti kehidupan. Sejak peristiwa itu, aku menjadi trauma. Lama aku tidak menyentuh nasi goreng. Bukan apa, aku akan teringat peristiwa itu kembali.

“Dik, ni pesanannya.” Aku terpinga-pinga kebingungan. Baru ku sedar bahawa aku masih berada di dalam restoran dan di hadapanku berdiri tegak seorang pemuda yang membawa pesananku. Lamunanku hilang begitu sahaja. Aku mengesat air mata yang ada di pipiku. Aku melihat wajah pemuda itu. Barangkali hairan kenapa aku menangis di situ.

Seleraku mati begitu sahaja. Aku tidak mahu menjamah makanan yang terhidang di hadapanku itu. Salah seorang pelayan restoran kupanggil untuk membungkus makanan yang masih panas.

Ibu sudah lama meninggal. Masih terngiang-ngiang di telingaku, doktor berkata, organ dalaman ibu rosak kerana makanannya tidak dapat dihadam dengan baik. Destinasiku ialah pusara ibu. Sudah lama aku tidak melawat ibu di sana. Akanku luahkan rinduku di hadapan pusara ibu. Keretaku laju membelah lebuh raya menuju ke kampung halaman.

p/s: kisah ini bukanlah kisah sebenar tentang diri saya..ia sekadar perkongsian sahaja untuk mengingatkan diri sendiri & pembaca2 semua..semoga bermanfaat!!

Saturday, October 22, 2011

Why Must Read Al-Quran?



An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.

One day the grandson asked, “Grandpa! I try to read the Quran just like you but I don’t understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Quran do?”

The grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, “Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water.”

The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house.

The grandfather laughed and said, “You will have to move a little faster next time.”

He sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.

The old man said, “I don’t want a bucket of water, I want a basket of water. You are just not trying hard enough.”

He went out the door to watch the boy try again. At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leaked out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into the river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty.

Out of breath, he said, “See Grandpa, it’s useless!”

“So you think it is useless?”

The old man said, “Look at the basket.”

The boy look at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and outside.

“Son, that’s what happens when you read the Quran. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and outside. That is the work of Allah in our lives.”

Moral of the story: Read Al-Quran frequently as it will purify our heart. When we have pure heart, it is easy to do righteous and leave jahiliyah and badness in ourselves.

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template