Thursday, October 28, 2010

Petua Syurga Rumahtangga


Hayati.... pandang dengan mata, lihat dengan hati, renung dengan akal....
Semoga yang baik dapat kita contohi bersama......

Syurga rumahtangga itu fitrah Ilahi
Naluri semulajadi yang pinta diisi
Kerananya 'jejaka' rela menjadi suami
Kerananya 'perawan' rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapan
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan

Matlamat yang satu tapi jalan berliku
Destinasi sama namun kaedah berbeza
Lalu bermacam-macamlah jalan ke sana

Ada yang mengatakan
Bahagia itu pada harta
Diukir dari intan permata
(gah! suamiku seorang jutawan)
Tak kurang yang merasakan
Bahagia itu pada rupa
Ditempa oleh wajah rupawan
(wah! isteriku seorang jelitawan)
Sesetengahnya berkeyakinan
Bahagia itu pada nama
Dibaja gelaran yang glamour
(ah, isteriku seorang celebrity)
Ramai jua yang merasakan
Bahagia itu pada kuasa
Dituai oleh pangkat dan jawatan
(wah! suamiku seorang negarawan)

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani
Bahagia itu pada HATI
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu KESABARAN
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila sakit tak gundah

Bila gagal tak resah

Bahagia itu KESYUKURAN
Bila kaya pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tak alpa
Hakikatnya bahagia itu adalah KETENANGAN
Bila hati mengingati Tuhan
Firman Allah "Ketahuilah dengan mengingati Allah itu memberi ketenangan pada hati" (Ar-Ra’d : 28)
Suami isteri sama-sama mengerti
Maksud terseni takdir Ilahi
Itulah zikir yang hakiki
Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuliskan niat luruskan matlamat
"suamiku, kaulah pemimpin menuju Ilahi"
"isteriku, kaulah permaisuri hati penyeri Islamku nanti"
Muktamadlah akad sahlah nikah
Dengan nama Allah
Gerbang perkahwinan pun terserlah

Di atas tapak iman dirikanlah hukum Tuhan
Iman itu tujuan syariat itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
"Isteriku, taatilah hukum Allah"
"Suamiku, patuhilah sunnah Rasulullah"
Binalah hidup di neraca makruf
Rumah jadi sambungan madrasah
Serinya kerana solat
Indahnya oleh munajat
Tapaknya.........IMAN
Jalannya...........SYARIAT
Natijahnya............AKHLAK
Tiga penjamin segala
Kunci kebahagiaan rumahtangga
Dan terciptalah: "setia dan penyayang suami"
"cinta dan kasih isteri"
Lalu berbuahlah: 'mahmudah demi mahmudah'
Yang melahirkan 'soleh dan solehah'


Wallahu a’lam

Thursday, October 21, 2010

Menanti di Barzakh


“Setiap yang bernyawa pasti merasai mati dan bahawasanya kamu akan disempurnakan pahalamu di hari kiamat. Lalu siapa sahaja yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,itulah dia orang yang beruntung. Tidak ada kehidupan dunia kecuali kesenangan yang menipu.”

(Ali-Imran : 185)

Wahai hamba Allah,

Ingatlah janji yang kamu keluar atasnya dari dunia hingga akhirat iaitu persaksian tiada Tuhan yang lain kecuali Allah dan Muhammad saw adalah Rasul-Nya..

Dan bahawasanya mati adalah benar,alam kubur adalah benar,kenikmatan dan seksa di dalam kubur adalah benar,pertanyaan malaikat Munkar dan Nakir adalah benar,kebangkitan dari kubur adalah benar,perhitungan yakni hisab adalah benar,syafaat nabi Muhammad saw adalah benar,syurga dan neraka adalah benar,pertemuan dengan Allah bagi ahlinya adalah benar..

Sekarang kamu berada di alam barzakh,alam antara dunia dan akhirat. Maka ketika dua malaikat Munkar dan Nakir yang ditugaskan oleh Allah mengunjungi kamu,janganlah kamu menjadi terkejut ataupun gentar kerana keduanya adalah makhluk biasa seperti kamu dari sekian banyak makhluk2 Allah.

Jika mereka berdua bertanya kepadamu,

Siapakah Tuhanmu?

Siapakah nabimu?

Apakah agamamu?

Apa qiblatmu?

Apa pula pemimpinmu?

Dan siapakah saudaramu?

Maka jawablah dengan tegas dan jelas serta meyakinkan,

Allah adalah Tuhanku..

Muhammad adalah nabiku..

Islam adalah agamaku..

Kaabah adalah qiblatku..

Kitab Al-Quran adalah pemimpinku..

Dan kaum muslimin,muslimat,mukminin dan mukminat adalah saudara2ku..

Bahawasanya Allah membangkitkan orang2 ahli kubur serta dihidupkan kembali,insyaAllah kamu termasuk orang2 yang aman,selamat dan semoga Allah mengukuhkan kamu dalam ucapan yang tetap,

“Asyhadu an La ilaha illallah,waasyhadu anna Muhammadar Rasulullah..”

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah..

Allah mengukuhkan orang2 yang beriman dengan ucapan yang kukuh di dunia dan di akhirat,

“Asyhadu an La ilaha illallah,waasyhadu anna Muhammadar Rasulullah..”

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah..

“Wahai jiwa yang tenang,pulanglah ke hadrat Tuhanmu dengan gembira dan diredhai,masuklah dari jamaah hamba-hambaKu dan masuk pula dalam syurga-Ku.”

(Al-Fajr : 27-30)

Ya Allah, kami mohon kepadaMu, agar diperelokkan agama yang menjadi pegangan urusan hidup kami, dunia yang menjadi tempat sementara hidup kami, akhirat yang menjadi tempat kami akan kembali, jadikanlah hidup ini untuk menambahkan kebaikan dan mati kami untuk merehatkan diri dari segala keburukan..

Wallahu a’lam

Thursday, October 14, 2010

Hakikat Raja Sehari


Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan,
hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? Cuba kita
lihat……..dan manakah pilihan kita???

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar
jika servis di kamar tidur tidak memuaskan. Atau rajin hadir di sex party.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bercerai
jika bankrup.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana BEAUTY/BODY, pasangan bakal lari
jika rambut beruban dan muka keripot atau badan jadi gemuk.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ANAK, maka pasangan akan cari
alasan untuk pergi jika buah hati (anak) tidak hadir.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari
jika orang berubah tingkah lakunya.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap
dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang
dicintai pasti mati/pergi.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya
ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH
mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada
alasan apapun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika
pasangan mendurhakai ALLAH.

  • Buatlah pertimbangan terhadap sesuatu perkara dengan sewajarnya….bukankah Rasulullah saw telah bersabda dalam sebuah hadis yang seringkali kita mendengarnya,

“Sesungguhnya amal perbuatan itu disertai niat dan setiap orang mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang berhijrah hanya kerana Allah dan Rasul-Nya,maka hijrahnya itu menuju Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa hijrahnya kerana dunia yang ia harapkan atau kerana wanita yang ingin ia nikahi,maka hijrahnya itu menuju yang ia inginkan.” (HR Bukhari-Muslim)

Wallahu a’lam

Saturday, October 2, 2010

Suami Idaman : Diakah Yang Dicari?



Kasih manusia sering bermusim..
Sayang manusia tiada abadi..
Kasih Tuhan tiada bertepi..
Sayang Tuhan janji-Nya pasti..

Itulah sedikit dari bait-bait lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama,kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami,secara ringkas pilihlah seorang lelaki yang…

Kuat agamanya
Biar sibuk sekalipun,solat fardhu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.

Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.

Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?

Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa,lupakan saja si dia.

Pemurah tetapi tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya,dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang,tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.


Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.

Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibu bapanya hidup melarat sedangkan dia hidup hebat,nyata dia tidak bertanggungjawab.

Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.


Berbahagialah kamu wahai muslimat jika diintai calon yang demikian sifatnya.


Wallahu a’lam

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template