Saturday, May 29, 2010

Ujian Bertamu Lagi

Pantas dan cepat benar masa berlalu meninggalkan kita semua. Sedar ataupun tidak,kita sekarang telah berada di penghujung tahun akademik sesi 2009/2010. Inilah waktu yang paling kritikal untuk bergelut bagi seorang insan yang bergelar mahasiswa,khususnya bagi mahasiswa Fakultas Kedokteran Universitas Padjadjaran,Bandung,Indonesia.

Pada waktu inilah kita semua akan mula bertapa di dalam kamar masing2,menjadi sahabat baik kepada pelbagai buku2 pelajaran dan bermusuh ketat pula dengan pelbagai aktiviti yang langsung tak mendatangkan faedah kepada kita. Semua ini berlaku gara2 disebabkan oleh kehadiran sesuatu yang kita namakannya sebagai ujian.

Sesungguhnya ujian yang sering kita alami itu merupakan sebahagian daripada asam garam dalam kehidupan ini. Tanpanya,kehidupan yang kita lalui seharian ini mungkin kurang indah dan kurang bermakna kerana ianya juga adalah warna-warni kehidupan. Justeru,buat sahabat2 UNPAD yang bakal menghadapi final exam bemula minggu depan,saya ingin kongsikan kepada kalian sepotong kalam Allah dan sepotong sabda nabi saw sebagai renungan bersama dalam menempuhi ujian ini.

Dalam surah Ali-Imran ayat 159,Allah Taala telah berfirman : “Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad (berazam),maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang2 yang bertawakkal kepada-Nya.”

Dalam ayat ini,Allah Taala telah mengajar kepada hamba-Nya tentang cara2 untuk berdepan dengan sebarang perkara dalam kehidupan kita,termasuklah juga berkaitan soal ujian ini. Di sini Allah telah menjelaskan betapa pentingnya untuk membuat persiapan dan persediaan terlebih dahulu dalam melakukan sesuatu perkara supaya kerja yang akan kita lakukan itu menjadi lebih mudah dan lancar.

Pada masa yang sama juga,Allah telah mengajar kepada kita tentang konsep tawakkal iaitu penyerahan dan pengharapan segala urusan yang telah kita lakukan hanya kepada Allah semata-mata. Namun,kita juga mesti ingat bahawa tawakkal kita kepada Allah itu hanyalah setelah kita sudah berusaha bersungguh2 dan sebaik mungkin dalam urusan yang dikerjakan itu.

Jadi shbt2ku,marilah kita sama2 berusaha keras terlebih dahulu dalam menghadapi ujian yang bakal menjelang ini tanpa mengabaikan hak2 kita sebagai seorang hamba kepada-Nya. Berusahalah dengan sedaya upaya dan sebaik mungkin selagi mempunyai kesempatan waktu. Kemudian bertawakkallah kepada Allah di atas urusan itu supaya jiwa kita menjadi lebih tenang dan redha di atas segala pemberian dan ketetapan-Nya kerana kita telah pun berusaha sebaik mungkin sebelumnya.

Manakala daripada hadis nabi pula,baginda ada bersabda : “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada orang mukmin yang lemah. Masing2 ada kebaikannya. Bersemangatlah untuk mengerjakan sesuatu yang bermanfaat bagimu,mohonlah pertolongan kepada Allah dan jangan merasa tidak mampu. Kalau tertimpa sesuatu,janganlah kamu mengucapkan : Seandainya saya berbuat begini tentu tidak akan terjadi begitu,tetapi katakanlah apa yang ditentukan Allah dan apa yang dikehendaki-Nya pasti terjadi kerana kata seandainya itu akan memberi jalan kepada syaitan.” (HR. Muslim)

Oleh itu,di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan selamat menempuhi final exam kepada semua shbt khususnya shbt2 di UNPAD. Semoga Allah Taala permudahkan segala urusan kita dan memberikan yang terbaik buat kita semua. InsyaAllah.

“Ujian adalah tarbiah dari Allah..

Apakah kita akan sabar ataupun sebaliknya..

Kesenangan yang datang selepas kesusahan..

Semuanya adalah nikmat dari Tuhan..”

Wallahu a’lam

Sunday, May 23, 2010

Detiknya Pasti Tiba

Sebagai memulakan posting untuk kali ni,terlebih dahulu saya ingin mengucapkan salam takziah kepada saudari Nashitul Amani dari TWP 09 dan saudara Muhammad Azlan dari FK 08,yang juga merupakan mentee saya untuk program Mentor Mentee Akademik tahun lepas di atas pemergian ayahandanya yang tercinta menyahut panggilan Ilahi baru2 ini. Semoga kalian berdua tabah dalam menghadapi ujian dan ketentuan dari Allah ini ke atas setiap hamba-Nya.

Sahabat2ku…………..

Usahlah ditangisi insan yang telah pergi meninggalkan kita kerana kematian itu sememangnya hakikat dan kepastian yang hadirnya tidak pernah kita alukan. Baik kita tua,muda,miskin ataupun kaya semuanya pasti akan melaluinya.

Cuba kita semak sebentar di dalam Al-Quran apa kata Allah tentang kematian ini. Allah Taala berfirman, “Tiap2 yang bernyawa pasti akan mati. Sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahala kalian. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,maka sungguh dia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali-Imran:185)

Namun,saya juga yakin dan percaya ramai daripada kalangan kita yang telah mengakui dan menerima hakikat kematian itu tetapi mungkin kurang serius dari segi persiapan menghadapi kematian tersebut. Sebagai satu analogi yang boleh dikongsikan bersama,mungkin ada sebahagian daripada kita telah merancang hendak membeli tanah dan rumah di mana apabila pencen dari kerja nanti. Semuanya telah dirancang dengan tersusun dan sistematik. Sedangkan belum tentu lagi umur kita akan sampai ke peringkat pencen tersebut. Namun,kematian adalah merupakan sesuatu perkara yang pasti kita sampai kepadanya,tetapi sedikit sahaja manusia yang serius melakukan persiapan terhadap kepastian itu.

Hal ini kerana mungkin disebabkan oleh kebanyakan daripada kita telah tertipu dengan drama2 di dalam televisyen yang menunjukkan betapa senang dan mudahnya menghadapi kematian. Hanya dengan sakit dada secara lebih kurang sambil mengurut dada tiga empat kali,bersandar di atas bangku dan melentok kepala ke kanan lalu akhirnya mati.

Nampak begitu senang saja kematian sehingga ia menjadi bahan olok-olokan yang tidak lagi memberikan kesan kepada kita. Sedangkan nabi saw ada menyebut dalam sepotong hadis yang berbunyi “Orang yang paling bijak adalah orang yang paling banyak mengingati mati dan paling bersedia menghadapinya.” (HR Ibnu Majah )

Tetapi shbt2ku….Islam tidak mengajar kita untuk takut kepada kematian,tetapi Islam mengajar kita untuk bersedia terhadap kematian kerana kematian itu bukanlah akhir bagi sebuah kehidupan,tetapi ia adalah sebuah permulaan bagi sebuah kehidupan yang tiada akhirnya. Ia hanyalah sebuah proses perpindahan.

Sesungguhnya terdapat beberapa faedah untuk memikirkan tentang kematian ini. Pertama,orang yang banyak memikirkan kematian akan sentiasa rajin beribadah kepada Allah Taala kerana dia sedar bahawa kehidupan manusia ini tidak dapat ditentukan bilakah hujungnya. Mungkin kita pernah mendengar salah satu rangkap lagu nasyid dari kumpulan Hijjaz iaitu :

“Hidup ini bagai lampu dinding,

Yang dinyalakan di malam hari,

Apabila minyak sudah kering,

Ia akan pasti padam sendiri”

Perumpamaan ini menggambarkan bahawa hidup kita bagaikan lampu dinding. Kita juga tahu bahawa lampu dinding ini tidak mempunyai meter atau penanda,tidak seperti tangki minyak kereta kita yang mempunyai meter. Disebabkan tangki minyak kita mempunyai meter,jadi kita dapat mengetahui bila masanya untuk kita mesti mengisi kembali minyak kereta kita. Namun,lampu dinding ini tidak mempunyai meter yang akan memberi petanda awal kepada kita seperti meter tangki minyak kereta tadi. Ia hanya akan padam sendiri apabila tiba masanya nanti iaitu apabila minyaknya sudah kering. Itulah perumpamaan hidup kita seperti lampu dinding kerana kita tidak tahu bilakah kita akan mati dan hanya mengetahui umur kita sudah habis apabila sudah padam sendiri.

Kedua,orang yang sering mengingati kematian juga akan segera bertaubat kepada Allah. Kadang2 mungkin ada di kalangan kita yang merasa putus asa untuk bertaubat kerana sudah bertaubat kepada Allah tetapi akhirnya melakukan kembali perbuatan dosa tersebut. Sebagai jalan penyelesaiannya,mungkin kita sama2 boleh merenung pesanan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin iaitu janganlah kita berputus asa dan jemu untuk bertaubat sebagaimana Allah Taala tidak pernah jemu untuk memberikan keampunan kepada kita. Apabila kita melakukan dosa,bersegeralah kita bertaubat kepada Allah dan sekiranya ada berlaku semula dosa tersebut,maka janganlah ditangguh lagi taubat tersebut kerana mungkin Allah akan mencabut nyawa kita ketika sedang dalam perjalanan menuju ke taubat yang seterusnya.

Ketiga,bagi orang yang selalu mengingati kematian,hidupnya akan menjadi tenang kerana apabila dia memikirkan tentang kematian,dia akan memperelokkan kehidupannya dan menghindarkan dirinya dari dosa serta akan banyak melakukan kebaikan. Apabila berlakunya kematian,nabi saw pernah memberikan komen terhadap kematian dengan mengatakan kematian ini boleh menjadi satu kerehatan bagi si mati atau orang lain berehat akibat kematiannya. Jika seseorang itu baik hidupnya ketika di dunia,mati itu adalah suatu kerehatan kerana telah berhenti daripada segala kepenatan ujian dunia manakala bagi orang yang sentiasa menimbulkan masalah,hidupnya menjadi beban kepada orang lain,maka matinya itu akan menjadi kerehatan kepada orang lain pula.

Sahabat2ku…apakah pula kesan2 bagi orang yang melupakan kematian ini? Akibat dari melupakan kematian ini,seseorang itu akan malas beribadah,akan menangguhkan taubat dan hidupnya akan resah. Semuanya ini bertentangan dengan keadaan orang yang banyak mengingati kematian.

Bagaimana pula dengan cara2 untuk membolehkan kita sentiasa mengingati kepada kematian?

  • Menziarahi orang sakit,khususnya orang yang sedang berada dalam ambang sakaratul maut
  • Menguruskan jenazah terutamanya bagi anak lelaki
  • Menghantar jenazah ke kubur seperti yang biasa dilakukan oleh nabi saw
  • Membuat wasiat

Sekadar ini sahajalah dulu yang dapat saya kongsikan dengan semua untuk posting kali ini. Semoga kita semua sentiasa menginsafi diri dan mempersiapkan diri untuk menghadapi hari kematian yang pasti ini. Detiknya pasti tiba……..adakah kita bersedia??

Wallahu a’lam

Thursday, May 20, 2010

Kebahagiaan Yang Dicari

Apabila kita bercakap tentang kebahagiaan hidup,pasti semua orang inginkan bahagia bukan?. Sememangnya telah menjadi lumrah dan fitrah manusia untuk merasai kebahagiaan hidup dan tidak pula untuk merasai kesengsaraannya. Baik kebahagiaan itu berkait dengan kebahagiaan hidup di dunia mahupun kebahagiaan hidup di akhirat. Tetapi sedikit sahaja yang berusaha melakukan sebab-sebab bagi tercapainya bahagia.

Perkara yang sering tergambar dan terbayang oleh kebanyakan manusia dari sudut kebahagiaan hidup di dunia adalah seperti mempunyai kediaman yang besar dan indah,memiliki kereta yang mewah,perusahaan yang menguntungkan,wang yang melimpah ruah dan sebagainya. Memang tidak dinafikan bahawa semuanya itu ada pentingnya,tetapi ia bukanlah suatu tujuan dan matlamat utama yang dicari dalam hidup ini.

Sahabat2ku……

Kebahagiaan hidup dalam pandangan Islam tidak bergantung pada sisi materi atau kebendaan sahaja. Walaupun Islam mengakui bahawa materi menjadi sebahagian dari unsur kebahagiaan.

Islam pada dasarnya memandang masalah materi sebagai sarana bukan tujuan. Oleh kerananya,Islam memberikan perhatian sangat besar pada unsur ma'nawi seperti memiliki budi pekerti yang luhur sebagai cara mendapatkan kebahagiaan hidup.

Islam telah menetapkan beberapa hukum dan kriteria yang mengarahkan manusia untuk mencapai kebahagiaan hidupnya di dunia. Hanya saja Islam menekankan bahawa kehidupan dunia tidak lain hanyalah jalan menuju akhirat. Sedangkan kehidupan yang sebenarnya yang harus kita usahakan adalah kehidupan akhirat.

Allah Taala berfirman, "Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat,dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu,dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang2 yang berbuat kerosakan ." (QS. Al-Qasas:77)

Kebahagiaan akhirat merupakan kebahagiaan yang kekal abadi. Ia menjadi balasan dari Allah atas keshalihan hamba selama hidup di dunia. Allah berfirman, "(iaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): "Salaamun`alaikum,masuklah kamu ke dalam syurga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan"." (QS. Al Nahl:32)

Islam telah menetapkan tugas manusia di bumi sebagai khalifah di dalamnya. Bertugas memakmurkan bumi dan merealisasikan keperluan manusia yang ada di sana. Hanya saja dalam pelaksanaannya senantiasa ada kesulitan,sehingga menuntutnya bersungguh-sungguh dan bersabar. Hidup tidak hanya kemudahan sebagaimana yang diinginkan dan diangankan manusia. Bahkan ia selalu berganti dari mudah ke sulit,dari sihat ke sakit,dari miskin ke kaya atau sebaliknya.

Ujian-ujian ini akan selalu mengisi hidup manusia yang menuntutnya untuk bersabar, berkeinginan kuat,bertekad tinggi,bertawakkal,berani,berkorban dan berakhlak mulia serta lainnya. Semua ini akan mendatangkan ketenangan, kebahagiaan, dan keredhaan.

Cara meraih kebahagiaan

  • Beriman dan beramal shalih.

Orang yang beriman kepada Allah Yang Maha Tinggi dan Yang Esa,tiada sekutu bagi-Nya, dengan iman yang sempurna,bersih dari kotoran dosa,maka dia akan merasakan ketenangan hati dan ketenteraman jiwa. Dia tidak akan resah dan bosan dengan kehidupannya,bahkan akan redha terhadap takdir Allah pada dirinya,pastinya dia akan bersyukur terhadap kebaikan dan bersabar atas bala'.

Nabi s.a.w bersabda : "Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin. Seluruh urusannya bernilai baik baginya. Jika mendapat kebaikan dia bersyukur,dan itu baik untuknya. Dan jika tertimpa keburukan dia bersabar,dan itu baik untuknya." (HR. Muslim)

Iman menjadikan seseorang memiliki matlamat hidup yang mendorongnya untuk mencapainya. Maka hidupnya akan memiliki nilai yang tinggi dan berharga yang mendorongnya untuk beramal dan berjihad di Jalan-Nya.

Peranan iman bukan saja untuk mendapatkan kebahagiaan,namun juga sebagai sarana untuk menghilangkan kesengsaraan. Hal ini kerana seorang mukmin tahu dia akan senantiasa diuji dalam hidupnya. Dan ujian2 itu termasuk untuk menguji keimanan,maka akan tumbuh dalam dirinya kekuatan sabar,semangat,percaya kepada Allah,bertawakkal kepada-Nya,memohon perlindungan kepada-Nya dan takut kepada-Nya.

  • Memiliki akhlak mulia yang mendorong untuk berbuat baik kepada sesama manusia

Manusia adalah makhluk sosial yang harus melakukan interaksi dengan makhluk sebangsanya. Dia tidak mungkin hidup sendiri tanpa memerlukan orang lain dalam memenuhi seluruh keperluannya. Jika bersosialisasi dengan mereka merupakan satu keharusan,sedangkan manusia memiliki tabiat dan pemikiran yang bermacam-macam,maka pasti akan terjadi kesalahfahaman dan kesalahan yang membuatnya sedih. Jika tidak disikapi dengan sikap bijak maka interaksinya dengan manusia akan menjadi sebab kesengsaraan dan membawa kesedihan dan kesusahan. Kerana itulah Islam memberikan perhatian besar terhadap akhlak dan pembinaannya.

Orang yang suka berbuat baik kepada manusia dialah orang yang paling berbahagia serta yang paling diterima hidupnya di atas bumi. Semua orang pasti akan senang dan menghargai budi dan kebaikan yang telah dilakukannya serta sentiasa akan mendoakan kebaikan buatnya pula. Perintah Allah S.W.T kepada kaum mukminin agar tolong-menolong dalam kebaikan,

"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa,dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran." (QS. Al Maidah:2)

  • Memperbanyak zikir dan merasa selalu disertai Allah

Ketahuilah Allah adalah Dzat yang paling membuat hati seorang hamba tenteram dan dada menjadi lapang dengan mengingati-Nya. Kerana kepada-Nyalah seorang mukmin meminta bantuan untuk mendapatkan keperluan dan menghindarkan dari mara bahaya. Kerana itulah syariat mengajarkan beberapa zikir yang mengikat antara seorang mukmin dengan Allah Taala sesuai tempat dan waktu,iaitu ketika ada sesuatu yang diharapkan atau ada sesuatu yang membimbangkannya. Zikir2 itu mengikat seorang hamba dengan penciptanya sehingga dia akan mengembalikan semua akibat kepada yang mentakdirkannya.

Firman Allah Taala,"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah,hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." (QS. Al Ra'du:28)

Demikianlah beberapa cara yang boleh kita amalkan untuk meraih kebahagiaan hidup yang dapat saya senarai pendekkan dalam posting kali ini. Pastinya masih terdapat pelbagai lagi cara yang boleh kita amalkan yang tidak ada di sini. Namun apa yang penting adalah kekuatan diri kita untuk meraih kebahagiaan dari Allah melalui cara2 yang telah dinyatakan tadi.

Diharapkan firman Allah ini menjadi motivasi buat kita semua untuk terus menjadi hamba-Nya yang setia. "Barang siapa yang mengerjakan amal shaleh,baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman,maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik." (QS. An-Nahl:97)

Wallahu a’lam

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template