Saturday, December 11, 2010

Ibrah Sebuah Permainan


Seorang wanita berjilbab rapi tampak sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Dia duduk menghadap murid-muridnya.

Di tangan kirinya ada kapur dan di tangan kanannya ada pemadam. Sang guru berkata, “Saya ada permainan……caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur dan di tangan kanan saya ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka katakanlah “kapur!” dan jika saya angkat pemadam ini, maka katakanlah “pemadam!”. Murid-muridnya pun memahami dan mengikuti. Sang guru pun berganti-gantian mengangkat antara tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.

Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, “Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka katakanlah “pemadam!” dan jika saya angkat pemadam, maka katakanlah “kapur!”. Dan dijalankanlah adegan seperti tadi, tentu sahaja murid-murid keliru dan mengalami kesusahan, dan sangat sulit untuk mengubahnya.

Namun lambat laun, mereka biasa beradaptasi dan tidak sukar lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya.

“Anak-anak, begitulah kita umat Islam. Mula-mulanya yang haq (benar) itu haq dan yang batil (salah) itu batil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita melalui berbagai-bagai cara, untuk membalik sesuatu dari yang haq menjadi batil dan sebaliknya.

Pertama-tamanya mungkin akan sulit bagi kita menerima hal tersebut, tetapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kita terbiasa dengan hal itu dan kita mula mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membalik nilai kebenaran itu.”

“Berdua-duaan tidak lagi sesuatu yang dilarang, curang dan zina tidak lagi menjadi persoalan, pakaian mendedahkan aurat menjadi hal yang lumrah, sumbang mahram menjadi suatu hiburan, materialistik dan hedonism kini menjadi suatu gaya hidup pilihan, pergaulan bebas menjadi trend pemuda…..dan lain-lain.”

“ Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, kita sedikit demi sedikit menerimanya. Faham?” tanya sang guru kepada murid-muridnya.

“Faham………”

“Baik permainan kedua…” sang guru melanjutkan. “Saya ada Al-Quran dan saya akan letakkan di tengah karpet. Jadi sekarang kamu semua dikehendaki berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Al-Quran yang ada di tengah tanpa memijak karpet?”. Murid-muridnya berfikir serius. Ada yang punya alternatif dengan tongkat dan lain-lain.

Akhirnya sang guru memberikan jalan keluar, dia gulung karpetnya dan mengambil Al-Qurannya. Dia memenuhi syarat iaitu tidak boleh memijak karpet.

“Anak-anak, begitulah umat Islam dan musuh-musuhnya. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak kita secara terang-terangan kerana sudah tentu kita akan menolaknya mentah-mentah. Penjenayah pun tidak akan rela kalau Islam dihina di hadapan mereka. Tetapi mereka akan menggulung kita perlahan-lahan dari pinggir, sehingga kita tidak menyedarinya.”

“Jika seseorang ingin mendirikan sebuah rumah yang kuat, maka asas atau tapak yang kuat mestilah dibangunkan terlebih dahulu. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat dahulu. Sebaliknya jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau membongkar tapaknya dahulu. Sudah pasti hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dahulu, kerusi dipindahkan dahulu, almari disingkirkan dahulu satu persatu dan barulah rumah dirobohkan…”

“Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Mereka tidak akan menghentam secara terang-terangan, tetapi mereka akan perlahan-lahan menguasai kita. Bermula dengan perangai kita, cara hidup kita, model pakaian kita dan lain-lain sehingga meskipun kita muslim, tetapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka….dan itulah yang mereka inginkan.”

“Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh-musuh kita……faham anak-anak?”

“Faham……..!!”

“Kenapa mereka tidak berani terang-terangan memijak-mijak Islam ustazah?” tanya mereka.

“Sesungguhnya dahulu mereka terang-terangan menyerang, contohnya Perang Salib, Perang Tartar dan lain-lain. Tetapi sekarang tidak lagi.”

“Begitulah Islam…kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar dan akhirnya musnah. Tetapi kalau diserang serentak secara terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar.”

“Faham anak-anak?”

“Faham ustazah………”

“Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..”

Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan fikiran masing-masing di kepalanya.

Wallahu a’lam

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template