Monday, July 25, 2011

Wahai Insan


Wahai insan,

Carilah ilmu,

Kerana ilmu itu cahaya, penyuluh pada kala kegelapan,

Penjaga diri menghadapi taufan kehidupan,

Mengenalkan dirimu pada kehebatan Islam,

Pada jahiliah yang tampak indah menyaluti zaman,

Memampukan dirimu memilih kebenaran.


Wahai insan,

Carilah peringatan,

Kerana kita manusia yang penuh kelupaan dan kealpaan,

Memagari kita dari kegelinciran,

Menarik kita dari tersasar di jalanan.


Wahai insan,

Sematkan pesanan ini di benak qalbumu,

Tegakkan dan martabatkan Al-Quran dan As-Sunnah,

Ke dalam dirimu,

Wajahkannya dalam jati diri,

Menjadi pegangan di sungai hidup yang kau telusuri,

Kerana itulah pesan Rasulullah saw,

Membenteng dari kesesatan.


Wahai insan,

Carilah kekuatan pada kala malam sepi dinihari,

Dalam himpunan sujud dan tangisnya zikir,

Menterjemah syukur hamba,

Biar luruh segala beban dosa,

Di kaki sujud, dalam mihrab cinta Ilahi.


Wahai insan,

Jadilah benih yang baik,

Tercampak ke laut menjadi pulau,

Dahagakan dirimu dengan melakukan kebaikan,

Biarpun tanpa ucapan terima kasih sebagai balasan.


Wahai insan,

Walau ke puncak mana kakimu melangkah,

Setinggi mana kemuliaan yang kau gapai,

Kita hanya hamba Allah,

Mulia atau hina kita di sisi-Nya,

Penentunya adalah ketaqwaan.


Wahai insan,

Marilah kita ceriakan diri dengan iman,

Moga rahmat-Nya merantai kehidupan.


Wallahua’lam.

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template